NUFFNANG

Friday 27 December 2013

Dalang hasut guling kerajaan di facebook telah ditangkap Polis

Dalang hasut guling kerajaan di facebook telah ditangkap Polis

by Generasi Pejuang Bangsa
 -


 Polis hari ini menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II
yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 11 pagi di Saratok, Sarawak.

"Suspek yang merupakan seorang penganggur kini dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan," katanya dalam catatan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia.Hadi Ho berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. - Bernama

source : generasi pejuang bangsa

No comments: