NUFFNANG

Monday 25 August 2008

Tengku Mahkota mahu ulama tampil jelaskan isu mubahalah

Tengku Mahkota mahu ulama tampil jelaskan isu mubahalah

KUANTAN 25 Ogos – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu golongan ulama tampil segera memberikan penjelasan berlandaskan al-Quran dan hadis berhubung isu bersumpah secara mubahalah.

Baginda bertitah, langkah itu perlu bagi menghilangkan segala kekeliruan yang timbul di kalangan umat Islam berhubung isu sumpah tersebut.

Tegas baginda, penjelasan tersebut perlu mengikut ajaran Islam sebenar tanpa menyebelahi mana-mana pihak terutama parti politik

kzso - kepada sultan-sultan semua yang memegang kuasa dan hal-ehwal islam dan umat islam di negara ini, mohon diarahkan segala ulama'-ulama' dan mufti-mufti untuk berbincang mengenai sumpah yamin dan mubahalah ini untuk menghilangkan kekeliruan yang timbul di kalangan umat Islam ketika ini.

No comments: