NUFFNANG

Friday, 1 August 2008

KONTRAK SOSIAL : SATU KUPASAN

KONTRAK SOSIAL : SATU KUPASAN

Contributed by mahubelajar on Thursday, July 31 @ 20:36:59 MYT

Salam pertemuan kepada rakan-rakan dan pengunjung sekalian, sudah hampir satu bulan tidak menulis, berikutan banyak assignment dan perkara perlu diselesaikan, maklumlah semester baru sahaja bermula.

Banyak juga isu - isu terkini yang tidak diceritakan, yang terbaru DEBAT DSAI dengan SHABERY CHEEK, tentang harga minyak.

Blogger - blogger lain telah pun mengupas dan memberikan pandangan mereka sama ada kalangan blogger pro kerajaan mahupun blogger pro Anwar dan kalangan mereka yang membuat justifikasi adil dan saksama tentang debat yang julung kali diadakan di negara seperti Malaysia.

Ada juga yang menarik perhatian walaupun kelihatan berat sebelah, tetapi mengutarakan timbangan yang bernas.

Blogger seperti azrinizam dalam angin perubahan nampaknya menyebelahi Shabery Cheek tetapi pandangan dan tulisannya sangat menarik dan ada relevannya.

Alhamdullillah...kerana orang seperti azrinizam jelas tentang sikap sebenarDSAI.

Hari ini, bukanlah sebenarnya mahu bercerita panjang tentang isu debat ini.

Adalah lebih baik tulisan ini dipanjangkan terus kepada tajuknya iaitu tentang Kontrak Sosial.

Semasa menyelesaikan satu kertas kerja berkaitan subjek kenegaraan, kumpulan kami telah mengambil keputusan untuk membentangkan kupasan tentang Kontrak Sosial di Malaysia.

Di peringkat awal, kesukaran kami adalah untuk mendefinisikan kontrak sosial itu sendiri kemudiannya ahli kumpulan kami sendiri tidak tahu langsung tentang apa itu kontrak sosial, tidak tahu apa kontrak sosial yang meng'ikat' kaum di Malaysia.

TERKEJUT!! TERKEDU!! TERFIKIR DAN TERLINTAS DIBENAK HATI INI...rupa - rupanya masih ramai yang tidak tahu langsung tentang Kontrak Sosial..lebih malang lagi MAHASISWA juga TIDAK TAHU dan TIDAK FAHAM!!!!

Barulah kita faham sekarang..Mahasiswa yang sering turun dan menentang rupa - rupanya tidak tahu langsung tentang 'Perjuangan' dan 'Penentangan' mereka!!

JELAS dan NYATA kerana mereka sering bercakap perihal penindasan kaum dan ketidakadilan tetapi MEREKA TIDAK TAHU PUN realiti yang sebenar...

MAHASISWA hari ini hanya melihat dengan 'mata' emosi bukan dengan mata hati..mudah benar termakan pujukan dan provokasi..

DEFINISI : KONTRAK SOSIAL ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.

CONTOH :
Piagam Madinah iaitu perjanjian yang di antara kaum Muhajirin dan Ansar yang di ilhamkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Maka negara Islam pertama di dunia terbentuk.

Piagam Madinah mengandungi 47 fasal yang dipersetujui.

Di Malaysia, Kontrak sosial wujud di antara orang Melayu dengan orang Cina serta India yang pada hari ini merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak.

TUJUAN :

i) ianya bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing - masing.

ii) memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.

iii) memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.

iv) memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan.


Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia.

i) Orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara. (Berasaskan prinsip Jus Soli).

ii) Orang Cina dan India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.

iii) Orang Cina dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan.

iv) Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja - Raja Melayu) Orang Cina dan India mengiktiraf Hak keistimewaan orang Melayu

Jika kita lihat dengan 'mata' emosi maka kita generasi hari ini akan menyalahkan generasi terdahulu sebagai punca di atas apa yang kita katakan sebagai ketidakadilan.

MEMANG orang Melayu memberi 1 tetapi menerima 4 dan sebaliknya.

Biarlah apa jua penilaian kita generasi hari ini....PENEKANAN disini ialah kontrak sosial yang dimeterai ini memang ADIL dan SAKSAMA untuk semua kaum dan pihak di Malaysia

kzso - no wonder we have hundreds of thousands of unemployed graduates nowadays

No comments: