NUFFNANG

Friday, 22 August 2008

Dakwaan cuba ‘kacau bini’…Timbalan Menteri cabar Anwar saman

Dakwaan cuba ‘kacau bini’…Timbalan Menteri cabar Anwar saman

Bagi mereka yang kurang tahu sejarah… Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekarang,Datuk Hamzah Zainuddin pernah rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu.

Rabu Penasihat PKR itu telah memberi tempoh 48 jam kepada Hamzah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO memohon maaf kepadanya jika tidak surat saman RM10 juta akan sampai.

Ini gara-gara kenyataan Hamzah yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh mendakwa Anwar pernah cuba ‘ganggu’ isterinya pada tahun 1998 walaupun mereka merupakan sahabat baik ketika itu.

Kerana itu beliau juga dipetik sebagai menyeru para pengundi di Permatang Pauh agar tidak memilih Anwar.

Anwar menghantar surat tuntutan mohon maaf itu menerusi peguamnya Sankara Nair.

Apakah reaksi Hamzah ketika tempoh 48 jam itu makin hampir tamat.

Ketika dihubungi Agendadaily petang Khamis beliau dengan nada suara bersahaja mencabar Anwar samannya.

“Biar dia tunggu 48 jam…kita tengok selepas 48 jam apa dia nak buat. Pasal apa saya nak minta maaf… dia yang buat perangai.

“Kalau dia nak saman saya, bawalah kes ini ke mahkamah di sana nanti saya akan kemukakan semua bukti…kita ada pita rakaman dan saksi. Saya tidak takut apa pun,” kata Hamzah.

“Lawan tetap lawan,” katanya sambil mempertahankan dakwaannya bahawa insiden ‘ kacau bini ’ itu memang benar-benar berlaku

kzso - make sure bila anwar saman semua bukti ada.... jangan main cakap ajer.

No comments: