NUFFNANG

Saturday 6 December 2014

Beli SPLASH RM2.8B Juta ?...YAB Azmin Tolong Jelaskan

Beli SPLASH RM2.8B Juta ?...YAB Azmin Tolong Jelaskan

AIDCNews – 6/12/14 – Facebooker Rojak Malaya menuntut YAB Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali memberi penjelasan benarkah kerajaan Selangor membeli Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd (SPLASH) dengan harga RM2.8B juta, satu angka yang lebih tinggi daripada pemerintahan Tan Sri Abdul Khalid sebelum ini.
Kenyataan penuh Rojak Malaya :
Umum mengetahui salah satu punca bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat ialah kerana atas urusan penjualan aset pengurusan air di Selangor. Khalid sebelum ini menawarkan harga RM250 juta untuk membeli Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd (SPLASH). Beliau enggan membeli dengan harga lebih dari itu, malah mengancam akan membatalkan lesen menggunakan undang-undang WSIA ke atas SPLASH.

Rakan karib Anwar Ibrahim, Wan Azmi Wan Hamzah yang juga pemegang 30% saham SPLASH sebelum ini dilaporkan cuba mendapatkan sokongan Anwar untuk menyakinkan Khalid membeli dengan harga lebih tinggi, tetapi Khalid menegaskan harga RM250 juta itu adalah adil dan takkan membeli dengan harga lebih dari itu, walauun sesen.
Boleh baca http://www.malaysia-today.net/the-splash-issue-explained/
Tapi ‘kedegilan’ Khalid berakhir dengan tragedi. Beliau akhirnya dipecat tanpa sebab – peristiwa yang menggoncang Pakatan Rakyat apabila pucuk pimpinan PAS memihak kepada Khalid.
Sekarang Khalid sudah tidak ada dan digantikan dengan orang kuat Anwar, Azmin Ali. Dilaporkan bahawa SPLASH sedang berunding dengan Kerajaan Selangor untuk meningkatkan harga jualan SPLASH dari RM250 juta (pada era Khalid) kepada RM2.8 bilion!! (pada era Azmin)
Baca http://www.thesundaily.my/news/1259686
Perkembangan ini mengejutkan kerana bagaimana harga RM250 juta boleh meningkat sehingga RM2.8 bilion? Bagaimana kerajaan negeri pimpinan Azmin boleh berunding untuk menggunakan wang rakyat sebanyak RM2.8 bilion untuk sebuah syarikat pengurusan air yang sebenarnya boleh dibeli dengan nilai hanya RM250 juta?
Soalan itu hanya boleh dijawab oleh MB Azmin Ali.
Apapun, Wan Azmi mungkin sedang teruja menunggu pengesahan mengenai rundingan bernilai bilion ringgit ini. Kalau dengan harga jualan RM250 juta, beliau yang punyai 30% kepentingan hanya dapat sekitar RM75 juta.
Tapi jika rundingan itu berjaya dan kerajaan Selangor sanggup keluarkan wang RM2.8 bilion, maka Wan Azmi akan dapat durian runtuh sebanyak RM840 juta! Woww!
Itulah harga pemecatan Tan Sri Khalid – seorang politikus yang pernah diangkat oleh PR sebagai pemimpin paling telus di muka bumi Malaysia.

source : aidc

No comments: