NUFFNANG

Monday 18 August 2008

Mustahil …kata Dr Latif

Mustahil …kata Dr Latif

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Latif Ahmad sendiri terkejut mendengar dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau telah melihat laporan pemeriksaan yang dibuat oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) keatas bekas pembantunya,Saiful Bukhari Azlan.

Ketika dihubungi Agendadaily petang Ahad untuk mengulas dakwaan Anwar dalam sidang akhbar di Penanti pagi tadi Dr Latif menjelaskan mengikut prosedur kerahsiaan kerajaan laporan itu hanya boleh dikeluarkan atas perintah mahkamah masa perbicaraan nanti.

Katanya beliau sebagai Timbalan Menteri malah Menteri sendiri dan begitu juga orang yang diperiksa tiada akses pada laporan pemeriksaan itu.

Dr Latif berkata dakwaan yang dibuat oleh Anwar beliau dah lihat laporan pemeriksaan HKL keatas Saiful mengesahkan andaian bahawa Penasihat PKR itu memang nak jadikan pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai ' mahkamah rakyat ' dimana beliaulah peguam,pendakwa dan hakim sekali.

Anwar dalam sidang akhbarnya kata beliau mahu mahkamah mengarahkan kes tersebut ditarik balik apabila ia disebut semula bulan depan.

Katanya, "Jika sistem kehakiman adil, dan saya mengatakan kepada anda bahawa hakim perlu menarik balik kes sebaik sahaja ia dibawa ke mahkamah.

"Ini kerana saya tahu kes ini, saya tahu laporan perubatan ... ini bukan andaian bahawa saya telah melihat laporan. Kawanku ia bukan andaian," katanya

kzso - another reverse physychology warfare by anwar...

No comments: