NUFFNANG

Saturday, 23 August 2008

Soalan tak sedap didengar...Anwar serang Agendadaily lagi

Soalan tak sedap didengar...Anwar serang Agendadaily lagi

Angin satu badan… Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendedahkan dirinya yang sebenar apabila berhadapan dengan soalan media yang tidak disenanginya.

Pada sidang media hari Jumaat, Agendadaily buat kali yang keempat diserang oleh Anwar ekoran soalan biasa yang ditanya oleh wartawan Agendadaily. Lokman Abdullah.

Isunya apabila Anwar diminta mengulas kesediaan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin yang sedia berhadapan dengannya di mahkamah ekoran dakwaan Hamzah yang Anwar pernah buat hal pada tahun 1998 dalam isu ‘kacau bini’.

Melenting dengan soalan itu, antara yang terpacul daripada mulutnya ialah “yang you sibuk pasal apa”…. “media-media dibayar oleh perasuah-perasuah UMNO untuk cuba alih pandangan”.

Terdahulu semasa sidang media Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengumumkan peruntukan untuk untuk golongan miskin dan rebet untuk rumah ibadat, Anwar turut menyerang Agendadaily.

Beliau tidak dapat menahan dirinya daripada menunjukkan sikapnya yang memang tidak selesa dengan soalan yang tidak memihak kepada dirinya.

Wartawan Agendadaily, sekadar bertanya tidakkah pengumuman bantuan dan rebet itu dilihat sebagai rasuah politik menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Soalan ini wajar ditanya kerana selama ini apabila kerajaan Persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional (BN) mengumumkan sesuatu keputusan untuk rakyat akan dituduh sebagai cubaan merasuah pengundi.

Guan Eng menjawab secara politik ia untuk semua rumah ibadat di Pulau Pinang bukan hanya Permatang Pauh seperti bantuan untuk masjid dan surau yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak puas hati dengan jawapan Guan Eng itu, Anwar terus menyampuk ... “Tapi dia agendadaily tak tanya Datuk Najib (bunyi deraian ketawa), tak tanya menteri pendidikan, tak tanya menteri dalam negeri, dia tak tanya langsung…ini masalah kita dengan media,” ujarnya.

kzso - anwar...anwar... you said you want to sue hamzah zainuddin. pls do so.

No comments: