NUFFNANG

Friday 22 August 2008

Hanya sumpah-anti kerajaan saja yang laku

Hanya sumpah-anti kerajaan saja yang laku

Mustapha Hussin Gopeng,Perak

Saya terfikir apakah saya cuba dibodohkan atau memang saya ni bodoh.Hari-hari asyik baca cerita sumpah Saiful Bukhari Azlan tak laku.Itu yang pembangkang cuba bagitau orangramai termasuk saya ni.

Seingat sayalah baru-baru ini bukankah kita semua disogok dengan akuan sumpah Raja Petra mengenai Altantuya,akuan sumpah penyiasat persendirian P Balasubramanian (sebelum ditarik balik) dan kemudiannya akuan bersumpah doktor hospital Pusrawi yang berasal dari Myanmar pasal pemeriksaan awal pada Saiful.

Bagi PKR dan pembangkang semua akuan bersumpah itu sahih, benar sebenar-benarnya dan mesti dipercayai.Sebaliknya bagi mereka sumpah Saiful harus dibuang dalam tong sampah.Itu bohong.Itu konspirasi.Itu lakonan dan segala yang buruk belaka.

Saya juga tidak mahu buat apa-apa kesimpulan.

Mari kita sama-sama renungkan mana satu yang lebih berat antara surat akaun bersumpah yang boleh dicop di mana-mana persuruhjaya sumpah dengan beberapa ringgit saja atau angkat sumpah dalam masjid.

kzso - fikir-fikirkanlah sendiri

No comments: