NUFFNANG

Tuesday, 5 August 2008

Pak Lah Di Malukan Lagi... Tu Lah, Orang Dah Kata, Berundur Lah...

Pak Lah Di Malukan Lagi... Tu Lah, Orang Dah Kata, Berundur Lah...

Pagi ini, Pak Lah akan dimalukan sekali lagi dengan suatu laporan baru ke Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Laporan ini akan meniliti bagaimana Pak Lah, Presiden UMNO, telah melanggar tataetika parti dan menyogok pelbagai kemewahan ke arah ahli CAWANGAN UMNO demi mempertahankan kedudukannya. Lebih buruk lagi, Pak Lah telah bersembunyi di sebalik penggunaan jentera kerajaan!

... eh, macam kes yang Anwar masuk penjara dulu aje... Anwar salah guna SB!

Orang UMNO yang memblog ada di sini, yang berkecuali di sini, tetapi lebih parah lagi, media blog utama sudah terbit di sini! Ini belum masuk laporan kat BPR pun lagi (laporan masuk katanya jam 9.30 pagi ini!).

Dan yang perit lagi untuk Pak Lah, yang melaporkan salah-laku beliau kali ini bukan calang-calang orang, tetapi Dato' Mazlan Harun, mantan Exco Pemuda UMNO, mantan ADUN dan pewaris darah Dato' Seri Harun Idris!

Laporan ini juga menyusul laporan Ketua Bahagian UMNO PJ Selatan, Kept (B) Dato’ Zahar Hashim, kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO atas salah-laku yang sama...

... Depa frust kot Jawatankuasa Disiplin UMNO tak buat apa-apa. Ya la, sejak 2004, Jawatankuasa Disiplin UMNO pun lebih bergiat untuk membunuh nyawa politik musuh Khairy atau menyelamatkan teman-temannya.

Yang dihukum Jawatankuasa Disiplin UMNO pun boleh jadi Menteri!

Sebagai ahli, saya rasa penat sangat lah tengok benda ni semua.

Baik Pak Lah berundur saja Lah, tak tahan nak tunggu dah! Datuk Seri Rafidah dalam 'melambai bye-bye-nya' pun dah bagi petanda, 2010 lama sangat Lah, tambah walau ada seorang pun yang nekad mencabar! Nak tunggu apa lagi?

Tunggu malu BPR terpaksa termangu tak endah laporan Datuk Mazlan Harun yang SAHIH?! Jadi kes-kes rasuah politik lain dalam pemilihan UMNO kali ni pun tiada makna Lah kan?

Nak tunggu bertambah kurang dari 28% rakyat percaya dengan kepimpinan Pak Lah ke? Kena tunggu turun sampai berapa? 20%? 10%? Kita tunggu sampai 0% Lah, amacam? Kalau macam tu sure tak perlu pergi, sebab mesti ada 3-4 orang yang mahu Pak Lah kekal... Khairy, Kamal, Kali...

Nak tunggu Tok Guru dedahkan ka yang PAS tak mahu Mukabalah diadakan sebab Imam Hadhari menolak hadirnya Tun Dr Mahathir sebagai pemerhati berkecuali? Dah tak cukup malu ka, PAS menolak UMNO kerana Pak Lah tertutup hati? Nak menyatu-padukan Melayu konon....

Nak tunggu Anwar semakin mampir ke tampuk kuasa ke? Ye lah, tau la KJ tu minat benar dengan Anwar tu, sejak universiti lagi, tapi...

Nak kata tunggu anak-pinak kaya raya dan berkuasa pun, dah tak perlu dah. Sampai kawan keliling pun dah kaya dan berkuasa, nak tara mana lagi?

Sudah Lah Pak Lah, berundur Lah.

Hero-hero UMNO yang dulu sakan nak mencabar pun la dah akur menunggu pemergian-mu... berundur sahaja Lah.

Sebelum UMNO, Melayu, Rakyat dan Negara Malaysia malunya tak tersorong ke mana pun angkara Pak Lah tak malu ingin kekal berkuasa...

kzso - ydp pl patut tahu apa yang harus dilakukan tapi disebabkan 'gate-keeper' yang terlalu ramai, pl tak tahu bagaimana keadaan di bawah (grassroot level). contoh terbaru ialah pl tak tahu mufti perlis ditawarkan menjadi calun meskipun pertandingan di permatang pauh besar implikasi kpd umno, bn dan negara. nampak gayanya dia kelihatan tidak dapat mengawal umno walaupun dia adalah presiden dan dari ppinang sendiri.

No comments: