Anwar ' menang besar ' hanya dengan 857 undi baru
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tempatnya di Dewan Rakyat apabila memangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan majoriti 15,671 undi.
Anwar memperolehi memperolehi 31,195 undi menewaskan dua calon lain iaitu Datuk Arif Shah Omar Shah calon Barisan Nasional (BN) memperolehi 15,524 undi dan calon AKIM, Hanafi Hamad pula hanya memperolehi 92 undi.
Pengumuman rasmi keputusan pilihan raya itu diumumkan kira-kira jam 10 Selasa malam di pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun.
Pilihan raya kecil tersebut diadakan ekoran tindakan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR dan isteri Anwar, melepaskan jawatannya bagi membolehkan Anwar bertanding.
Pada pilihan raya umum, Mac lalu Wan Azizah memperolehi majoriti lebih 13,000 undi.
Pengumuman keputusan tersebut disambut dengan sorakan kuat diiringi dengan tembakan bunga api oleh para penyokong Anwar yang berhimpun di padang pusat penjumlahan undi tersebut.
Dianggarkan kira-kira 20,000 ribu penyokong parti pembangkang berhimpun bagi meraikan kejayaan Anwar. Suasana sekitar tempat pengumuman telah mula sejak sejak jam 7 petang.
Berucap kepada para penyokongnya selepas diumumkan sebagai pemenang pilihan raya berkenaan, Anwar terus mengulangi kempennya untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru di bawah gabungan parti-parti pembangkang, PKR, DAP dan PAS.
Bagi menguatkan perang sarafnya itu, Anwar berkata, keputusan pilihan raya kecil itu adalah isyarat awal baginya mencapai harapan tersebut.
Dalam blognya pula, Anwar berkata, beliau akan ke Parlimen pagi Rabu.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada sidang media ketika mengulas keputusan pilihan raya kecil itu, berkata, ia menjadi bukti amalan demokrasi masih segar di negara ini.
Katanya, kemenangan Anwar pada pilihan raya itu membuktikan tiada manipulasi daripada segi perjalanan demokrasi di negara ini.
“Tak tempang dari segi amalan demokrasi di negara ini,” katanya.
Sementara itu diketika para penyokong Anwar sama ada dari PKR, DAP dan PAS seronok dengan majoriti kemenangannya 15,671 melebihi 13, 388 yang diperolehi isterinya pada pilih raya umum Mac lalu namun, jika mengambil sedikit masa untuk mengira beliau sebenarnya hanya mampu meraih 857 pengundi baru.
Ini kerana pada Mac lalu, Wan Azizah memperolehi 30,338 undi sedangkan Anwar hanya mendapat 31, 195 undi sahaja. Jika dibandingkan undi mereka, Anwar cuma dapat lebih 857 undi sahaja.
Memang Anwar memperolehi majoriti lebih besar berbanding Wan Azizah tetapi jumlahnya hanya 2,283 undi.
Arif Shah cuma kurang bernasib baik kerana perbezaan majoriti beliau dengan Anwar disebabkan undi diperolehi calon AKIM (92) serta undi rosak (447) dan peratusan keluar mengundi kurang 1.06 peratus berbanding pilihan raya Mac lalu.
Pilihan raya kali ini hanya 81 peratus daripada 58,459 pengundi berdaftar keluar mengundi berbanding 82.06 peratus daripada 58,449 pengundi dalam pilihan raya umum lalu.
Pada pilihanraya lalu, calon BN, Datuk Firdaus Ismail memperolehi 16, 950 undi manakala Arif Shah cuma mendapat 15, 524 undi. Ini bermakna kekurangan 1,426 undi sahaja.
Seandainya, tiada calon AKIM (92 undi) dan undi rosak tidak sebanyak itu (447 undi) serta jumlah peratusan keluar mengundi adalah sama, keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh kali ini pasti berbeza.
Kesimpulannya, dengan 857 undi baru yang memihaknya, pemimpin de Facto PKR itu tidak sehebat mana walaupun mendapat sokongan dalam dan luar negara untuk menenangi semula kerusi Permatang Pauh yang diwarisi isterinya selama 10 tahun sebelum ini.–
kzso - the fact is permatang pauh is anwar's stronghold and fortress. nevertheless, it also shows that rakyat are giving signal that we are suffering and also pl needs to sack and kick his son-in-law+kamaluddin+kalimullah+4th floor and hp6 supreme council members and ministers!
No comments:
Post a Comment