TERDIAM PAK BERAHIM DITENYEH MUFTI PAHANG!!!
KUANTAN - Kadar mahar perkahwinan RM22.50 ditetapkan di Pahang masih relevan dan bantu mengimbangi jumlah hantaran yang semakin tinggi.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, tiada keperluan untuk menyemak semula kadar itu setakat ini kerana kadar itu sudah dipersetujui dan tidak membebankan bakal pengantin.
Menurutnya, kadar mas kahwin tiada masalah tetapi jumlah hantaran yang sepatutnya dikaji dan dibincangkan kerana terlalu tinggi serta membebankan.
“Kadar RM22.50 itu sudah cukup kerana pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sudah mengkaji sedalam-dalamnya dan memperhalusi kewajaran kadar yang ditetapkan itu.
PS: Hah! Mana Pak Berahim? Puas hati ke dengan jawapan yang dah diberikan oleh Mufti Pahang tu? Atau dia masih nak meroyan tak tentu arah?
Tu la Pak Berahim. Jangan ingat orang buat kerja semua tak de dibuat kajian terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan. Bukannya buat sembrono je.
Hakikatnya, mas kahwin tu membolehkan orang Islam yang bujang ni cepat kahwin. Dan ianya tak de kaitan dengan kenaikkan harga barang. Jadi, tak payah la Pak Berahim nak buat kerja yang bukan - bukan!!!
source : semut hitam
No comments:
Post a Comment