NUFFNANG

Saturday, 16 August 2008

Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar

Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”

kzso - now we wait for anwar's turn to mubahalah

1 comment:

Anonymous said...

Saya rasa elok juga kalau Saiful itu bersumpah yang dia tidak menerima apa2 kewangan atau hadiah dari golongan tertentu. Juga dia bersumpah bahawa dia tidak melakukan sumpah nya itu untuk tujuan politik, kerana timing sumpahnya betul2 sebelum hari penamaan calon. Juga elok kalau dia bersumpah bahawa dia adalah penakut lebih takut lagi dari perempuan, kerana tak berani melawan orang tua yang meliwatnya.

Jadi kalau kita ikut cara sumpah ini, sumpahnya tak habis-habis. Banyak persoalan yang tak selesai. Malah kita meragui motif Saiful ni, kalau dia bersumpah dengan tidak menyeluruh.

Juga dalam sumpah nya itu tidak pula mengatakan yang dia diliwat secara paksa. Jadi pada pandangan saya
kalau dia menuduh orang lain meliwat dirinya bukan secara paksa, maka dia kena bawa 4 saksi.