NUFFNANG

Tuesday, 19 August 2008

Bantuan kempen Gus Dur lebih merosakkan Anwar

Bantuan kempen Gus Dur lebih merosakkan Anwar

1. Gus Dur atau nama sebenarnya Abdul Rahman Wahid didatangkan khas dari Indonesia untuk bantu kempen bagi pihak Anwar. Walau apa pun motif diterbangkan Gus Dus dari Indonesia ke Malaysia, dalam musim pilihanraya Permatang Pauh ini, ia tetap dilabel sebagai 'pertolongan kempen dari luar'

2. Rakyat Malaysia akan bertanya kenapa perlu diterbangkan 'ulama' luar kalau semata-mata untuk membersihkan 'isu liwat Anwar', seolah-olah memperlekehkan ulama-ulama dalam negara dalam menangani isu berkenaan.

3. Kecuali Mufti Perlis, yang bersetuju soal sah lafaz sumpah Saiful, ulama dalam negara lain lebih suka mengambil sikap berdiam diri. Tidak dipastikan apakah maksud berdiam diri ulama-ulama Malaysia itu.

4. Turut mengulas juga ustaz Haji, Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Haron Din, tetapi mereka tidak mempertikaikan tentang keshahihan lafaz sumpah, sebaliknya pertikaikan soal aspek teknikal sahaja. Namun begitu, kenyataan mereka ditafsirkan turut ditafsirkan sebagai berpolitik kerana mereka adalah pemegang jawatan utama dalam politik PAS.

5. Bermakna kebergantungan Anwar untuk membersihkan diri daripada isu liwat semata-mata bersandar kepada 'ulama' politik luar, Gus Dur tidak mampu mengubah apa-apa tanggapan rakyat Malaysia terhadap Anwar.

6. Ada yang berpendapat, kenapa susah-susah Anwar jemput Gus Dur datang ke Malaysia, Gus Dur tak 'nampak' apa yang berlaku di Malaysia, lebih baik Anwar sendiri pilih mana-mana masjid atau mana ceramah di Permatang Pauh, lafaz "Wallahi...Wabillahi...Wata'alahi" bahawa beliau tidak pernah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada tarikh yang dinyatakan dan bersedia menerima balasan Allah sekiranya beliau berdusta.

7. Sepuluh tahun lampau, ketika Anwar dituduh meliwat 1998, berapa ramai rakyat Malaysia berdoa, solat hajat dan termasuk berdoa di Kaabah agar tunjukkan kebenaran ke atas kes Anwar, hasilnya Anwar tetap tidak boleh menjadi PM, sebaliknya terpaksa merengkok enam tahun di penjara. Tun Mahathir, orang yang dituduh 'konspirator' oleh Anwar kekal sebagai PM, hingga beliau secara sukarela meletakkan jawatan.

8. Apatah lagi kalau semata-mata Anwar mengharapkan pertolongan Gus Dur itu, bekas Presiden Indonesia itupun pernah dituduh mempunyai rekod tidak bersih.

9. Bayangkan apa perasaan rakyat Indonesia, jika Pak Lah, Najib dan Tun M dijemput hadir ke negara itu untuk berkempen PEMILU mana-mana tokoh politik. Jika rakyat Indonesia tidak boleh menerima campurtangan pihak luar, begitulah juga dengan perasaan rakyat Malaysia.

10. Selain Gus Dur ditolak oleh rakyatnya sebagai Presiden Indonesia neliau juga pernah didedahkan mempunyai skandal dengan Aryanti Boru Sitepu, dalam kamar 107, Hotel Harco, Jalan Raden Salleh, Jakarta pada tahun 1996.

11. Foto Gus Dur yang memakai seluar pendek dan Aryanti duduk di atas ribanya dengan memakai pakaian yang agak seksi, telah tersebar luas ke seluruh Indonesia hingga merosakkan imejnya.

12. Itu cerita Gus Dur pada tahun 2000, bagaimana pula cerita Gus Dur pada masa ini, adakah beliau sudah diterima kembali oleh rakyat Indonesia?

Gur Dur turut dijemput dalam Perhimpunan Agung PKR, tahun lepas

Gus Dur bertemu empat mata di kediaman peribadi Anwar, Bukit Segambut.

Sesiapa yang pernah dipelawa Anwar masuk ke kediaman barunya itu akan terpesona dengan hiasan dalaman yang sangat antik dan mahal.

13. Gus Dur masih ditolak oleh rakyat Indonesia, tetapi Anwar dan PKR menyambutnya sebagai 'Presiden' di Malaysia. Sekurang-kurang sudah hampir 3 kali Gus Dur dijemput untuk dijadikan ikon PKR, bermula dari Perhimpunan Agung PKR tahun lalu, hingga baru-baru ini, Gus Dur ditolak berkerusi roda untuk mengukuhkan imej Anwar.
Paul Wolfowitz, Anwar dan Gus Dur bertemu di Munich, 2004

14. Bahkan ketika Anwar dirawat di Munich, pada 2004, Paul Wolfowitz, seorang Yahudi neo-konservatif yang ketika itu berjawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika telah mengadakan pertemuan khas antara Anwar dan Gus Dur, di negara Jerman itu.

15. Menurut John Esposito, seorang orientalis Amerika dan juga guru Anwar, telah menamakan Anwar dan Gus Dur sebagai "Islam Moderate" dalam bukunya "Makers of Contemporary Islam" pada tahun 1996. Tidak ada nama lain di ASEAN kecuali mereka berdua sahaja diiktiraf oleh Pengarah Center for Muslim and Christian Understanding, Universiti Georgetown itu.

16. Bahkan stand Gus Dur yang pro-Amerika dicurigai oleh rakyat Indonesia sendiri. Kalau di Malaysia, Anwar menggunakan think tanknya, IKD sebagai pusat perhubungan Anwar-Amerika, di Indonesia pula, Gus Dur menggunakan think-tanknya, "The Wahid Institute", untuk mencapai objektif yang sama.

17. Kalau begini senerionya, patutpun Gus Dur sanggup datang ke Malaysia untuk membersihkan imej Anwar, kerana kedua-duanya berketuakan, seorang Yahudi yang memegang konsep 'regime Change' iaitu Paul Wolfowitz.

18. Kalau Al Gore, hanya berani datang ke Singapura untuk menemui Anwar, Paul Wolfowitz pula mengambil langkah yang lebih bijak iaitu sebagai pemerhati dari tingkap think tank Zionis di Amerika iaitu The American Enterprise Institute (AEI).

kzso - kenapa yaaa ulama' dan mufti lain mendiamkan diri tentang bermubahalah sedangkan umat islam dan melayu sekarang menanti (dan berpecah) mencari kebenaran mengenai mubahalah dan kaedah mubahalah

No comments: