NUFFNANG

Sunday 14 December 2014

DEMI MENGEKALKAN KUASA DAP DI SELANGOR... Isu jawatan timbalan speaker... DAP pulas tangan Azmin

DEMI MENGEKALKAN KUASA DAP DI SELANGOR... Isu jawatan timbalan speaker... DAP pulas tangan Azmin

Menggunakan pentas ketika merasmikan Konvensyen DAP Kebangsaan  di Subang Jaya pagi Ahad, pemimpin utama DAP Lim Guan Eng sudah 'pulas tangan' Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali yang hadir sebagai tetamu berkaitan isu jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor untuk ADUN DAP.
Guan Eng menggunakan kesempatan ketika membacakan ucapan dasar persidangan tahunan itu secara halus mendesak Azmin supaya setuju dengan kemahuan mereka.
Ketua Menteri pulau Pinang itu memberi isyarat kepada Azmin bahawa parti itu tetap menunggu Adunnya, Ng Swee Lim dilantik menjadi Timbalan Speaker DUN Selangor.
Guan Eng dalam ucapan dasarnya berkata demikian sambil menjeling terhadap Mohamed Azmin yang hadir pada majlis tahunan parti itu.
Jelingan itu bagaimanapun dibalas Azmin sambil mengeleng kepala bagaikan sebuah jenaka yang turut disambut ketawa perwakilan persidangan parti itu.
"Kita akan tunggu Ng Suee Lim (jawatan timbalan Speaker Dun Selangor)," katanya ketika berucap pada Persidangan Kebangsaan DAP, di One City, di Subang Jaya.
Sebelum ini, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyatakan parti itu tetap akan melobi agar satu lagi jawatan timbalan speaker diwujudkan apabila jawatan itu dimenangi PAS melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN Selangor, baru-baru ini.
Sebelum ini Azmin mendakwa tuntutan DAP itu akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim dilaporkan berkata, DAP wajar diberikan kerusi jawatan timbalan speaker DUN memandangkan parti itu menunjukkan kesetiaan penuh kepada PKR dan Pakatan Rakyat sewaktu krisis menteri besar kira-kira lima bulan lepas.
 
Ng berkata, untuk melantik timbalan speaker baharu, ia hanya memerlukan pindaan dalam enakmen selepas persetujuan dicapai dari kalangan parti komponen dalam pakatan pembangkang.
Tema Konvensyen Kebangsaan DAP 2014 tahun ini adalah ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.
Seramai lebih 2,700 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara kini berhimpun di One City, USJ.
Antara ucapan dasar dan topik perbahasan para perwakilan menjurus kepada persediaan DAP menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan pilihanraya umum (PRU) ke-14.

Pengerusi DAP Tan Kok Wai dalam ucapan mengkritik PAS kerana mahu melaksanakan Hudud.
Menurut beliau terdapat lebih banyak pihak cuba memperkenal undang-undang itu yang menurutnya tidak harus berlaku dalam negara berbilang bangsa dan agama.
Tan tidak menyebut secara khusus berhubung rancangan hudud PAS tetapi menegaskan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.
Tiada pemimpin kanan PAS hadir dalam acara di Subang itu dan parti Islam itu hanya menghantar AJK Pusatnya Hatta Ramli.
PKR yang diwakili oleh presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan timbalan beliau Azmin..-
Source : agenda daily

No comments: