NUFFNANG

Friday 27 December 2013

Apa guna SOSMA, jika hakim neoliberal tak peduli undang-undang?

Apa guna SOSMA, jika hakim neoliberal tak peduli undang-undang?




Majistret menolak permohonan polis untuk menahan reman selama tujuh hari terhadap Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

Peguam Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi ketika dihubungi Harakahdaily menjelaskan pihaknya telah berhujah bagi membantah permohonan pihak polis itu kerana alasan yang tidak munasabah.

"Sebentar tadi kita telah berhujah di hadapan majistret apabila pihak polis memohon untuk menahan reman Azan selama tujuh hari.

"Hujah yang kita berikan adalah penahanan tersebut tidak munasabah dan kita meminta agar pihak polis membebaskan tahanan tersebut.

"Majistret telah menerima alasan yang kita berikan dan membenarkan pihak polis melengkapkan proses mengambil keterangan sebelum Azan dibebaskan," katanya.


Sebelum itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) telah bertindak bagi membantu Azan.

Azan telah ditahan oleh pihak polis kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru.

Beliau ditahan di bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan seksyen 124C Kanun Keseksaan. ~hrkh

Belia bangkit

Bangkailah hakim-hakim dan peguam ni... apa erti ada undang-undang jika tak dipeduli oleh hakim???????

Dulu kutuk kerajaan masuk campur hal judiciary dan tak bebas, nampaknya judiciary mahu kebebasan untuk tak ikut undang-undang dan langgar perlembagaan....
source : the unspinners

No comments: