NUFFNANG

Thursday 4 December 2014

@RafiziRamli Berbohong Sebab Musabab Beliau Disaman DS @NajibRazak Untuk Raih Simpati

@RafiziRamli Berbohong Sebab Musabab Beliau Disaman DS @NajibRazak Untuk Raih Simpati


Setiausaha Agong PKR ditangkap kerana cuba menipu lagi untuk meraih simpati. Kali ini Rafizi cuba untuk membuat 'spin' bahawa saman yang diterimanya hari ini daripada peguam yang mewakili DS Najib Tun Abdul Razak dan DS Rosmah Mansor adalah kerana kononnya beliau mempertahankan subsidi untuk Rakyat.

Rafizi yang sememangnya bodoh dan telah memalukan kami golongan akauntan bertauliah apabila beliau bengap dalam soal kerahsiaan pelanggan yang terkandung di dalam Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) 1989 (kini diganti dengan Financial Services Act 2013) sehingga menyebabkan beliau pernah disaman atas perkara berkenaan. Kes berkenaan masih dibicarakan di mahkamah.

Beliau ingat Rakyat juga bengap seperti beliau. Meletakkan muka surat pertama sahaja di laman sosial beliau dan membuat kenyataan menipu. Nah! CTS perturunkan keseluruhan surat saman daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak sebagai bukti Rafizi menipu. Baca dan fahami isi surat saman itu betul-betul. Baca para 3. (a) sehingga (i) dalam surat saman berkenaan penipuan-penipuan dan fitnah yang dibuat oleh Rafizi.

Kandungan surat berkenaan jelas menyatakan Rafizi disaman kerana telah membuat fitnah dan penipuan, bukan disebabkan beliau mempertahankan subsidi untuk Rakyat. Adalah diharapkan DS Najib Tun Abdul Razak dan DS Rosmah Mansor tegas di dalam menyaman Rafizi Ramli dan tidak sekali-kali menarik balik saman ini atau menyelesaikan kes ini di luar mahkamah (out of court settlement). Saman sampai beliau diistiharkan bangkrap dan tidak layak lagi menjadi Ahl Parlimen!




No comments: