5,000 pelajar UiTM Permatang Pauh berhimpun
BUKIT MERTAJAM 15 Ogos – Kira-kira 5,000 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Permatang Pauh pula mengadakan perhimpunan aman memprotes cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada pelajar bukan bumiputera.
Kumpulan penuntut itu yang turut memakai pakaian serba hitam diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu Mohd. Faizal Zainol di Padang UiTM Permatang Pauh sejak pukul 9 pagi selama sejam sambil menyanyikan lagu rasmi universiti serta lagu patriotik seperti ’Anak Kecil Bermain Api’.
Para penuntut itu turut membawa pelbagai sepanduk bertulis ’Hidup Melayu’, ’UiTM Milik Melayu’ dan ’Jangan Jual Bangsa Melayu’ sambil melaung-laungkan kemarahan terhadap Abdul Khalid.
Perhimpunan itu berakhir selepas Mohd Faizal menyerahkan memorandum yang ditandatangani mereka kepada Timbalan Pengarah Bahagian Akademik UiTM itu Dr. Mohd. Abdullah Hemdi.
kzso - lagu patriotik seperti ’Anak Kecil Bermain Api’??? nope the song's title is "warisan" and written/composed by pak din (nordin kardi)
No comments:
Post a Comment