NUFFNANG

Friday, 1 August 2008

Cabar Pas buat laporan polis terhadap Anwar

Cabar Pas buat laporan polis terhadap Anwar

IPOH 31 Julai - Puteri UMNO Perak hari ini mencabar Dewan Pemuda Pas negeri itu supaya membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa pakatan pembangkang akan menubuhkan Kerajaan Persekutuan sebelum 16 September ini.

Ketuanya, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin berkata, tindakan rakan seperjuangan Pas dalam pakatan pembangkang itu berbaur rasuah.

Katanya, sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam dan prinsip keadilan, Dewan Pemuda Pas tidak sepatutnya bersikap berat sebelah dengan hanya melihat keburukan UMNO dan tidak pada rakan dalam pakatan pembangkang.

''Kalau Dewan Pemuda Pas boleh membuat laporan polis terhadap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali, saya cabar mereka buat laporan polis terhadap Anwar kerana tindakannya mendakwa akan menubuhkan Kerajaan Persekutuan sebelum 16 September ini turut dianggap rasuah. Tafsiran keadilan ialah meletakkan sesuatu pada tempat yang betul dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan polis yang dibuat oleh Dewan Pemuda Pas berhubung tawaran UMNO untuk bergabung dengan Pas bagi membentuk kerajaan baru di negeri ini.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Norazli Musa pada petang semalam dengan mendakwa tawaran Tajol Rosli pada Isnin lalu disifatkan sebagai satu bentuk rasuah.

Kerajaan negeri campuran Perak pada masa ini terbentuk hasil gabungan antara DAP yang mempunyai 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Pas (enam kerusi) dan PKR dengan tujuh kerusi.

kzso - do pas have the balls to lodge a police report on this?

No comments: