Mustahil hapus dalam setahun
– Bernama
BUKIT MERTAJAM 21 Ogos – Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat akan menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh setahun di negeri ini sekali lagi dilihat sebagai tindakan populis yang bertujuan menarik sokongan rakyat.
Hakikat itu dianggap banyak pihak sebagai ‘mustahil’ memandangkan tiada program konkrit untuk membasmi kemiskinan tegar yang telah disusun sejak lima bulan pakatan itu memerintah Pulau Pinang.
Penganalisis politik, Dr. Sivamurugan Pandian (gambar), menyifatkan tempoh setahun itu adalah terlalu singkat untuk pemimpin negeri ini merealisasikan impian itu kecuali jika mereka mempunyai pelan atau strategi hebat.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, setakat ini masyarakat hanya didendangkan dengan pelbagai dakwaan skandal kerajaan lalu tetapi tiada pula pelan tindakan mereka untuk membawa Pulau Pinang terus ke depan.
“Sejak lima bulan lalu, apa yang saya dengar ialah mereka hanya mengeluarkan pelbagai cerita yang didakwa sebagai kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi tidak pula saya dengar atau baca pelan tindakan mereka untuk memperbaiki kehidupan rakyat,” katanya.
kzso - not to worry; knowing dap/pkr, if they cannot succeed... or failed... they'll say it is another conspiracy by umno, gerakan, mca, mic, ppp in penang.blame others but themselves. sounds familiar huh
No comments:
Post a Comment