NUFFNANG

Tuesday, 9 December 2014

ikrar dengan gereja: azmin @ anwar sila beri penjelasan...

ikrar dengan gereja: azmin @ anwar sila beri penjelasan...

ini adalah info yang sedang bergantayangann di maya...tidak penting
ia dari sumbermana...tetapi rakyat wajar mengetahuinya secara umum 
dan adakah ia satu fitnah kerana media perdana tidak menyiarkannya.

sepertimana najib yang kalut untuk mendapatkan undi cina, tidak
mustahil dan penuh keyakinan anwar juga sedang berlumba ke arah yang 
sama.

satu undi cina lebih berharga atau sama nilainya 100 undi melayu (?)...

kekuatan ekonomi mencaturkan politik dan ekonomi juga mampu
membeli iman dan akidah..

Tarikh : 07/12/2014, Ahad
Masa : 11.30 Pagi
Tempat : Gereja Holy Family, Kajang
Anjuran : Biro Integrasi PKR Nasional
Kehadiran : 1,200 orang [M: 1%, C: 60%, I: 30, Lain2: 9%]

Pemimpin Dikenali :

1. Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR
2. Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor
3. Ganabatirau, EXCO Negeri Selangor

1. Dalam ucapan ringkasnya Azmin Ali menyatakan pendirian Kerajaan
PR Negeri Selangor untuk meraikan kelpelbagaian agama, sambil 
mengungkapkan kata-kata lebih kurang berbunyi...

"sebab itu saya tegaskan, the 351 bibles must return back to church. 
And i promise, you (Kristian) will not alone, we (PKR) will with and 
behind you all the time. Don't worry, you can keep on my words"...
sambil disambut dengan tepukan gemuruh.

2. Anwar Ibrahim menyentuh mengenai kedatangannya ke Gereja Holy
Family ini ketika kempen PRK DUN Kajang kira-kira sepuluh bulan lalu, 
UMNOmenyerangnya habis-habisan menggunakan TV3 dan menyatakan 
kononnyainilah cara berpolitik di Malaysia menggunakan isu agama dan
kaum yang perlu ditentang oleh rakyat pelbagai kaum. (disambut tepukan 
gemuruh).Bahkan, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia tidak bimbang 
di-ambilgambar berlatarbelakangkan palang Jesus dibelakang pentas 
gereja ini.

3. Anwar Ibrahim menyebut tentang persamaan antara Islam dan
Kristian iaitu orang Kristian menyebut Jesus tetapi orang Islam 
menyebut Nabi Isa a.s., sambil mengambil contoh di Turki, Kamal 
Attartuk tidak membezakan antara Islam dan Kristian untuk meraih 
keamanan yang tulin (the real piece).

4. Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia bertanya kepada Azmin
Ali,mengapa susah sangat untuk mengembalikan 351 bible tersebut 
kepadapihak gereja, itu hak mereka dengan kata-kata lebih kurang 
berbunyi...

"for me, there is no problem to distribute the bible even though in
Malay language, no problem at all. Why it's happen in multiracial
 country like us.That why, we must againt racism and fight for freedom 
in this country.(disambut tepukan gemuruh)

5. Diakhir ucapannya, Anwar Ibrahim menyentuh perbahasan Bajet
2015 di Parlimen bahawa dia membangkitkan tentang ketidak-adilan 
kerana pengecualian cukai hanya diberi kepada badan-badan Islam 
sahaja. Kenapa tidak diberi kepada badan-badan agama Hindu, 
Buddha, Kristian dan agama lain.

Ulasan :

1. Anwar Ibrahim membakar semangat anti Islam dikalangan orang
Kristiankhususnya dan mengajak mereka menentang Kerajaan Barisan 
Nasionalyang didakwa kononnya tidak berlaku adil kepada agama lain.

No comments: