NUFFNANG

Thursday, 21 August 2008

Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar










Berikut merupakan catatan peribadi Anwar di blognya mengenai lawatan John L. Esposito, seorang orientalis, guru Anwar yang menjadi Pengarah Center for Muslim Christian Understanding (CMCU) di Universiti Georgetown, Amerika.
Hayati dan perhalusi apakah maksud tersurat dan tersirat Anwar itu :

Semalam kami sekeluarga melayani sarjana tersohor Profesor John Esposito dan isterinya Jean. Majlis makan malam disertai oleh beberapa teman; Wensi dan isterinya Annie, dua tokoh politik dari Filipina, Profesor Osman Bakar dan isteri; Badariah.

Kami tidak melepaskan peluang untuk berbicara dan berkongsi pandangan mengenai karya John yang terbaru, Who Speaks for Islam yang sudahpun diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia. Edisi terjemahan tersebut akan dilancarkan pada Ahad ini di Jakarta.

John merupakan Pengasas dan Pengarah Center for Muslim Christian Understanding di Universiti Georgetown, tempat saya mengajar sesi 2005-2006.

Kami sebenarnya sudah merancang untuk bertemu cumanya agak kerisauan tidak dapat memenuhi janji tersebut kerana hadir ke mahkamah pada hari Khamis.

Masa yang saya luangkan untuk mengajar di Universiti Georgetown banyak meninggalkan kenangan manis.

Sudah pasti jadualnya tidak sebegitu ketat ketimbang jadual saya dan Azizah di Malaysia.

Subjek politik Asia Tenggara tenyata menarik minat sekian ramai penuntut cemerlang dan pengamat politik rantau ini.

Saya berharap mereka memberi tumpuan saat ini kerana Malaysia sedang melalui detik penting dalam sejarahnya.

Manakala tengahari tadi sebelum bertolak ke Permatang Pauh tamu istimewa dari Indonesia saudara Adi Sasono dan isteri datang berkunjung ke kediaman saya. Adi merupakan mantan Ketua Umum Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia dan sekarang merupakan Ketua Umum Dewan Koperasi Indonesia.

Di samping menikmati juadah makan tengahari, kami bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan terbaru politik semasa Malaysia dan Indonesia

ANWAR IBRAHIM


Berikut pula jawapan Anwar tentang hubungannya dengan John Esposito.

Anwar menegaskan kenapakah John Esposito perlu dicurigai kerana beliau merupakan anak murid kepada almarhum Ismail Alfaruqi, bekas pensyarah Universiti Temple, Amerika (guru Anwar)


Saya syorkan Sdr Thales membaca ulasan H Amri.
Agak aneh kecurigaan sdr! Esposito merupakan murid almarhum Ismail al Faruqi, sarjana dan pengulas handal menyanggah prasangka kelompok pelampau anti Islam di Barat utamanya di Amerika Syarikat.
Ulama serta sarjana Islam saperti Syed Hussin Nasr, Sheikh Nuh dan lain-laim menjalin hubungan baik dengan beliau.
Akhirnya bacalah karya terbaru beliau - Who Speaks For Islam?
ANWAR IBRAHIM
Ulasan AIDCPertemuan pemikir Islam Amerika
1. Kedatangan John Esposito, Prof. Osman Bakar dan keluarga masing-masing bukan sekadar untuk membincangkan buku karya terbaru John iaitu 'Who Speaks for Islam', tetapi untuk memikirkan langkah-langkah yang sewajarnya diambil dalam menangani isu terbaru mengenai kes liwat Anwar dan Saiful.

2. Ini diperkuatkan lagi apabila Anwar tulis turut dihadiri dua tokoh politik Filipina yang juga menjadi sekutu Amerika.

3. Prof Osman Bakar pula merupakan sahabat Anwar paling akrab, sejak dari zaman ABIM hingga sekarang. Beliau merupakan panel pemikir Anwar dan panel pemikir think tank Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD). Malah sebelum Anwar menjadi pensyarah pelawat di CMCU di Georgetown University, tempat itu sebelumnya pernah dijawat oleh Prof. Osman Bakar.
4. Bernama 16 April 2001 memetik kata-kata Prof Osman Bakar, ketika itu menjadi Ketua Jabatan Pengajian Islam di Georgetown University, berkata "The United States is the freest country in the world. Historically, Islam flourishes in a society where there's freedom".

5. Maksudnya Prof Osman Bakar mengiktiraf America sebagai "Pusat Mekah kedua" untuk golongan-golongan sepertinya menimba Islam. Hujah ini berdasarkan di Amerikalah munculnya pelbagai institusi berjenama Islam yang diistilah oleh Mohamad Sabu (Naib Presiden PAS sebagai "Islam Amerika" iaitu, Institute of International Islamic Thought (IIIT); the Centre for Studies of Islam and Democracy (CSID); the American Muslim Council; the Council for American-Islamic Relations (CAIR), Muslim American Society (MAS); Muslim Public Affairs Council; and the United Association for Studies and Research.

6. Pusat-pusat pertumbuhan pelbagai institusi ini adalah di pusat pengajian tinggi Amerika seperti Georgetown dan John Hopkins. Pertubuhan Islam itu pula ditaja oleh pelbagai dana dan yayasan Amerika yang kebanyakannya diketuai oleh Yahudi.

7. Misalnya the Centre for Studies of Islam and Democracy (CSID)ditaja oleh dana The National Endowment for Democracy (NED). Pemegang utama dana NED adalah Yahudi neo-konservatif Amerika iaitu Vin Weber (Pengerusi) dan Carl Gershman (Presiden).

Bayangan Orientalis dan Amerika di belakang Anwar

1. Walaupun Anwar cuba melindungi pembacanya mengatakan jangan curiga dengan John Esposito kerana beliau anak murid almarhum Ismail alFaruqi (guru Anwar di Universiti Temple, Amerika yang mati dibunuh) dan Anwar memberi imej positif kepada John sebagai 'pembela prasangka kelompok pelampau anti Islam di Barat', namun prasangka Muslim berterusan kerana John tetap Orientalis.
2. Guru Anwar dan John iaitu almarhum Ismail Faruqi pun dicurigai hingga dibunuh dalam keadaan misteri, (ada berpendapat dibunuh kerana mendorong kegiatan homoseksual di kalangan pelajar) apatah lagi melupuskan prasangka ke atas seorang bukan Islam (tetapi banyak tahu mengenai Islam-orientalis) seperti John Esposito.

3. Tidak dapat disangkal oleh sesiapapun John Esposito tetap seorang orientalis, yang nampak bersimpati dengan dunia Islam, tetapi hakikatnya berpihak kepada bukan Islam. Apatah lagi John Esposito merupakan penasihat khas kerajaan Amerika berkaitan dengan hubungan luar di negara-negara Islam. Kalau John Esposito bersimpati dengan dunia Islam, kenapakah beliau tidak menasihati kerajaan Amerika agar jangan menyerang Afganistan, Iraq dan memecah belahkan perpaduan Islam di Palestin untuk menguatkan dominasi Israel?

4. Baca ulasan selanjutnya dalam artikel bertajuk, "Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?"
5. Anwar kata John 'pembela prasangka kelompok pelampau anti Islam di Barat'. Kelompok 'pelampau' anti Islam di Amerika mula berkembang apabila peristiwa 11/9. Tuduhan itu dipromosi oleh kerajaan Amerika mengatakan kejadian letupan bangunan WTC angkara 'pelampau Islam?' Iraq. Tidak semena-mena Iraq diserang, walaupun sehingga kini gagal menyiasat siapakah dalang di sebalik insiden 11/9 itu.

6. John tidak pernah bersimpati dengan kelompok Islam yang bercita-cita menegakkan perundangan Islam atau 'negara Islam', malah John menuduh kelompok ini sebagai kumpulan teroris.

7. Sebab itu, John menulis buku khas "Makers of Contemporary Islam" untuk memisahkan antara kelompok Islam teroris dengan kelompok Islam Moderate. Menurut John Muslim Moderate merupakan golongan Islam yang sebenar-benarnya Muslim dan beliau hanya menamakan dua tokoh dari ASEAN yang berhak mendapat gelaran Muslim Moderate iaitu Anwar Ibrahim dan Abdul Rahman Wahid (Gus Dur).

8. Bukankah itu merupakan perancangan halus orientalis memecahkan muslim kepada teroris dan muslim moderate. Golongan muslim yang bercita-cita memperkasakan perundangan Islam dilabel sebagai teroris, manakala golongan Muslim yang menolak perindangan Islam dan pro-Amerika dilabel sebagai Muslim Moderate.
9. Persoalannya layakkah umat Islam yang berpandukan Al Quran dan As Sunah perlu mendapat kultus daripada orientalis yang berasaskan pemikiran dan perancangan jahat Amerika?

Rangkaian Islam Amerika

1. Turut disentuh dalam tulisan Anwar beberapa lagi nama-nama muslim seperti Adi Sasono (ICMI), Syed Hussin Nasr, Sheikh Nuh. Semua nama-nama ini merupakan pemikir dan rangkaian Islam Amerika.
2. Adi Sasono adalah pembantu khas kepada BJ Habibie (kawan rapat Anwar, peneraju utama ICMI-Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia). ICMI didominasi BJ Habibie, seumpama ABIM dimonopoli Anwar Ibrahim.
3. Syed Hussin Nasr, adalah warga Iran yang menetap di Amerika dan menjadi pensyarah di George Washington University. Beliau merupakan pemikir Islam yang mempunyai fahaman sama dengan Anwar iaitu dunia Islam perlu tunduk kepada pusat kekuasaan dunia, Amerika Syarikat.
4. Bermakna nama-nama yang catat oleh Anwar dalam tulisannya adalah daripada rangkaian Islam Amerika, jadi apakah ini bermakna kedatangan John menemui Anwar ke rumahnya di Bukit Segambut untuk mendapatkan maklumat lengkap dan terperinci ke atas apa yang berlaku di Malaysia dan laporan itu akan dibawa oleh John ke Amerika untuk diserahkan kepada kerajaan Amerika?
Kesan pengaruh Islam Amerika ke atas Malaysia
1. Guru Anwar adalah orientalis, beragama Kristian. Anwar menjadi pesyarah pelawat di Pusat Persefahaman Muslim & Kristian, Georgetown Amerika. Malah Anwar juga penceramah Amerika ke negara-negara Islam bertajuk "Muslim & Demokrasi" yang juga idea gurunya John Esposito.
2. Jadi apakah Anwar warganegara Malaysia, yang Islam merupakan agama rasmi akan membawa idea Islam Amerika ke Malaysia? Idea Islam Amerika adalah mewujudkan lebih ruang kepada agama-agama lain terutamanya Kristian dalam mendapat tempat di Malaysia, membenarkan Muslim murtad dan membenarkan proses penyebaran agama lain ke atas orang Melayu.
3. Apabila perlembagaan Malaysia menetapkan Islam sebagai agama rasmi, bermakna Islam mendapat kedudukan yang lebih tinggi di Malaysia, sesuai dengan majoriti penduduknya yang majoriti beragama Islam. Dengan erti kata lain kedudukan agama Islam di Malaysia terpelihara, makhkamah syariah dibentuk dan percubaan untuk murtad di kalangan orang Melayu dihalang.
4. Keadaan ini tidak disenangi oleh aktivis-aktivis Kristian yang memilih PKR bagi merobah status quo yang telah dimiliki agama Islam di Malaysia. Antara aktivis Kristian yang paling lantang ialah Irene Fernandez, Dr Xavier Jayakumar, Dr Jefrey Kitingan, Elizaberth Wong dan lain-lain

5. Irene Fernandez secara lantang menyatakan rasa tidak senang dengan kerajaan Malaysia menghalang penerbitan Herald (Majalah Kristian) tidak dibenarkan ditulis dalam Bahasa Melayu. Menurutnya kerajaan Malaysia menghalang penerbitan Herald bagi menghalang masyarakat Melayu membaca 'kebenaran ' agama Kristian.
6. Dr Xaxier Jayakumar, berjawatan Penolong Setiausaha PKR Pusat adalah Aktivis Kelab Rotary, satu pertubuhan Freemason yang ditaja Yahudi.
7. Sebab itu sebaik sahaja Dr. Xavier Jayakumar dilantik exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, proses perkembangan kegiatan IFC mula berkembang di negeri itu.




8. Kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP pula menubuhkan 'Majlis Silatulrahim Antara Agama' bahasa lain kepada IFC. Malah, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang telah membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah untuk mengisytiharkan dirinya bukan lagi seorang Islam (murtad) pada 8 Mei 2008.


Anwar and his wife Dr Wan Azizah were surprise invitees of the Catholic Archbishop Murphy Pakiam to the Christmas Day open house hosted by the Christian Federation of Malaysia at Bukit Nanas on December 25

9. Anwar pula dalam wawancara dengan Malaysiakini pada 14 Ogos, menegaskan forum membincangkan isu murtad harus dibenarkan di negara ini.
10. Kata Anwar, "Mungkin kami tidak menjelaskannya dengan baik. Tetapi kenyataan saya cukup jelas - sebelum itu - untuk mengatakan bahawa, sebagai satu prinsip, kita mesti benarkan (forum memeluk Islam) ini"

Sambutan hari jadi Anwar ke 61 di Restoran Marche, Kuala Lumpur.









11. Malah lebih tragis lagi dalam membahaskan mana-mana isu murtad di Malaysia, Anwar menyebelahi di pihak bukan Islam. Anwar berpihak kepada Lina Joy, Subashini dan S Moorthy dalam kes murtad mereka.

Foto Majalah ASIAWEEK 11 November 1993, dipetik dari blog Faisal Tehrani





12. Sebab itu jika dilaporkan Anwar pernah mengeluarkan kenyataan menyokong Salman Rusdie, orang yang menghina Rasulullah dalam buku "The Satanic Verses" perkara itu tidak menghairankan.



13. Sokongan Anwar kepada penghina Rasulullah itu (Salman Rushdie) diistilah Anwar sebagai profound writer (karyawan mendalam pengetahuannya) telah disiar dalam majalah ASIAWEEK pada 11 November 1993.


14. Kata Anwar "Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif".



























15. Pegangan Anwar dalam prinsip Persefahaman Muslim & Kristian, dijelaskan oleh Anwar sendiri dalam perjumpaan tertutupnya dengan Christian Federation of Malaysia (CFM) di Petaling Jaya kira-kira sebulan sebelum PRU ke 12.

Laporan perjumpaan tertutup Anwar dengan CFM seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini seperti berikut;Anwar explains his stance to Christian leaders Terence Netto Feb 2, 08 11:42am
De facto PKR leader Anwar Ibrahim was subjected to a rigorous examination of his stances on religious issues by about 200 Christian clerics and lay activists and appeared to emerge intact.
There was no variance between his public pronouncements and his private assurances to his inquisitors, an observer at a recent dialogue between Anwar and the Christian leaders noted.
The closed-door dialogue session held in Petaling Jaya on Wednesday morning ran several minutes past lunchtime, which some attendees, assured of anonymity, said was a sign of the eagerness of Anwar's interlocutors to probe him on issues of deep concern to Malaysia's 2.2 million Christians.
The meeting began at 9.30am.Organised by the Christian Federation of Malaysia, the dialogue was the first of several the CFM plans to hold with political parties in the run-up to the 12th general election.
Hitherto viewed with suspicion by Christian leaders because of his association with the Islamisation drive by the government inaugurated when he joined Umno in 1982, Anwar and his wife Dr Wan Azizah were surprise invitees of the Catholic Archbishop Murphy Pakiam to the Christmas Day open house hosted by the Christian Federation of Malaysia at Bukit Nanas on December 25.
It was a sign that the PKR leader was being viewed in a new light. For the dialogue session, Anwar was accompanied by PKR information chief Tian Chua and supreme council member Dr. Xavier Jeyakumar.
Anwar told his audience said his Islamist convictions were no hindrance to his defence of a free and democratic Malaysia that adhered to the Merdeka Constitution.
He said an independent and impartial judiciary would go a long way to ensure that Malaysians enjoyed the rights vouchsafed them by the Merdeka Constitution.
He said PKR was not in favour of establishing an Islamic state but he, like many Muslims, was averse to the notion of a secular state which to Muslims carries the implication that a God-mandated philosophy had no bearing on public life.
‘Allah’ should be allowed

He said PKR enjoyed a unique advantage in that it could mediate the middle ground between the secularism of the Democratic Action Party and the Islamism of PAS.
He said PKR's mediation of this ground helped to sharpen everyone's awareness that the rights guaranteed by the Merdeka Constitution deserved upholding.

Anwar said since an entire generation of Malaysians had grown up using Bahasa Malaysia as a medium of communication, he saw no reason why Christian Malaysians in their prayers could not use the Arabic term for God - 'Allah'.
Probed about his role in the Islamisation campaign by the government instituted when he was part of the ruling party between 1982 and 1998, Anwar denied there ever was an order to take down crosses from mission schools.
He said zealous lower echelon officials may have gone overboard by removing these crosses but these underlings acted of their own volition, and not at executive behest.
Anwar said the widow of the late mountain climber, S Moorthy, should have been allowed to bury her husband because it was she who cared for him.
He said a PKR government would ensure that syariah courts were headed by judges of calibre trained at quality Islamic universities.

He said he was in favour of syariah courts enforcing Islamic family and inheritance laws on Muslims but that they should have no jurisdiction over non-Muslims.


kzso - a real chameleon..........

No comments: