Bercakap bohong, lama-lama jadi Perdana Menteri?
Contributed by NihazMohdYusoff
Bersumpah laknat adalah cara terbaik bagi mengelak dituduh berbohong. Manusia yang takutkan Allah pasti melihat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai perkara besar dan harus akur dengan tindakannya.
Penulis sendiri merasa gementar apabila mendengar sumpah Saiful.
Dan penulis percaya, hanya manusia yang tidak takutkan Allah sahaja yang menuduh Saiful sanggup mempermainkan sumpah dan memandang ringan akan perbuatan itu sepertimana mereka.
Justeru, jika mana-mana ulama ingin mempertikaikan sumpah Saiful, seeloknya, silalah tunjuk ajar cara bersumpah yang betul kepada Saiful agar dia boleh mengulanginya semula sehingga semua orang berpuas hati.
Tidak perlulah berteriak di sana sini untuk merendah-rendahkan tindakan Saiful yang dilakukan atas nama Allah.
Pun begitu, tindakan Saiful bukan untuk memuaskan hati sesiapa, dia sekadar menegaskan kenyataan sendiri dengan bersaksikan nama Allah Yang Maha Esa agar tiada lagi tuduhan liar dan kekalutan di dalam masyarakat.
Tidak perlu bercakap tentang sumpah di sini, kerana ia telah selesai. Lagipun, bersumpah membawa erti kebenaran, sedangkan penulis sebenarnya ingin bercakap tentang lawan kebenaran, iaitu pembohongan atau sifat suka berbohong
Berbohong adalah satu sifat yang keji di dalam Islam. Satu pembohongan seringkali membawa kepada siri-siri pembohongan yang lain yang lebih besar untuk menutup pembohongan pertama. Ini boleh berterusan sehingga keadaan mampu menjadi tidak terkawal.
Orang dahulu berpantun, “Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri.” Jika kita lihat dengan teliti, semua pesalah samada pencuri, pembunuh, perogol, penagih dadah atau perasuah bermula sebagai seorang pembohong. Mereka berbohong kepada keluarga, rakan dan orang ramai sehingga perbuatan itu menjadi biasa barulah mereka mampu meningkatkan perbuatan salah mereka kepada tahap yang lebih tinggi. Begitulah besarnya akibat dari bercakap bohong.
Penulis memilih untuk bercakap tentang ‘bohong’ ini, kerana pemimpin-pemimpin kita hari ini nampaknya kerap benar berbohong. Kerana itulah negara kita hari ini semakin hari semakin huru hara.
Nik Aziz berkata bahawa sumpah memegang Al-Quran tidak ikut Islam, tetapi pada 4 hb Julai lepas, dia berkata, salah satu cara membuktikan kebenaran dalam Islam ialah dengan bersumpah memegang Al-Quran.
Hadi Awang dahulu berkata bahawa berkawan dengan kafir itu haram, tetapi hari ini PAS bukan sahaja berkawan dengan kafir malah bagai menjadi anjing kurap dan budak suruhan kafir harbi.
Sebelum itu, Nik Aziz dan Hadi Awang pernah berkata wanita tidak boleh bertanding, tetapi kemudiannya boleh bertanding pula, mengikut kesesuaian suasana politik PAS.
Kedua-dua ulama jadian ini berbohong berkali-kali tanpa merasa bersalah dan menjadi begitu munafik demi survival parti mereka.
Abdullah Badawi juga menunjukkan sifat yang sama dengan Nik Aziz dan Hadi Awang. Cakapnya seringkali bercanggah mengikut suasana politik juga, tetapi bukan kerana survival parti UMNO, sebaliknya kerana survival dirinya semata-mata. Tidak keterlaluan dikatakan, sekiranya dilihat dari isu-isu yang timbul bahawa, jika PAS bagaikan anjing kurap dan budak suruhan DAP demi kuasa, Abdullah Badawi pula bagaikan anjing kurap dan budak suruhan Singapura demi kuasa juga.
Anwar Ibrahim juga tidak ketinggalan. Sekejap dia sakit belakang, tiga jam lepas bedah dia sudah boleh berjalan. Sekejap dia disuntik arsenic, diugut bunuh, sekejap dia ke hulu ke hilir berceramah dan menghasut. Sekejap dialah pembela melayu, sekejap dialah pembela bukan melayu dan menuntut kesamarataan dalam segala sesuatu di Malaysia. Sekejap dia seorang yang begitu Islamik, sekejap lagi, dia sanggup memuji buku Salman Rushdie, the Satanic Verses sebagai karya sastera unggul dan perlu diberi pertimbangan (Temubual Anwar dalam majalah ASIAWEEK dengan wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993).
Oleh itu, wajarlah diingatkan kepada para pemimpin ini bahawa berbohong boleh menjadi satu penyakit hati yang kronik dan boleh membawa kepada sakit jiwa. (Ada yang berkata bahawa tanda-tanda ini sudah kelihatan pada RPK?) Ia bermula dengan kehilangan rasa bersalah secara total setiap kali berbohong, kemudian merasa bangga kerana mampu membohongi ramai orang dengan jayanya, lalu lebih parah apabila si pembohong sendiri mempercayai pembohongannya.
Pembunuh bersiri pertama, Ted Bundy dari Amerika, juga memulakan kegiatannya dengan pembohongan sebelum melangkah menjadi pencuri, penculik dan pembunuh. Dia pernah membohongi keluarga dengan mencuri secara kecil-kecilan sewaktu remaja, kemudiannya membohongi wanita dan membuatkan mereka mempercayainya sebelum menculik dan membunuh mereka dengan kejam. Kesemua mangsanya dianggarkan berjumlah lebih 30 orang.
Penulis menyentuh kisah Ted Bundy kerana ingin memaparkan sikap orang yang tidak pernah merasa bersalah walaupun telah dibuktikan.
Ann Rule, penulis kisah Ted Bundy yang juga merupakan kawan lama Ted Bundy menulis di dalam bukunya, ‘A Stranger Beside Me’ yang telah difilemkan, bahawa Ted Bundy tidak pernah merasa bersalah atas perbuatannya. Sehingga ke saat akhir sebelum hukuman mati dijalankan, Ted masih memikirkan cara dan kemungkinan untuk melepaskan diri dari penjara dan dari undang-undang sekaligus. Setiap kali bertemu media Ted berhadapan dengan dunia dengan penuh keyakinan dan riang walaupun hingga di saat-saat akhir. Ted langsung tidak merasa kesal malah pernah berkata, “apa bezanya dunia hari ini jika seorang manusia mati di bunuh?” Ted tidak berkelakuan seperti sakit jiwa, dia faham benar apa yang telah dia lakukan dan akibatnya, tetapi dia tidak pernah merasa bersalah.
Ted adalah graduan undang-undang dan merupakan pembantu kanan dalam kempen Parti Demokrat. Oleh itu, walaupun setelah Ted dipenjarakan, isterinya sentiasa memberi sokongan kerana percaya bahawa suaminya tidak bersalah berdasarkan imejnya dan kerjayanya yang baik. Sehinggalah, di suatu masa apabila Ted yang sudah kehilangan idea untuk melepaskan diri, bertanya pendapat isterinya tentang kemungkinan dia akan dibebaskan oleh undang-undang jika dia bersetuju menunjukkan kepada pihak berkuasa di mana letaknya mayat-mayat wanita lain yang dibunuhnya yang masih tidak ditemui.
Isterinya terkejut besar dengan soalan tersebut dan baru menyedari yang suaminya benar-benar bersalah. Dia berhenti melawat suaminya di penjara selepas itu. Ted dikenakan hukuman mati melalui suntikan pada 24 January 1989.
Ted Bundy sentiasa berbohong bahawa dia tidak bersalah dan pembohongan yang berpanjangan amat memenatkan dan lambat laun, si pembohong akan tersilap cakap. Inilah yang berlaku kepada Ted Bundy di hadapan isterinya.
Silap-cakap seperti ini telah berlaku berkali-kali kepada para pemimpin kita yang kuat berbohong itu. Bezanya mereka dengan Ted Bundy ialah, mereka semua mempunyai penyokong tegar yang buta tuli malah berani mati walaupun setelah beberapa kali pembohongan mereka di’kantoi’kan (didedah/dibuktikan).
Petikan akhbar dan rakaman ‘you-tube’ kata-kata mereka dahulu dan sekarang yang bercanggah masih boleh dicari dan ada yang disiarkan oleh beberapa blog mahupun forumer tetapi penyokong mereka tetap memilih untuk terus bermain dalam permainan mereka dan mengabaikan kebenaran tersebut.
Penulis ingin percaya yang setiap sesuatu itu pasti ada hadnya, begitu juga dengan pembohongan dan sokongan.
Namun, setakat ini, para penyokong Nik Aziz, Hadi Awang, Abdullah Badawi mahupun Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa sokongan mereka terhadap pemimpin pujaan mereka tidak punya had sama sekali, walaupun setelah pemimpin-pemimpin ini terbukti berbohong kepada semua dengan menggadai negara, memperalatkan agama mahupun menghuru-harakan sehingga hampir membankrapkan negara.
Nampaknya, sokongan tanpa had membawa kepada pembohongan tanpa had juga.
Oleh kerana itu, pemimpin-pemimpin ini pasti akan terus tersilap cakap dan tersilap cakap selagi mereka hidup dalam pembohongan dan penyokong mereka tidak peduli. Penyokong-penyokong ini tidak menyedari bahawa pemimpin yang mereka sokong sebenarnya sudah berada dalam tahap awal sakit jiwa kerana sudah tiada lagi perasaan bersalah tatkala berbohong.
Dalam kes Anwar Ibrahim VS Mohd Saiful, beberapa soalan dan kenyataan yang dikemukakan Anwar boleh dikategorikan sebagai silap-cakap. Soalan seperti ‘siapa rogol siapa?’ dan ‘jika suka sama suka, kenapa tidak didakwa kedua-duanya sekali?’ dan juga kenyataannya ‘ada sedikit kecacatan dalam laporan polis Saiful’ mungkin merupakan permulaan ke arah silap-cakap yang serius bagi sipembohong. Ini kerana ia mula kelihatan seolah-olah Anwar hampir berkata, “liwat ke atas Saiful memang berlaku, tetapi tidak secara paksa”.
Betulkah? Anwar sudah penat berbohongkah?
Sebagai penentuan, serahkanlah saja kepada undang-undang untuk menentukannya. Tetapi ingat, janganlah kita serahkan undang-undang itu kepada RPK pula…. Kasihanilah dia, dia sudah bankrap, menurut kata Datuk Muhammad Shafee Abdullah.
kzso - janganlah berbohong... berdosa hukumnya. tegaklah kebenaran itu demi ALLAH SWT dan kerana ALLAH SWT.... bukan kerana politik dan kuasa politik... susah hendak menjawab di akhirat nanti. ramai tertipu dan sempatkah untuk meminta maaf nanti.
No comments:
Post a Comment