NUFFNANG

Thursday, 26 December 2013

PAS dan hukum-hukumnya ... Biarkan! Biarkan!

PAS dan hukum-hukumnya ... Biarkan! Biarkan!


Tak lambat untuk Husin nak ucapkan Merry Christmaskepada pembaca-pembaca berugama Kristian.

Haaa ... pasti ada pihak akan kata haram dan syirik mengucapkan Merry Christmas. Kononnya sebab Christmas adalah perayaan ugama maka mengucapkan adalah salah.

Pihak yang kuat mengatakan dan menyebarkan pandangan ini adalah puak-puak yang berparti dan berjiwa PAS.


Ketika Dato Najib menziarahi penganut Hindu di Batu Caves sedang meraikan perayaan ugama Taipusam, puak PAS masih bising kata perbuatan Najib syirik.

Padahal Najib tak masuk pun kawasan acara ugama. Masa Dato Nizar Jamaluddin ziarah penganut Hindu sedang raikan Thaipusam, mereka berdiam saja. 

Ingat tak? Dah pandai sangat hukum .. Biarkan! Biarkan!

Sekarang PAS bukan saja sudah boleh hadhir ucap dan hadhir diluar kawasan upacara ugama tapi berucap dalam acara sermon dalam upacara ugama Kristian dan beri ucapan atas podium yang terpampang salib.

Dr Rani kata dia mahu tentang extrimisma dan penindasan ugama. Pihak propagdna pembangkang cepat menuding jari pada Perkasa dan Jati seolah-olah lupa peristiwa yang silam. 

Biarkan! Biarkan! 

Semalam Ketua Wanita Dewan Himpunan PAS Cawangan Kota Raja berugama Hindu meninggal dunia, Tersebar gambar bendera PAS menutup kerandanya.


Jangan hairan jika ada orang PAS akan kata penganut Hindu ini masuk syurga pasal dia masuk PAS. 

Macam orang PAS catkan kubur hijau untuk ahli supaya malaikat tahu pengisi kubur yang hijau patut masuk syurga.

Biarkan! Biarkan!

Undi PAS masuk syurga.

Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz pula murtadkan UMNO yang mana ahli UMNO mengucap, sembahyang, puasa, bayar zakat dan mengerjakan haji serta tak sembah pokok, Tok Guru dan kubur Khomeini dikatakan murtad.

Tapi perbuatan pemimpin PAS dia hanya ... Biarkan! Biarkan!

Bagi Husin, ucapan Krismas dibuat atas fatwa dari Majlis Fatwa yang mengharuskan atas niat muhibbah antara kaum dan ugama.

PAS pula guna fatwa tambahan sendiri yang memberikan pelepasan untuk niat kempen politik.

Wow! Biarkan... biarkan...!

No comments: