PAK LAH ATAU ANWAR YANG GEMENTAR.
maharajablogger
Para wartawan kecewa malah penonton telivisyen juga kecewa apabila Ketua Pembangkang yang baru di Parlimen , Anwar Ibrahim memberikan ulasan belanjawan kepada media yang bersifat sentimen,tidak akademik,cetek malah membuat pembohongan mengatakan Perdana Menteri Abdullah Badawi gementar ketika mengemukakan belanjawan itu.
Semua orang yang menyaksikan pembentangan itu secara langsung tidak melihat Pak Lah yang gementar.
Anwar Ibrahim memang tidak dapat memberikan jawapan sepontan dalam bidang yang tidak diketahuinya terutamanya ekonomi.Dia tidak dapat memberikan jawapan secara sepontan tanpa persediaan apabila dicabar dengan pertanyaan yang tidak diduganya didalam majlis majlis atau oleh para wartawan.
Bahawa dia pernah menjadi Menteri Kewangan bukanlah berarti bahawa dia sendiri yang menguruskan ekonomi negara.Dr.Mahathir yang telah menyelamatkan negara ini dari tergadai ketika kewangan berada ditangannya.
Sebagai Ketua Pembangkang beliau telah menjadi tumpuan utama para wartawan untuk mendapatkan ulasan selepas sahaja pembentangan belanjawan 2009 yang di kemukakan oleh Perdana Menteri semalam(Jumaat),tetapi Anwar telah melepaskan peluang keemasan untuk memberikan komen pertama yang impressive terhadap suatu peristiwa besar Parlimen.
Para wartawan tidak mendapat sesuatu yang baru darinya kecuali kenyataan rhetoric tepi jalan yang pernah di didengar oleh mereka berkali kali mengenai kenaikan harga barang dan juga penderitaan rakyat.
Tidak mengherankan kalau ucapan belanjawannya kelak akan lebih mendalam dan menarik oleh kerana dia ada masa untuk menyediakannya bersama pakar pakarnya.
Bagaimanapun perbandingan telah dibuat oleh rakyat berasaskan kepada laporan berita di kaca TV bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pemuda Pas, Sallehuddin Ayubi telah dapat memberikan ulasan spontan yang lebih baik dan lebih bermutu dari Ketua Pembangkang mereka.
Sebenarnya Anwar Ibrahim yang gementar menghadapi para wartawan kerana dia tidak memahami ekonomi dengan mendalam dan bukannya Pak Lah yang dalam ucapan belanjawannya telah menyindirnya sebagai seorang pemimpin yang mementingkan populis dan Pak Lah dengan tenang memberikan amaran kerajaan tidak akan membiarkan rakyat terus dihasut.(harap amaran ini tidak akan hanya tinggal amaran)
Sepuluh tahuh meninggalkan Parlimen, menampakan Anwar ketinggalan zaman kecuali dia ternyata terus bijak,cekap dan berkesan menjadi mock leader seperti yang di mulakan di Baling lebih 40 tahun dahulu.Itulah kepakarannya yang terus memukau orang ramai yang dapat menutop dirinya yang sebenar selama ini.
kzso - told u... he is good in talking and expert in rhetoric..
No comments:
Post a Comment