NUFFNANG

Saturday, 16 August 2008

Fakta : Fakta Dato' Seri Anwar Ibrahim

Fakta : Fakta DSAI

Pena_Andak to Ikhwanul

Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
http://wahabamri.blogspot.com


Wan Azizah : imej dan penampilannya menjadi "penyelamat" kepada suaminya di mata ramai, isteri yang sentiasa menyokong demi maruah keluarga dan kuasa di khalayak ramai.


ANWAR IBRAHIM

Antara sahabat baiknya adalah Paul Wolfowitz - bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika, juga bekas Pengerusi Bank Dunia serta Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Yang lain-lain Josef Estrada, Fidel Ramos.

Dalam temuramah majalah TEMPO ( Indonesia ) dalam tahun 2006, beliau telah ditanyakan soalan ini :

TEMPO : Anda masih berdendam dengan Mahathir?
Jawab Anwar : Saya bukan malaikat. Al Gore pernah bertanya kepada saya, adakah saya akan memaafkan Mahathir?

Saya katakan jika dia salah kepada saya, saya maafkan. Tetapi kalau dia curi wang rakyat, haruslah dikembalikan. Itu soal lain.


Selepas dibebaskan :-

Selepas dua bulan, dijemput ke England dan Amerika untuk menjadi Pensyarah Kehormat.
Mendapat jawatan sebagai Fellow Pelawat dan Ahli Bersekutu Kanan di Kolej St Anthony, Oxford.

Pensyarah Kehormat Catherine's College, Oxford University.

Distinguished Senior Visiting fellow : Di Pengajian Lanjutan Antarabangsa Johns Hopkins School of Advance, Washington DC.

Distinguished Visiting Professor - Georgetown University.

Pengerusi Yayasan Masa Depan - Washington ( Pengaruhnya telah berjaya meminta Bank Dunia memindahkan Shah Riza - bekas teman wanita Paul Wolfowitz dari Jabatan Negara Amerika, untuk bertugas di situ)

Penasihat Kewangan Emir Qatar, Doha - bertempatnya Pengkalan Tentera Amerika untuk Perang Iraq.

Bertemu Pemimpin Agama Afrika Selatan, Desmond Tutu. Juga Mary Robinson, bekas wakil khas Bangsa -bangsa bersatu mengenai Hak Asasi Manusia.

Menganggotai Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group, sebuah syarikat pelaburan antarabangsa yang berpusat di London.

Pada 24 Februari 2005, Diraikan dalam satu majlis oleh Jim Wolfenson, Presiden Bank Dunia di pejabatnya di Washington DC.

Pada hari yang sama, mengadakan pertemuan dengan Elliot Abrams, Penasihat Presiden Bush dan Pengarah National Security Council.

Juga kemudiannya menemui Pemangku Setiausaha Negara Amerika, Robert Zoellick - Timbalan Setiausaha Amerika yang bertanggungjawab terhadap perkembangan politik dan pembangunan Asia Barat.

Pada 25 Februari 2005, memberi ucaptama di sebuah majlis di Florida, yang dihadiri bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, William S. Cohen.

27 Februari 2005 : Menemui pengurus-pengurus dana Eropah dan Amerika, dari Wash ington, New York, London dan Geneva. Antara yang terkenal ialah J.E Robert, Pengerusi JE Robert Companies dari Washington DC.

Tour menjelajahi bumi Amerika ini diakhiri dengan bertemu Madeline AlBright, bekas Setiausaha Negara Amerika di Washington DC. Beliau juga Pengerusi Institut Demokratik kebangsaan ( NDI ), negara Amerika Syarikat.

Maldine Albright

A Gore, Paul Wolfwitz & Shah Riza


ANWAR selepas dibebaskan pada tahun 2004 :

Di mana-mana pentas ceramah menekankan dia memaafkan Dr Mahathir, Tan Sri Rahim Noor, Abdul Ghani Patail, Musa Hassan.

Sebagai orang yang PAKAR BERCAKAP, dia pernah dipanggil beberapa institusi kerajaan dan universiti untuk memberi ucapan.

Antaranya Harvard University, Columbia University, Turki, Canberra, Turki, Washington DC, Turki, University of Washington, Stanford University, Chicago University.

Di Washington dia ada berucap dalam satu talk dengan tajuk " Inter-American Development Bank Forum on the Americans".

Media yang telah menemuramahnya : Hard Talk BBC , Worldview Magazine, Fortune, Business Week, Jakarta Post, Washington Post, Bloomberg TV.

Berita positif mengenai dirinya telah keluar di Jerusalem Post baru-baru ini.

Sejurus selepas PRU 12, telah mengunjungi 400 pengurus dana di Hong Kong.

Bertolak ke Bahrain menemui pelabur Arab, juga ke Switzerland untuk menemui para pengurus dana di sana. Kesemuanya berkaitan pelaburan pihak Barat ke sini.

Sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri, Agenda Ekonomi Malaysia akan dibentuk menggantikan DEB.

Stylenya dalam isu-isu agama adalah MENGHALAMKAN (baca, halal bukan, haram pun bukan).

Rujuk kes penangkapan peserta Ratu cantik Melayu oleh Allahyarham bekas Mufti Ishak Baharom. Dia penyelamat para Ratu Cantik yang separuh lengkap berpakaian itu.

Juga simpati terbukanya ke atas kes pembatalan konsert KRUmania, semasa memegang Jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau mahu dilihat sebagai pemimpin moderate, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama secara melampau. Salman Rushdie pernah disifatkannya sebagai 'penulis terulung'

Yang sah HARAM pada Anwar adalah jemaah Arqam. Beliaulah tunjang dan mastermind kejatuhan dan pembubaran Arqam, serta penangkapan ISA para pemimpinnya. ( Mungkin antara sebabnya adalah beliau merasa terganggu oleh kedatangan wakil dari Abuya Ashaari Muhammad sebanyak dua kali yang mengkhabarkan secara baik kepadanya bahawa beliau tidak akan sempat menjadi Perdana Menteri sampai bila-bila, sebaliknya akan jatuh TERHINA ) . Kata-kata ini diungkapkan Abuya sebelum tahun 1994.

kzso - hmmmmmmmmmmm....

__._,_.___

2 comments:

Anonymous said...

very impressive portfolio for a very capable and respectable local politician. he will definitely more than make the cut for the best PM in history. very competent, likeable, all-rounded person with lots of sincerity and that's why he makes friends easily and people trust him. what more can you ask in a PM. don't think any of the PMs even come close to the kind of uniqueness and quality that he inherently possess. we've got ourselves the right man to do the job now. shove off, all those louses, good for nothing leeches who have only sucked the rakyat's blood dry.

Anonymous said...

even more impressive than all the BN MPs' credentials and certainly more qualified than any of the past PMs especially Dr M. thanks for such a meticulous work in compiling his data, will come useful to pen his biodata later. you must be a big fan of his! gotcha! dalam senyap senyap you admire hah, cayalah. pls display this comment ok?