NUFFNANG

Saturday 30 August 2008

Dr Mahathir: "Saya sedia bantu pulihkan keyakinan rakyat kepada UMNO"

Dr Mahathir: "Saya sedia bantu pulihkan keyakinan rakyat kepada UMNO"

from : Another Brick in the Wall website
Begitulah kata-kata Dr Mahathir, semasa menjawab soalan dalam sesi soal jawab dengan penentut-penuntut UiTM dalam satu Majlis Ilmu Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM bertajuk "Dilemma Melayu dalam Ekonomi Malaysia" di Hotel UiTM pada hari Khamis semalam.

Dr Mahathir menyatakan demikian ketika menjawab satu permintaan dari penuntut untuk dia kembali menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Sebagaimana biasa beliau akan menolak cadangan yang sudah acap kali ditanyakan dalam Majlis-Majlis.

Beliau menambah untuk menyentuh mengenai kekalahan teruk UMNO di pilihanraya kecil Permatang Pauh pada hari Selasa Ogos 26hb. Menurut beliau, kekalahan itu merupakan petunjuk jelas kehilangan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Mengulang kenyataannnya dalam sidang akhbar sehari sebelum itu yang tidak keluar dalam akhbar-akhbar perdana, Dr Mahathir menyatakan kesediaannya untuk kembali ke pangkuan UMNO dan menjelajah seluruh negara untuk membantu memulihkan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Ini sedia dilakukan jika Abdullah diturunkan kerana kelemahan pentadbirannya adalah penyebab kehilangan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan telah membawa kerosakkan kepada negara.

Dalam mengulang desakannya, Dr Mahathir menyindir Abdullah untuk memahami erti malu yang sebenar untuk berundur dan bukan menyorok diam dan lari dari permasalahan.

Dalam Majlis tersebut, Dr Mahathir telah menyentuh mengenai dilemma dan permasaalahan untuk memajukan orang-orang Melayu.

Beliau menyentuh mengenai kelemahan sikap, budaya, dan etika kerja orang Melayu dan menekankan perlunya orang-orang Melayu menghayati sikap rajin, berusaha bersungguh-sungguh, dan amanah dalam meningkatkan diri masing-masing.

Dengan terus terang, beliau menyatakan peranan orang Cina dalam ekonomi perlu diperakui. Beliau meramalkan peniaga-peniaga Cina akan mengejar peluang-peluang yang begitu banyak di negara China.

Katanya, orang Melayu perlu bersedia segera untuk mengambilalih peranan orang Cina dalam ekonomi. Jika tidak, negara boleh menghadapai masaalah.

Majlis itu merupakan satu projek pengurusan acara oleh penuntut-penuntut Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Turut hadhir bersama adalah Tan Sri Sanusi Junid, Naib Chanselor UiTM, Prof Dato Seri Ibrahim Abu Syah, dan Presiden Alumni UiTM, Dato Ibrahim Ali.

kzso - nyahkan kj, kamaluddin. kalimullah, tingkat 4; hp6 majlis tertinggi umno, menteri kabinet dan ahli parlimen... insyaALLAH semuanya akan ok...



1 comment:

A Voice said...

Terima kasih kerana menyebarkan laporan saya.

Saya tidak meminta apa2, tapi jika anda telah menggunakan bahan say aharap nyatakan rujukkan.

Kalau saya guna bahan tuan, saya akan nyatakan rujukkan pada tuan.

Terima kasih.