SUDI APALAH KIRANYA DSAI BERSUMPAH SEPATAH DUA DI MASJID
Contributed by alfarabi2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan salam perpaduan. Satu nukilan ikhlas dari saya yang rasional dan waras tidak melembukan diri kepada sesiapapun dan percaya kepada kebenaran yang hakiki..
Saya bagi pihak Orang-orang Melayu dengan segala hormatnya menjemput Y.B. DSAI ke mana-mana masjid untuk menyampaikan sepatah dua kata sumpahan bagi membuktikan kebenaran.
Di atas kesudian DSAI memenuhi permintaan kami ini amatlah dihargai dan jutaan terima kasih.
Kami tidak pernah meminta apa yang lebih hanya sekadar sepatah dua sumpah di masjid. Kami juga tidak menetapkan mana-mana masjid dan ia terpulanglah kepada DSAI mengikut keselesaan. Cuma buat masa ini di Pulau Pinang masih belum ada masjid buatan Amerika Syarikat. Itu tak dapatlah kami tunaikan. Kami mohon maaf kalau itu yang dihajatkan.
Teks sumpahan bolehlah DSAI dapatkan daripada pihak-pihak yang tidak terlibat dengan konspirasi yang busuk yang mahu menjatuhkan DSAI. Cuma buat masa ini kalau boleh Orang-orang Melayu ingin dengar sumpahan dalam Bahasa Melayu sebab kami tak beberapa faham bahasa Amerika. Mohon maaf sebab kami orang Melayu masih tak pandai cakap Amerika walaupun lama belajar di UITM. Mungkin itu sebab nak dibuka UiTM 10 % kepada bukan Melayu supaya lebih BERKUALITI..
Semasa bersumpah nanti kami minta biarlah menghadap kiblat yang betul. Jangan ikut pula kompas jenama GUESS atau BODY GLOVE sebab takut kiblat arah ke Amerika yang ditaja Yahudi. InsyaAllah ikut sahaja Kiblat dalam Masjid tu.. Kami memang tak sempat nak mengalih kedudukan masjid. Tambahan pula nak ubah kedudukan masjid bukannya mudah sekarang ni kena pulak tender terbuka di Pulau Pinang.
Kalau boleh kami minta DSAI memegang Al-Quran dengan erat sebagai saksi dan penguat rohani ketika bersumpah. Jangan pula bawa Injil versi Melayu atau majalah Herald yang perjuangkan istillah Allah untuk mengelirukan umat Islam. Kes DSAI pun kami sendiri dah serabut. Kalau tak pegang al-Quran tak nampak sungguh-sungguh bersumpah samalah seperti bersembang tentang lembu-lembu milik Anwar yang sentiasa patuh pada tuannya. Kami tak nak begitu, biar ikhlas dan penuh adab. Ibarat kita berdoa dimana-mana pun boleh tapi di rumah Allah lebih nikmat dan rasa kebesaranNya. Samalah jugak kalau bersumpah, kalau pegang al-Quran maka ia cukup jujur dan tidaklah ada orang mempertikaikannya. Sebab saksinya cukup banyak..
Kami juga amat mengalu-alukan ulama, ustaz, rakan-rakan seperjuangan bersama-sama DSAI ketika ke masjid untuk bersumpah. Cuma yang kami harap janganlah pula dibawa Karpal Singh ke masjid sebab beliau bukan Muslim kena akurlah dengan hukum agama Islam. Walaupun beliau tak hormat Sultan tak apalah... Jangan juga bawa Lim Kit Siang ke dalam masjid sebabnya sama iaitu hukum agama walaupun beliau kata Malaysia for Malaysian. Cuma kalau nak bawa bolehlah bawa Y.B. Tan Seng Giaw (Parlimen Kepong) tapi jangan ke dalam masjid tunggu di luar sahaja. Sebab YB Kepong pernah mintak supaya bunyi azan diperlahankan sedikit kerana mengganggu jiran bukan Islam sedang lena tidur terutama waktu subuh.
Kalau boleh DSAI gunakanlah mikrofon yang disediakan sebab baru konsisten dengan imej DSAi pemimpin yang paling berkarisma dan semua orang boleh dengar dengan jelas. Aura DSAI amat terasa hingga benda yang basah pun boleh jadi tegak. Biar berdegar-degar sumpahan DSAI sepertimana ceramah DSAI di serata negara hanya bermodalkan konspirasi yang merentas zaman dulu, kini dan selamanya.
Yang terakhir kami harap DSAI dapat jemput sama Y.B. Taib Azamuden yang pernah mendengar pengakuan mangsa mengenai DSAI sendiri. Dalam soal ini pula DSAI adalah mangsa.
Jadi sesuailah. Jangan lupa juga bawa Mat Sabu sebab dulu ada kaset ceramah dia tentang DSAI yang mengarut-ngarut yang kami pun tak percaya. Mungkin DSAI dapat beramah mesra dengan beliau. Lagipun PAKATAN RAKYAT NI IBARAT SUAMI ISTERI.. BERGADUHHH LEPAS TU BAIKKK SEMULA... Tak salah kami, Mat Sabu ni dulu lulusan Uitm. Patut benarlah kena buka 10 % kepada bukan Melayu. Yang berjayanya macam Mat Sabu.
AKHIR KATA, KAMI DENGAN RENDAH HATI MENJEMPUT DSAI KE MANA-MANA MASJID UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA SUMPAH. HANYA ITU SAHAJA YANG KAMI MINTA YANG LAIN MUNGKIN SUKAR NAK DIKOTA APATAH LAGI DENGAN SISTEM TERDER TERBUKA.
JOM KITA KE MASJID (RUMAH ALLAH) PERCAYALAH ALLAH MAHA BERKUASA DARI KUASA - KUASA KONSPIRASI.
DSAI plzzzzzzzzzz jomlah kita ke masjid.
BERANI KERANA BENAR!!!!!!!!
kzso - adakah anwar berani....berani kerana benar?
No comments:
Post a Comment