'Do or Die' Di Parlimen Permatang Pauh
Dr Novandri Hasan Basri
Akhirnya, Anwar Ibrahim akan bertanding di kawasan parlimen milik isteri beliau, Dr Wan Azizah.Sebelum ini, Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di parlimen Kulim-Bandar Baharu (klik di sini)
Sebelum itu pula, ialah parlimen Bandar Tun Abdul Razak (klik sini) walau pun kerusi tersebut tidak mungkin akan dikosongkan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Menteri Besar Selangor sekarang.
Yang menarik perhatian penulis ialah keputusan yang dibuat itu amat berlawanan dengan prinsip Anwar Ibrahim yang pernah mengatakan bahawa PKR tidak akan melepaskan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh parti itu untuk beliau bertanding.
Beliau akan bertanding untuk menambah satu lagi kerusi untuk parti PKR.
Akan tetapi, berdasarkan kepada perkembangan semasa dan protokol pilihanraya, Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan menghadapi masaalah untuk layak menjadi calon.
Dan keputusan 'mengejut' melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh dilihat bersangkut paut dengan time frame yang dikejar oleh Anwar Ibrahim.
Buat masa ini, siasatan mengenai kes liwat beliau, baru sahaja selesai (sama waktu dengan keputusan Wan Azizah melepaskan kerusi beliau). (klik di sini)
Dan jika terdapat bukti-bukti yang lengkap, Anwar Ibrahim akan didakwa di mahkamah dan jika beliau di dapati bersalah, Anwar Ibrahim dengan automatik tidak layak untuk bertanding.
Ini adalah kerana, SPR mengatakan bahawa seseorang calon hilang kelayakan jika dia:Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
SPR juga mengatakan bahawa :-
Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan.
Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.
Maka untuk memastikan Anwar Ibrahim tidak terlucut secara automatik, beliau mesti bertanding di dalam masa 60 hari ini (selepas Wan Azizah melepaskan kerusi) dan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, jika beliau bersalah.
Inilah time frame yang penulis maksudkan.Dan perkara yang akan terjadi selepas ini adalah lebih menarik dan mendebarkan iaitu yang mana dulu?
1.Pilihanraya kecil (di dalam tempoh 60 hari ini) ?
atau pun
2. Keputusan akhir mahkamah mengenai kes liwat Anwar Ibrahim (yang baru sahaja selesai siasatan) ?
Jika pilihanraya dulu dan berdasarkan kepada rekod PKR di Permatang Pauh, Anwar Ibrahim mungkin akan menang dan menjadi Ahli Parlimen semasa prosiding mahkamah masih dipertengahan jalan.
Bagaimana pun, jika prosiding mahkamah boleh diselesaikan sebelum 60 hari (mulai hari ini) dan jika Anwar Ibrahim bersalah, beliau akan terlucut pencalonan secara automatik.
Walaubagaimana pun, jika kita amati kebanyakan kes-kes di dalam mahkamah hari ini (terutamanya kes-kes yang melibatkan orang 'penting'), kes liwat Anwar Ibrahim akan mengambil masa yang agak lama.
Tempoh itu belum lagi dicampur dengan tempoh jika kes tersebut di bawa ke Mahkamah Rayuan jika Anwar di dapati bersalah.
Kesimpulannya, pilihanraya kecil di parlimen Permatang Pauh akan tetap dijalankan. Beberapa lagi perkara yang dinanti-nantikan ialah,
1. Siapakah calon BN ?
2. Apakah proses pilihanraya itu berjalan dengan lancar?
3. Apakah kita akan menyaksikan tempoh dan kaedah berkempen yang paling kotor atau pun sengit di dalam sejarah negara Malaysia?
Sama ada Anwar Ibrahim atau pun BN, pilihanraya kecil ini merupakan gelanggang 'kalah mati' @ 'do or die'.
Tidak ada kompromi di dalam keputusan pilihanraya itu.
Bagi pendapat penulis, tidak kira pihak mana yang menang, keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh pasti menukar lanskap dan kerangka politik keseluruhan negara Malaysia!
Di sini penulis sertakan keputusan pilihanraya 2008 dan dokumen pilihanraya yang menarik untuk dikongsi bersama:-
P44 PERMATANG PAUH
Jumlah Pengundi: 58,449
Peratusan Kaum:
M: 68.5%
C: 24.79%
L: 0.41%
1. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) (30,338) 2. Datuk Pirdaus Ismail (BN) (16,950) Majoriti: 13,388 Jumlah undi: 47,398 Peratus mengundi: 81.09% Undi rosak: 110 Penyandang: Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
(Majoriti: 590 undi pada tahun 2004)
PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA
Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tetapi tidak boleh melebihi:RM200,000 bagi Dewan Rakyat; dan RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri di dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam Warta.
Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau kegagalan untuk mengemukakannya di dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pautan : SPR
kzso - it will be an interesting (any maybe the dirtiest), hotly by-election in recent years. bn ie umno, mca, mic, gerakan, ppp (and ipf) must work together, coordinate, 'attack intelligently', right approach,choosing the right candidate (preferably big and giant local leader from penang ~ ezam and his ex-pkr members can campaign aggresively in the ceramah) rather than going for defensive approach, no personal assisination (like shabery cheek did in his debate with anwar ~ when he is going to submit his resignation letter to ydp pm?) but highlighting on anwar's attitude, flip-flop policies (maybe anwar and ydp pm pl coming from the same satte and like boria too much), politics standing, chameleon approach (anwar's different approach/talk to different segment of audiences i.e. anwar speaks differently when he to speaks each malays (umno or pas), chinese and indians crowds; anwar's standing towards islamic state and his statements on the abolishment of nep, his ability to control pas and make pas changing it's policy from an islamic country to a charity country (?) "negara kebajikans, not negara islam" ~ bn must SHOW proof (in vcds, cds, internet,blogs,you tube) rather than just saying it. anwar's previous sodomy cases, anwar's reluctant to mubahalah in his recent sodomy case is one of bn/umno trump card; the rakyat need to SEE proof. in the same time,pr needs to work together and each dap and pas need to get their supporters to fully come out and vote for anwar (no back-stabbing) and highlighting on bn / ydp pm pl's failures to come-out with solid economic policies,increased inflations, ydp pm pl's cronyism (kamaluddin and kj's involvement in projects and politics), weak foreign policies (where we lost the pulau batu putih and no bridge at the causeway ~ this is good for malay crowds but not good for chinese crowds), abolishment of nep (good for chinese crowd but not good for moelems and malay crowds/audiences) etc . anwar's must get 100% votes from dap. his most critical votes will definitely coming from pas. anwar can expect some sympathy votes for azizah from umno members and some from umno's members 'protest' votes for ydp pm pl+kj+kalimullah+kamaluddin+shahrir+flip flop policy+weak leadership+musa hitam+hp6 cabinet ministers and mps+umno leaders attacking and lack of respect towards tun dr mahathir (umno's president for > than 22 years & umno members for > than 50years). yep... it'll be an interesting by- election. who to win? too early to say.
No comments:
Post a Comment