NUFFNANG

Tuesday 9 December 2014

ORANG KANAN ANWAR TUNGGU SAMAN DS NAJIB RAZAK !

ORANG KANAN ANWAR TUNGGU SAMAN DS NAJIB RAZAK !

Kita tentu tergelak apabila Rafizi Ramli masih mahu menegakkan benang yang basah tentang  surat tuntutan daripada Perdana Menteri DS Najib Razak minggu lalu berhubung beberapa kenyataan beliau yang memfitnah Perdana Menteri dan isteri.


Mungkin ada yang berfikir rakyat begitu bodoh untuk percaya bulat-bulat omongan anak emas Anwar Ibrahim ini.
"Saya yakin kritikan saya di atas tindakan Najib menghapuskan subsidi pada ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan akan mempertahankan ucapan itu di dalam mahkamah kelak. 
“Saya kini menunggu writ saman Najib dan Rosmah untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kita semua tahu bahawa surat tuntutan itu bukan berkaitan dengan kenyataan Fizi tentang subsidi petrol tetapi merujuk kepada beberapa kenyataan yang berbau fitnah dan pembohongan. 

Lihat di bawah :


"Kamu simpan dalam poket, bagi Rosmah belanja…", "…Rosmah, satu cincin dia RM20 juta lebih" dan "RM95 masuk kocek dia, dengan masuk beg tangan Rosmah" adalah beberapa tuduhan liar berbau fitnah yang dinyatakan oleh Fizi.

Logiknya, kita pun tahu bahawa tuduhan Fizi ini serkap jarang dan tiada bukti. Maksudnya, Fizi didakwa menabur fitnah jahat.

Dan kita pasti point-point yang akan dibentangkan di dalam mahkamah kelak hanya berkisar kepada tuduhan liar Fizi itu, bukannya tentang subsidi petrol. 


Kita boleh mengagak Fizi sedang resah gelisah. 

Lebih-lebih lagi apabila 'Langkah Kajang' telah menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim dan Wan Azizah yang tidak dapat jadi Menteri Besar. 'Langkah Kajang' yang kejang itu juga telah menyebabkan parti-parti dalam Pakatan Pembangkang bertelagah.

Malah, PKR dan DAP juga telah menderhaka kepada Sultan Selangor. Dan yang terbaru ialah pelucutan 'Datuk Seri' Anwar yang diterima oleh Sultan Selangor.

Fizi kata 'see you in court'. Kita lihat kesudahan isu ini.

Source : dr mim

No comments: