NUFFNANG

Friday, 1 August 2008

Faktor Faktor Anwar Nak Bertanding

Faktor Faktor Anwar Nak Bertanding

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia.

Friday, August 1, 2008

Berikut disenaraikan beberapa faktor penyebab mengapa Anwar mengumumkan untuk bertanding di Permatang Pauh dan mengapa pengumuman itu dibuat secara tiba-tiba pada 31 Julai:

1) Anwar dan PKR telah backfire dengan penafian pihak Hospital Pusrawi tentang laporan 2 halaman Saiful Bukhari dalam Buletin Utama TV3 pada 30 Julai dan akhbar perdana. Sedangkan pada 29 Julai, Anwar membuat kenyataan akhbar supaya kesnya digugurkan. Jadi mana satu yang betul? Rakyat sudah keliru dengan Anwar.

2) Saiful Bukhari melalui peguamnya telah menyatakan kesediaan untuk bersumpah sekali lagi pada 30 Julai setelah mengumumkannya dalam Friendster pada 10 Julai, dan mengajak Anwar ke masjid pada 22 Julai untuk bersumpah sebelum itu. Anwar masih belum menyahut cabaran Saiful ini, sudah tiga kali Saiful berikrar akan melakukan sumpah ini tapi Anwar masih belum memperlihatkan tanda tanda mahu berbuat demikian. Malah memberi alasan mahukan ulama dari luar negara hadir sama. Laporan DNA pun belum diberikan lagi.

3) Laporan kes liwat telah siap dan diserahkan ke pejabat Peguam Negara pada 31 Julai untuk proses selanjutnya. Jadi, sebelum disoal atau ditangkap Anwar sudah pasang trap dengan mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Anwar sudah pasang defence mechanism untuk dirinya sendiri sebelum dibicarakan lagi. Kalau ditangkap undang-undang Malaysia akan dituduh sebagai tidak demokrasi kerana menangkap seseorang yang mahu jadi PM di Malaysia. Simpati dunia akan diraih untuk membuktikan memang wujud konspirasi dan tangkapan adalah bersifat politik semata mata. Kepercayaan terhadap itu sudah pun dibina oleh orang orang Anwar terhadap publik.

Anwar kelihatan sudah mengambil langkah untuk divert isu liwatnya dengan mengumumkan akan bertanding di Permatang Pauh.

Di sini Anwar membuka satu episod dan babak baru untuk dirinya pula.

Ingat atau tidak, ketika Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 28 Julai, Anwar mendakwa ada 4 orang ahli parlimen BN akan masuk Pakatan Rakyat.

Cerita 4 orang ahli parlimen BN ini sengaja dibuat buat untuk divert perhatian rakyat terhadap isu liwat yang sedang berlaku.

Ini teknik perang psikologi Anwar.

Mungkin idea ini dipelajari dari tok gurunya di John Hopkins University yang memang pakar dalam bidang Antropologi dan Sosiologi.

Esok atau lusa, Anwar akan mislead isu ke arah lain pula, agar rakyat akan sentiasa memberi perhatian kepadanya. Ini cara seorang murid yang sering berjumpa dengan Paul Wolfowitz (Bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) di Washington DC.

kzso - anwar is a good orator and a good speaker. his problems right now is he speaks too much

No comments: