NUFFNANG

Saturday 6 December 2014

BACALAH, HAYATI LAH KESEMPITAN ORANG BAWAH WAHAI PEMIMPIN NEGARA

BACALAH, HAYATI LAH KESEMPITAN ORANG BAWAH WAHAI PEMIMPIN NEGARA



PERDANA Menteri WAJIB membaca laporan ini. Tan Sri Muhyiddin juga wajib membaca laporan ini. Begitu juga isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor.

Begitu juga bapa-bapa Menteri. KSU Kementerian. Ketua-Ketua Pengarah.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga harus membacanya. Begitu juga Tan Sri - Tan Sri, Dato'-Dato Seri, Ahli-Ahli Parlimen dan Adun tanpa mengira parti, Ketua-Ketua Bahagian dan para ahli politik.

Seorang ibu tunggal berusia 40 tahun, mempunyai ENAM ANAK, dipenjara 6 hari dan didenda RM300 kerana MENCURI DUA BUNGKUS SUSU FORMULA, DUA BOTOL KICAP EMPAT PENSIL MEKANIKAL, UBAT GIGI, ALAT MENCUCI SCOTCH BRITE dan SERBUK MINUMAN.
http://www.hmetro.com.my/node/13498

TAHNIAH Jelapang ucapkan kepada rakan blogger - FLYING KICK- kerana menulis mengenai kes ini.
http://theflyingkick.blogspot.com/2014/12/mana-pejuang-pejuang-hebat-melaka.html

Betul kata Flying Kick. Di mana pejuang-pejuang hebat Melaka?

Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Syed Mokhtar, jutawan-jutawan Malaysia, bapa-bapa Menteri, inilah realiti masyarakat di bawah.

Kita yakin Rasmah Joles kehilangan pertimbangan dan pedoman dan tidak tahu bagaimana lagi hendak mencari rezeki untuk menyuap mulut ke enam-enam anak beliau.

Apa guna dua bungkus susu, kicap, pensil dan ubat gigi kalau bukan untuk anak-anak kesayangan beliau.

Tanyalah diri-diri kamu, berapa jauh pendapatan Tan Sri-Tan Sri jika dibandingkan dengan pendapatan Rasmah.

Jika benar nasib Rasmah ini, maka tidak salahlah tanggapan sesetengah pihak - BUMI BERTUAH INI HANYA UNTUK ORANG TERTENTU.

No comments: