2. Kalau tidak 'menghantui', sudah pasti tidak perlu diusung ustaz Ramlang Porigi (yang menjadi saksi sumpah) naik ke atas pentas PKR berceramah menyokong Anwar. Ustaz itu pula mendakwa beliau diarah diarah oleh 'pihak atasan' menjadi saksi sumpah Saiful. Katanya lagi ada empat orang imam yang menjadi saksi sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan tempohari.
3. Adakah ustaz itu pula turut bersumpah di depan pengundi Permatang Pauh mengatakan sumpah budak pembancuh kopi itu salah ? TIDAK. Beliau kata beliau hanya menegur sebutan budak pembancuh kopi Anwar yang tersalah sebut sahaja. Lepas itu, beliau turut mendiamkan diri (mengiakan?) sebutan budak pembancuh kopi Anwar itu hingga selesai majlis.
4. Adakah ustaz itu pula turut bertukar imej dari 'tok imam masjid' menjadi 'kempen manager politik Anwar' pula dengan memberi huraian terperinci menyokong teori konspirasi ? TIDAK. Ustaz itu berucap ringkas, beliau dakwa diarah oleh 'pihak atasan' untuk menjadi saksi kepada pembancuh kopi Anwar itu. Ustaz itu sendiri tidak menyebut nama siapakah 'orang atasan' yang telah mengarahkannya apatah lagi mampu menghurai teori konspirasi Anwar secara komplek. Ustaz itu sendiri mengakui beliau tidak mengenalpasti siapakah 'orang atasan' yang mengarahkannya itu.
5. Persoalan lanjut, sila baca komen blogger Akal Muda bertajuk "Imam dipolitikkan - mana satu yang betul? "
6. Baca pengakuan Ustaz Ramlang Porigi di Permatang Pauh, klik di sini
7. Jadi untuk apa ustaz itu diusung ke pentas ceramah PKR, kalau tidak semata-mata menunjukkan untuk menunjukkan 'isu budak pembancuh kopi' menghantui Anwar. Kalau mahu seret ustaz yang jadi saksi sumpah, sepatutnya Ustaz Anwar dan PKR hereta keempat-empatnya sekali naik ke pentas politik itu. Ustaz Ramlang Porigi hanya salah seorang, mana tiga orang saksi lagi? Adakah dengan kehadiran ustaz itu boleh membersihkan semula semua sumpahan budak pembancuh kopi Anwar itu ?
8. Untuk lebih berkesan lagi sepatutnya Anwar dan PKR heret bekas budak pembancuh kopinya itu naik ke pentas menafikan sumpahnya tempoh hari. Kena tuan badan yang bersumpah menafikan sendiri, bukannya diwakili oleh pihak lain. Ustaz itu hanya menjadi saksi sahaja dan tidak bersumpah pun di pentas ceramah PKR mengatakan apa yang diucapkan adalah benar.
Teori konspirasi?
1. Bermakna kehadiran ustaz Ramlang Porigi masih belum gagal merungkai teori konspirasi yang telah diwar-warkan oleh Anwar. Ustaz itu hanya berjaya memberitahu bahawa beliau tidak bersalah dan beliau diarahkan hadir. Itu sahaja kejayaannya setelah sebelum ini diasak bermati-matian oleh tranungkite.
2. Adakah ini bermaksud kehadiran ustaz itu ke pentas PKR semata-mata untuk membersihkan namanya dan bukan untuk membersihkan nama Anwar?
3. Bagaimana pula hujah sokongan untuk memperkasakan teori konspirasi Anwar ? Adakah masih belum terjawab hingga ke hari ini ?
4. Lagipun, teori konspirasi Anwar telah berubah-ubah. Pada mulanya beliau mengatakan isu liwat itu adalah konspirasi pejabat Najib. Setelah didakwa, beliau menukar pertuduhan mengatakan konspirasi pejabat Pak Lah pula.
5. Barangkali selepas dijatuhkan hukuman, siapa pula yang menjadi mangsa Anwar?. Kenapa beliau sering berubah-ubah tuduhan ?
Sumpah budak pembancuh kopi Anwar
1. Benar atau tidak sumpah budak pembancuh kopi Anwar itu, dia telah serahkan kepada Allah Taala yang menghukumnya. Itu urusan dia dengan Allah. Allah Lebih Mengetahui benar atau tidak lafaz yang telah diucapkan oleh budak pembancuh kopi Anwar itu.
2. Mufti Wilayah Persekutuan telah mengesahkan lafaz yang diucapkan oleh budak pembancuh kopi Anwar itu adalah betul . Mufti Perlis pula menegur perbuatan Saiful memegang Al Quran yang dianggap salah, tetapi mengesahkan lafaznya betul. Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim pula mengatakan kedua-duanya perbuatan dan lafaz adalah betul.
3. Bermakna terdapat perbezaan antara lafaz dan perbuatan. Perbuatan yang dilakukan oleh budak pembancuh kopi Anwar itu tidak menyalahi akidah dan tidak boleh membatalkan lafaz yang telah diucapkannya. Kesimpulannya ketiga-tiga tokoh agama yang disebut di atas sebulat suara bersetuju lafaz yang diucapkan budak pembancuh kopi Anwar itu adalah sah di sisi agama.
Sumpah hantui Anwar ?
1. Budak pembancuh kopi itu benar-benar menghantui Anwar. Dari mula kehilangannya. Dari laporan polis, hingga memaksa Anwar berlindung di kedutaan asing. Apa ni..ada badi ke di antara budak pembancuh kopi dengan tuannya ?
2. Tidak semena-mena Azizah letak jawatan kerusi Permatang Pauh, walhal baru sahaja menang enam bulan lalu. Belum sampai setahun, kena mengundi sekali lagi ?
3. Anwar pula bertanding di kawasan kubu kuatnya. Kalau dikira logik, Anwar tak perlu turun padang, kempen siang malam,dan sepatutnya Anwar hanya perlu hadir semasa penamaan calon dan selepas itu beliau boleh naik pesawat ke Amerika kerana kawasan itu merupakan kubu kuatnya. Tetapi kenapa pula Anwar perlu rayu undi dari rumah ke rumah ? Tidak percayakah beliau bahawa kawasan itu kubu kuatnya?
4. Masih terbayang lagi, bagaimana Anwar memperlekehkan calon PAS di Pengkalan Pasir Kelantan dalam pilihan raya kecil tahun lalu. Anwar hanya hadir sekali dalam ceramah besar di Stadium Pasir Mas, lepas itu beliau tinggalkan calon PAS terkial-kial seorang diri mempertahankan maruahnya. Anwar beri alasan ada urusan yang lebih penting di luar negara. walhal sebelum berangkat ke luar negara, Anwar masih sempat ke Sarawak untuk berbincang politik PKR di negeri itu. Apa ni..terlalu pentingkah urusan di luar negara, hingga tak boleh tunda selepas pilihan raya kecil ? Itukah erti persahabatan Anwar kepada rakan pakatan ?
5. Kalau calon PAS bertanding di Pengkalan Pasir, Anwar kata sibuk dengan urusan luar negara. Kalau calon PKR bertanding di Ijok, Anwar sanggup batalkan semua urusan di luar negara, semata-mata untuk turun padang bersama sahabatnya Khalid Ibrahim di Ijok. Apa ni..double standard.
6. Untuk mengetahui lebih lanjut kisah Anwar di Pengkalan Pasir, klik di sini
7. Sepatutnya isu sumpah ini tidak patut menghantui Anwar, jika awal-awal lagi beliau tidak ambil budak pembancuh kopi itu bekerja dengannya. Beliau sepatutnya tidak perlu membawa pembancuh kopi itu makan angin ke luar negara dan sepatutnya tidak perlu membawanya ke kondominium yang didakwa sebagai tempat kejadian.
8. Sepatutnya budak pembancuh kopi itu jangan sesekali diberi bebanan tugas. Tugasnya cukup setakat itu, sekadar budak tukang bancuh kopi!. Begitu juga, kalau sekadar rakan bermain tenis, sepatutnya sekadar teman sepermainan tenis sahaja. Jika lebih daripada tugas itu maka akan berlaku sumpah Saiful dan pendedahan Nallakarupan!
9. Persoalannya, siapakah yang silap?
Anwar perlu bersumpah ?
1. Semakin banyak desakan daripada orang ramai agar Anwar turut bersumpah untuk membersihkan dirinya sebenar-benar bersih. Kalau tidak, sumpah budak pembancuh tehnya itu akan terus menghantui. Bukan setakat dirinya malah mungkin juga pengundi Permatang Pauh.
2. Soalnya adakah Anwar percaya, menang atau kalah kerana faktor sumpah ?. Mengenali Anwar sebelum ini, beliau tidak percayakan sesiapa kecuali dirinya sahaja. Beliau memang hebat dan sudah terbukti kehebatan pidatonya, soalnya, adakah pengundi kali ini menilai dari sudut kehebatan pidato sahaja atau pertimbangan lain, termasuk akhlak?
3. Malah kehebatan pidato Anwar hanya pada intonansinya sahaja, tetapi dari segi isi masih boleh dipertikaikan. Apatah lagi kalau mahu diukur dari segi kata nista dan fitnah tanpa bukti. Malah kalau direnung dalam-dalam, terpancar diwajahnya perasaan taajub kepada dirinya yang melampau. Beliaulah orang yang paling hebat dan paling berkuasa. Orang lain semuanya salah. Bukankah itu sifat terkeji iaitu taajub, riak dan sombong?
4. Sama ada Anwar nak bersumpah atau tidak itu adalah urusan beliau. Orang lain tidak boleh memaksa. Tetapi Anwar juga tidak boleh memaksa orang lain bersetuju seratus peratus dengan apa yang diucapkannya.
5. Sebagaimana orang lain tidak perlu pertikai hak asasinya, Anwar juga tidak perlu menceroboh hak orang lain. Buangkan tabiat menggunakan nama orang lain untuk menyelamatkan diri sendiri.
6. Tidak perlu guna nama ustaz Qardawi, untuk mempertahankan diri, kerana tuan badan tidak berada di Permatang Pauh. Tidak perlu guna nama Mutfi Perlis untuk mempertahankan diri, ketika ditanya wartawan di mahkamah syariah. Anwar kata beliau telefon sendiri Mufti Perlis dan katanya Mutfi Perlis menafikan buat kenyataan ke atas dirinya, sedangkan semua orang menonton dan memahami ceramah Mufti perlis di youtube.
7. Tidak perlu guna nama ustaz Hadi untuk menyelamatkan diri ketika ditanya wartawan Malaysiakini, kenapa anda sokong Forum Memeluk Islam. Anwar kata, beliau telah berbincang dengan ustaz Hadi dan ustaz Hadi turut sokong forum itu diadakan secara tertutup. Tidak perlu babitkan nama ustaz Hadi kerana beliau tiada semasa wawancara dengan Malaysiakini itu.
8. Sepatutnya Anwar tidak perlu menggunakan nama orang lain yang tidak kena mengena semata-mata untuk menyelamatkan dirinya. Sendiri buat, sendiri tanggung!
Esok bentuk kerajaan, turun harga minyak ?
1. Kempen Anwar seperti biasa laungkan slogan 'esok bentuk kerajaan, turunkan harga mintyak!. Maksudnya 'esok kalau saya jadi PM, saya akan turunkan harga minyak!2. Tetapi lebih Islamik, jika dikatakan, 'Insya Allah, jika saya ditakdirkan menjadi PM, saya akan berusaha sedaya upaya menurunkan harga minyak!. 'Saya sendiri tidak boleh meramalkan bilakah tarikh saya menjadi PM, kerana semua itu ketentuanNYA'. Itulah ayat yang digunakan dalam usrah ketika menubuhkan ABIM dahulu.
3. Tetapi Anwar sekarang bukan Anwar zaman ABIM dahulu. Anwar sekarang adalah 'Muslim Moderate' yang yakin segala-galanya beliau mampu buat. Boleh ramal bila bakal menjadi PM dan diletakkan tarikh spesifik, 16 Sept. Noktah!
4. Diandaikan Anwar berjaya bentuk kerajaan, dan diandaikan juga berjaya jadi PM, adakah Anwar mampu menurunkan harga minyak? Walaupun andaian ini seperti bunyi Mat Jenin, tetapi kita bayangkan mungkin 'angan-angan' Mat Jenin jadi kenyataan.
5. Pada saya, Anwar mampu melakukan dengan syarat beliau dilantik jadi PM, kerana kuasa mutlak bergantung kepada dirinya. Pada tahun 1997, beliau hanya TPM, sebab itu, beliau gagal untuk membuat keputusan agar Malaysia menerima dana Yahudi IMF untuk menyelesaikan kemelut ekonomi ketika itu.
6. Langkah pertama, Anwar sebagai PM akan meminjam daripada Bank Dunia dan IMF, kerana beliau pernah bekerja di kedua-dua institusi yang dikuasai permodalan Yahudi itu.
Lihat betapa akrabnya Tian Chua, Ketua Penerangan PKR dengan pemodal Yahudi yang dianggap penyangak matawang yang merundumkan ekonomi Malaysia 1997, George Soros. Kalau orang yang pertama kali jumpa atau tak akrab hanya mampu bersalam secara hadapan dengan antara Yahudi terkaya di dunia itu. Tetapi cara Ketua Penerangan PKR itu duduk di belakang George Soros (sambil gosok belakang Soros?) membayang hubungan mereka sudah lama bertaut. Kalau Ketua Penerangan boleh seakrab ini, bagaimana pula hubungan Soros dengan Ketua Umum (de facto) PKR, tentu lebih rapat lagi. Lagipun, Anwar terlibat dengan satu NGO dinamakan ICG yang dibiayai sepenuhnya oleh Yahudi tersohor itu
7. Langkah kedua, Anwar akan meminjam daripada mana-mana tabung dana Yahudi di Amerika atau Open Institute, kepunyaan Yahudi penyangak matawang bernama George Soros kerana Anwar terlibat bersamanya dalam International Crisis Group (ICG). Maknanya semua pedagang Yahudi di Amerika adalah kenalan Anwar.
8. Bagaimana dengan saudagar Islam di Timur Tengah ?. Anwar pernah sebut dahulu bahawa yayasannya Foundation For The Future tiada kaitan dengan Amerika Syarikat, tetapi apabila terbongkar di website Jabatan Negara Amerika, bahawa yayasan yang dipengerusikan Anwar itu merupakan boneka Amerika, Anwar tidak dapat menyorok lalu, lalu pilih senjata terakhir iaitu letak jawatan!
9. Anwar juga pernah jaja di seluruh Malaysia, bahawa UIA adalah jasanya dan saudagar Arab mahu melabur wang kepada universiti itu. Tetapi hingga sekarang tiadapun sumbangan daripada pelabur Arab yang dimaksudkan itu hingga UIA yang asalnya berdaftar di bawah ROC terpaksa ditanggung sepenuhnya perbelanjaan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sepatutnya UIA jadi IPTS bertaraf antarabangsa, terpaksa pula jadi UIAM, bertaraf IPTA dan antarabangsa.
10. Bermakna, satu-satu cara Anwar untuk menurunkan harga minyak dengan cara berhutang dengan IMF dan Bank Dunia.
11. Jadi, Anwar tidak kisah soal hutang piutang, kerana cita-citanya hanya untuk menjadi PM sahaja. Apa nak jadi kepada negara selepas itu bukan urusannya. Soal hutang, itu mesti ditanggung oleh setiap rakyat jelata. Itulah maksudnya KETUANAN RAKYAT!
Permatang Pauh bakal mengundi sekali lagi ?
1. Sekiranya Anwar menang di Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, para pengundi akan menghadapi risiko berkemungkinan bakal mengundi sekali lagi.
2. Ini berdasarkan fakta, Anwar dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh tetapi dalam masa sama Anwar menghadapi pertuduhan di mahkamah.
3. Mengundi sudah selesai, tetapi kes mahkamah belum selesai. Bagaimana jika di mahkamah nanti Anwar kalah, dan beliau dijatuhkan hukuman penjara. Bermakna kerusi Permatang Pauh sekali lagi terpaksa dikosongkan!
4. Lagipun peluang untuk Anwar tewas di mahkamah lebih cerah. Ini diakui sendiri oleh para peguambelanya. Sesuatu kes pertuduhan yang sama akan terlebih dahulu dirujuk kepada kes yang sama.
5. Kes lama, Anwar tewas. Anwar dibebaskan pada 2004 pun hanya selepas dua kali proses rayuan. Maknanya Anwar telah didapati bersalah dan terpaksa merayu!
6. Sekiranya berdasarkan senerio ini, peluang untuk para pengundi mengundi sekali lagi amat cerah jika ditakdirkan Anwar menang pada 26 Ogos ini. Bermakna dalam setahun, Permatang Pauh terpaksa mengundi tiga kali ?
7. Akhir kata kepada semua pengundi Permatang Pauh. Selamat mengundi, buatlah keputusan secara bijaksana.AIDC25 Ogos 2008
Baca artikel berkaitan :
1. Misteri hubungan Anwar & Saiful ?
2. Anwar tumbang kerana seorang lelaki ?
3. Kes Liwat : Perlukan Anwar minta sokongan badan antarabangsa ?
4. Anwar : Kenapa 'berlindung' di kedutaan asing ?
5. Anwar : Antara Pertuduhan Mahkamah dan Permatang Pauh
kzso - semoga pengundi dan penduduk permatang pauh mengundi dengan bijaksana demi agama, bangsa dan negara; bukan demi kepentingan nafsu-nafsi seorang individu
No comments:
Post a Comment