DAP Insider : Operasi Cantas Nobatkan Dinasti Lim Kuasa Tunggal DAP
AIDCNews – 18/12/13 – Operasi Cantas DAP yang dijalankan di seluruh negeri, dakwa blog DAP Insider bertujuan untuk menjadikan Dinasti Lim bertahan selama-lamanya dan menobatkan Lim Guan Eng sebagai kuasa mutlak dalam parti itu.
Dinasti Lim yang merujuk kepada Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng serta konco-konco penyokong utama dinasti tersebut.
“Di Perak, selepas jatuhnya sepupu terkenal Nga dan Ngeh, pengampu terkenal, Kula dan Thomas Wu akan menjadi orang utama. Kedua-duanya adalah hamba yang sanggup mati dan ‘yes man’ untuk Dinasti Lim. Kedua-duanya boleh berbuat apa-apa tanpa mengatakan tidak terhadap semua arahan yang diberikan oleh Dinasti Lim.”
Menurut blog itu di Selangor, Teng Chang Kim bukan lagi ancaman kepada Dinasti Lim apabila Tonny Pua berjaya dinaikkan sebagai Pengerusi DAP Selangor.
Zairil pula ditugaskan Dinasti Lim melakukan pembersihan di Kedah, apabila tugasnya telah selesai, Teoh Boon Kok (KB Teoh) akan dinaikkan menjadi Pengerusi DAP Kedah yang baharu.
Seorang lagi hamba Dinasti Lim, dakwa blog itu adalah Anthony Loke yang akan dipilih menerajui DAP Negeri Sembilan.
Pemilihan Anthony Loke di Negeri Sembilan dan Tonny Pua di Selangor sebagai ganjaran kepada mereka kerana berjaya memanipulasi pemilihan Jawatan Tertinggi DAP Pusat (CEC) sebelum ini.
““Goh Leong San akan dihapuskan dan Lim Guan Eng akan mencalonkan Lai Keun Ban, Ahli Parlimen DAP Kota Laksamana menerajui Melaka. (Tetapi) Kit Siang menentang pencalonan ini. Beliau mempunyai sejarah buruk yang berkaitan dengan isu moral melibatkan wanita. Untuk menghormati pengorbanan bapanya, Lim Guan Eng mencalonkan Khoo Poay Tiong yang kini merupakan Ahli Parlimen Air Keruh menerajui Melaka. Melaka adalah selamat.”
Dalam artikel bertajuk “Rise of Clans under Lim Dynasty After Prunning Operation Completed,” blog DAP Insider mendedahkan selepas selesainya Operasi Cantas DAP, maka akan muncullah puak-puak kecil yang menjadi penyokong setia Dinasti Lim.
“Di Pahang, Leong Ngah Ngah berpindah ke DUN Tanah Rata dan menyerahkan kubu kuat di DUN Triang kepada anak perempuannya Leong Yu Man untuk memastikan dia memenangi kerusi dalam PRU 13 sebagai memanjangkan kewujudan keluarganya dalam DAP dan mereka telah berjaya. Beliau akan terus mempertahankan tempatnya di Triang pada PRU 14 dan seterusnya.
“Di Kuala Lumpur, Tan Kok Wai, Ahli Parlimen DAP Cheras juga telah menyediakan anak perempuannya untuk PRU 14. Pada masa ini dia masih belajar di England. Semasa PRU 13, beliau telah meletakkan saudara-maranya, Tiew Way Keng di DUN Teratai, kerana beliau tidak mempunyai banyak pilihan kerana Jenice Lee dilihat ancaman kepadanya.
“Yang tidak diragukan, Karpal Singh sendiri juga menyediakan tempat untuk kedua-dua anaknya. Jagdip sebagai exco (di Pulau Pinang) dan Gobind sebagai Ahli Parlimen (di Selangor).”
source : AIDC
No comments:
Post a Comment