NUFFNANG

Tuesday, 5 August 2008

Kedudukan Melayu bagai telur di hujung tanduk

Kedudukan Melayu bagai telur di hujung tanduk

Contributed by Sutradari

Selagi kuasa tertinggi negara ada di tangan Abdullah Badawi, gabungan seluruh Parti politik yang ada sekalipun tidak akan memulihkan negara.

Begitu juga selagi kuasa tertinggi Melayu dipegang oleh Abdullah Badawi, gabungan UMNO-PAS dan seluruh pertubuhan politik dan bukan politik Melayu juga tidak akan membawa apa-apa perubahan. Itulah hakikat yang amat sukar ditelan oleh Abdullah Badawi.

Sukar sungguh dia mengakui bahawa semua permasalahan yang melanda Melayu dan negara hari ini tidak akan terjadi jika dia bukan Perdana Menteri.

Kadar inflasi tidak akan melambung tinggi mendadak jika Abdullah Badawi ini lebih peka dan bijak dalam soal ekonomi dan tidak terlalu mengharap kepada nasihat budak-budak hingusan dari Oxbridge.

Penyokong UMNO tidak akan berpaling tadah jika tidak kerana marahkan Abdullah Badawi.

Penyokong senyap tidak akan memilih untuk tidak keluar mengundi pada PRU yang lepas jika tidak kerana bencikan Abdullah Badawi.

Penyokong UMNO tidak akan marah dan penyokong senyap tidak akan benci kepada Abdullah Badawi jika tidak kerana Kamaluddin-SCOMI atau Khairy-ECM Libra atau Singapura-jambatan bengkok, Pantai Holdings atau Patrick Badawi-Monsoon Cup, Masjid Kristal atau MV Agusta atau percubaan memburukkan Tun Dr. Mahathir.

Penyokong MCA dan MIC juga tidak akan berpaling tadah dari BN jika tidak kerana sebab yang sama.

Rakyat tidak akan hilang kepercayaan kepada kerajaan jika Abdullah Badawi tidak melantik pesalah, perasuah dan mereka-mereka yang ditolak dan kalah bertanding sebagai Menteri Kabinetnya.

Melayu tidak akan lemah jika Abdullah Badawi tidak mendengar cakap minoriti pembangkang untuk merubah sistem kehakiman yang sebenarnya tidak ada cacat cela.

Melayu tidak akan menjadi lemah jika Abdullah Badawi tidak menyebabkan BN lemah sehingga Parti anti Melayu seperti DAP menjadi kuat.

Negara tidak akan berhadapan dengan masalah peribadi Anwar Ibrahim jika Abdullah Badawi tidak melepaskan Anwar sekaligus memberikan bantuan pernafasan kepada PKR.

Anwar Ibrahim tidak akan meliwat lagi atau mengumumkan untuk bertanding di Permatang Pauh hari ini jika Abdullah Badawi tidak melepaskannya.

Nama Malaysia tidak akan buruk di mata pelabur jika tidak kerana rasuah peringkat tertinggi oleh Perdana Menteri Malaysia, anak beranak dan rakan-rakan yang sedia diketahui umum.

Nama Malaysia tidak akan menjadi bahan jenaka jika tidak kerana Abdullah Badawi, Perdana Menterinya yang diketahui dunia sebagai sibodoh kaki tidur.

Pendek kata, semua masalah ini tidak akan wujud dan negara, UMNO serta Melayu tidak akan menjadi begitu lemah jika tidak kerana Abdullah Badawi. Tanpa Abdullah Badawi, rancangan untuk bermuzakarah atau bergabung dengan mana-mana Parti Melayu adalah tidak perlu sama sekali.

Kerana itulah Abdullah Badawi perlu segera disingkirkan. Seminit lagi kuasa ada padanya, selangkah lagilah kita menuju ke arah kemusnahan total.

Kerana itulah juga segala usaha untuk menyatupadukan Melayu, memperkasakan Melayu, mengembalikan kegemilangan Malaysia akan sia-sia selagi kuasa tertinggi masih ada pada manusia yang bernama Abdullah Badawi.

Apapun hujah para pemimpin UMNO untuk mengekalkan Abdullah Badawi sehingga 2010 (jika boleh dipercayai), mereka sebenarnya cuma ada dua pilihan iaitu ‘Kehilangan kuasa sekarang kerana menentang Abdullah Badawi’ lalu mencuba memulihkan UMNO atau ‘Kehilangan kuasa dalam pilihanraya akan datang melalui kekalahan BN’ lalu menghancurkan terus kuasa Melayu.

Pilihan di tangan mereka, samada untuk kehilangan kuasa sekarang atau dalam pilihanraya yang akan datang. Malangnya, mereka nampaknya telah memilih untuk ‘Kehilangan kuasa dalam pilihanraya yang akan datang melalui kekalahan BN’ sekaligus memusnahkan bangsa mereka sendiri.

Untuk itu, tiada kata lagi yang dapat diungkapkan. Terasa begitu hina bangsa Melayu itu kerana pemimpinnya yang keterlaluan gilakan kuasa. Terasa begitu jijik Melayu itu kerana masih berpolitik ketika nyawa bangsa kita kini bagaikan telur dihujung tanduk. Tidak pernah saya merasa hina dan jijik sebegini apabila mengaku diri sebagai Melayu.

Jika dahulu UMNO yang membela Melayu, kini UMNO jugalah yang memusnahkan Melayu. Semuanya kerana Abdullah Badawi yang lemah, tidak berkemampuan, tamak serta tegar tidak mahu berundur.

Seorang tua di kampung saya berkata bahawa Abdullah Badawi telah benar-benar membawa sial dan kecelakaan kepada bangsa dan negara. Tetapi, saya lebih percaya bahawa bangsa Melayu yang sebenarnya membawa sial kepada diri sendiri.

Mungkinkah sial dan kecelakaan ini sebenarnya adalah bala dan pengajaran agar Melayu bangun memperbaiki diri di masa hadapan? Apakah bangsa melayu itu hanya akan mampu memperbaiki diri setelah mereka memusnahkan diri mereka secara secara total? Akan ada lagikah Melayu selepas itu? Jika ada, apakah mereka akan mewarisi sikap tamak haloba, dengki khianat, dendam kesumat serta malas berfikir yang ada pada Melayu hari ini? Apakah mereka akan mengulangi semuanya sekali lagi?

kzso - ydp pm pl akan letak jawatan bila
a. TIADA TEKANANuntuk dia lepaskan jawatan. dia akan lepaskan jawatan dengan senang hati dan keluar sebagai seorang pemimpin yang berhemah tinggi sebab lepaskan jawatan dengan kerelaan hati walaupun memegang tampuk kepimpinan tertinggi.
b. SEDAR bahawa dia adalah sebab UTAMA rakyat tidak berpuashati dengan corak kepimpinannya yang nampak lemah dan tidak bersemangat.
c. INSAF bahawa kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan anaknya kamaluddin, menantunya kj, keluarganya; kekawannya seperti kalimullah, penasihat tingkat 4-nya, hp6 menteri kabinet dan majlis tertingginya...
d. MENYESALI tindakannya membebaskan anwar telah mengakibat keadaan negara berada di dalam keadaan kelam-kabut dan rakyat merana walaupun telah mengetahui umum sikap dan hati anwar selama mengenalinya dari tahun 70an (pertembungan ydp pl dalam gpms dan anwar dalam abim; penyingkiran pl sebagai ketua perhubungan umno pp oleh anwar; terbuangnya dalam kabinet menteri dengan kelicikan anwar dalam umno....)
e. MENGETAHUI bahawa masanya telah sampai untuk melepaskan jawatan demi agama, bangsa dan tanahair tercinta......

No comments: