NUFFNANG

Saturday 6 December 2014

PAS TIDAK MAHU BERSEKONGKOL DENGAN PARTI KAKI JUDI

PAS TIDAK MAHU BERSEKONGKOL DENGAN PARTI KAKI JUDI

Sepatutnya, seorang ADUN yang mewakili kawasannya menjadi contoh kerana dia memikul tanggungjawab dan integriti sebagai ahli politik.
Maka kisah seorang ADUN DAP yang ‘kantoi’ sedang berjudi di Genting Highland ini memang memalukan.
Melalui sekeping foto yang kini tersebar di internet, susuk tubuh seorang lelaki miripChen Fook Chye, ADUN Keranji, Perak kelihatan telah ditangkap secara curi-curi di sebuah kasino di situ.
Fook Chye kemudiannya mengakui kesahihan gambar tersebut apabila dihubungi akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, malah mengakui itu merupakan dirinya sedang berjudi di kasino di Genting!
Walau bagaimanapun, dia mempertahankan tindakan tersebut kerana menganggap bahawa ia dilakukan secara suka-suka untuk bersantai dan tidak meletakkan pertaruhan besar.

Katanya, dia memilih untuk ‘bersantai’ di situ setelah penat dengan tugas seharian. Jadi, dia pun mengambil bas ke Genting Highlands dengan tambang RM8 seorang.
Tambahnya lagi, gambar tersebut dirakamkan ketika dia di sana 30 November lalu yang mana ketika itu, dia hanya menukarkan RM300 sebagai wang pertaruhan selain mendapat kupon makan percuma.
Parah kalau macam ini.. tapi kalau difikir-fikirkan balik, pengundi yang memilih seseorang individu untuk menjadi wakil rakyat mereka, kan?
Maka, terimalah hakikat wakil rakyat yang dipilih mereka memilih untuk menghilangkan penatnya di kasino lepas penat bertugas.

No comments: