MATLAMAT MENGHALALKAN CARA ... PKR Pengerak Kepada Pluralisma dan Islam Liberal
Oleh rmf
Kita masih lagi berkisar kepada program yang telah dianjurkan oleh PKR di Gereja Holy Family, Kajang yang mana program ini telah dianjurkan oleh Biro Intergrasi PKR Selangor. Program ini telah dihadiri oleh pelbagai penganut Agama . Kehadiran dianggarkan berjumlah sebanyak 1,200 orang.
Ketua Umum PKR , Anwar Ibrahim , Menteri besar Selangor Azmin Ali, Exco Negeri Selangor dan beberapa orang lagi pemimin gabungan PR telah hadir untuk menjayakan program kesamarataan beragama tersebut. Pembacaan doa telah dibuat oleh seorang pemimpin yang beragama Islam dan diaminkan oleh 1200 orang dari pelbagai agama.
Dalam ucapan ringkas Azmin telah menyatakan pendirian kerajaan PKR yang mana akan menyokong penuh dalam meraikan kepelbagaian agama dengan mengucapkan ketegasan bahawa kristian tidak akan bersendian dan dan PKR adaah penyokong kepada agenda mereka sepanjang masa. Ucapan ini telah mendapat tepukan gemuruh dari penganut kristian yang hadir.
Dalam mjalis yang sama Anwar Ibrahim telah mengimbas semula bahawa kedatanganya kali pertama ke Gereja Holy Family 10 bulan sebelum PRK Kajang dengan ucapan meyerang UMNO dan TV3 dan terus memberiucapan yang merngatakan bahawa UMNO menggunakan politik agama untuk mendapat kan sokongan.
Perakara yang amat meyedihkan ialah bila Anwar Ibrahim membuat persamaan diantara kristian dan Islam hanya berdasarkan sebutan Jesus bagi kristian dan Nabi Isa a.s untuk orang Islam sambil mengambil contoh perjuangan di Turki, Mustafa Kamal Attartuk tidak membezakan dianatara penagut Islam dan Kristian untuk meraih keamanan yang tulin.
Apa yang kita lihat dari program ini amat jelas sekali bahawa selama ini PKR adalah perngerak kepada kemasarataan beragama dan mereka ingin membawa pemikiran rakyat Malaysia yang beragama Islam kearah meliberalkan agama agar tidak ada lagi perbezaan. Ini lah perjuangan liberal dan pluralism yang amat bahata kepada umat Islam.
Tanpa rasa bersalah kepada Islam , PKR terus menerus membawa fahaman ini melalui proksi yahudi Israel yang diiktiraf oleh barat iaitu Anwar Ibrahim. Jangan kita terkejut nanti bila Gereja akan dipanggil rumah Allah dan Gereja Jumaat sebagaimana sekarang telah berlaku di Indonesia.
Umat Islam di Malaysia harus sedar bahawa, meyokong PKR bukan jalan penyelesaian untuk politik akan tetapi ianya adalah permasalahan kepada Agama Islam yang mana saban hari sedang di asah dati pelbagai sudut untuk menumbangkannya di Malaysia dengan sokongan dana yang banyak dari Yahudi barat.
Masihkah kita tidak sedar bahaya Pluralisme dan Liberal dalam agama ini. Jangan kerana percanggahan fahaman politik kita terus menerus memberikan sokongan kepada proksi Yahudi didalam PKR. Sedar lah bahawa Anwar itu adalah Mustafa Kamal Attartuk Malaysia yang i9ngin mengubah dan menjadikan Islam itu sama dengan kepelbagaian agama.
Kekuatan Liberalisme ini disokong kuat dengan fahaman pluralism yang mana sekutu kuat untuk menjayakan agenda yang cukup besar untuk menghancurkan aqidah umat islam jika tidak ditangani dengan sebaiknya. Latar belakang kepada pemikiran ini ialah fakta bahawa di dunia ini wujud pelbagai agama. Kemajmukan anutan agama ini boleh dilihat dalam beberapa kaedah pemikiran yang mana mengakibatkan kehancuran pegangan umat islam
Liberalisme adalah secara dasarnya suatu struktur pemikiran yang merangkumi seluruh aspek kehidupan dan secara ringkasnya ianya adalah kehidupan yang terbuka dan bebas tanpa ada satu perundangan yang ketat menghalang setiap perbuatan dan gerakan yang ingin dilakukan.
liberalisme agama boleh dikategorikan sebagai satu tahap pemikiran yang ingin melonggarkan kepercayaan pegangan keagamaan, hubungan diantara manusia , dengan dengan beranggapan bahawa kebebasan tersebut mestilah tiada sesuatu yang menghalang apa juga perbuatan.
Selain itu, puak liberal Muslim nampaknya berusaha mengubah tafsiran Islam agar selaras dengan keadaan manusia. Ini adalah pendekatan yang bertentangan langsung dengan sifat Islam sebagai petunjuk daripada Allah. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kejadian yang berlaku baru baru ini dimana Isu memegang anjing yang mana diberikan pendekatan agar kita tidak merasakan ketakutan dengan binatang ini. Mana mana orang islam yang amat cetek dengan pemahaman ilmu keislaman berpendapat bahawa anjing adalah makhluk Allah yang wajar disayangi, tetapi secara jelas disini mereka telah menolak hokum yang dikeluarkan dan membenarkan perkara ini berlaku atas dasar kasih sayang sesama makhluk.
Secara jelas kita sedang melihat bagaimana cara dan agenda ini disisipkan kedalam kehidupan saorang umat islam dengan cara mengubah struktur ayat untuk menghalalkan perbuatan ini. Sebagaimana kita tahu memegang anjing secara sengaja dan kita perlu membersihkan diri dengan tujuh kali air mutlak termasuk air tanah sebagai langkah untuk menyamak dan membersihkan menurut ajaran Islam.
Bukan itu sahaja, rata rata kita ketahui bahawa ramai diantara kita telah terjerumus dengan agenda ini , sebagai contoh yang jelas dan nyata ialah bagaimana ucapan ucapan “Alhamdullilah” “Subhanallah” semakin hari semakin ditengelamkan dengan kaedah penyebutan dan ucapan yang diagongkan oleh barat iaitu “Oh My God” “Shit” “Damn You” dan banyak lagi kini sedang bermain di bibiri anak anak muda Islam sekarang ini. Mereka cukup teruja dengan perkataan ini dimana mereka beranggapan bahawa ini lah kemodenan yang seharusnya mereka ikuti.
Kekuatan Liberalisme ini disokong kuat dengan fahaman pluralism yang mana sekutu kuat untuk menjayakan agenda yang cukup besar untuk menghancurkan aqidah umat islam jika tidak ditangani dengan sebaiknya. Latar belakang kepada pemikiran ini ialah fakta bahawa di dunia ini wujud pelbagai agama. Kemajmukan anutan agama ini boleh dilihat dalam beberapa kaedah pemikiran yang mana mengakibatkan kehancuran pegangan umat islam.
Begitu juga dengan satu keadaan dimana isu Kalimah Allah telah di ucapkan oleh Ketua Pembangkang di satu majlis bersama kaum cina dan india dimana mengatakan bahawa Kalaimah Allah ditafsirkan sebagai kepunyaa semua makhluk yang beragama. Wahal kita sedia maklum bahawa Allah adalah kalimah yang khusus untuk orang Islam.
Contohnya, Khalid Samad menulis, antara lain, Perbezaan di antara orang Islam dan orang bukan Islam bukan penggunaan perkataan ‘Allah’ tetapi atas kefahaman sifat-sifat Allah. Islam mengajar ummatnya bahawa Allah itu Esa, tidak beranak dan tidak juga diberanakkan, tiada sekutu dan Allah adalah pemilik nama-nama yang terpuji yang terkandung dalam 99 nama Asma ul Husna. Perbezaan kefahaman inilah yang hendak ditonjolkan dan diperjelaskan, bukan nama yang berbeza. Secara gunaannya di sini, Allah boleh jadi nama kepada al-Rahman dan boleh jadi nama kepada God The Father atau The Holy Trinity.
Percanggahan ini wujud bila mana sokongan terhadap isu ini meningkat dan ditafsirkan oleh bukan islam dan berfahaman liberal dan pluralism sehingga ianya menjadi satu krisis yang boleh disebut sebagai krisis agama. Ramai yang tidak sedar natijah yang bakal dihadapi oleh umat Islam bila aman krisis ini tidak ditangani dengan baik.
Berikutan dari itu, boleh disimpulkan dengan tegas bahawa Muslim adalah nama khas bagi penganut agama Islam, dengan iktikad tertentu yang boleh dibezakan secara terperinci jika dibandingkan dengan kepercayaan agama-agama lain. Dengan kata lain, Muslim bukan sebarang muslim yang kononnya menyerahkan diri kepada entah tuhan yang mana dengan cara yang entah macam mana pula.
source : rmf7
No comments:
Post a Comment