Ada nak guling kerajaan, AP bermadu kasih di Switzerland?
Ekoran penulisan kami di SINI tentang ahli Parlimen yang ada hubungan luar perkahwinan, senang saja sesetengah komentar buat andaian ahli Parlimen itu Nurul Izzah.
Mana tahu bukan Nurul.
Menuduh seorang wanita berkhaiwat atau melakukan zina itu haram. Malahan membuat fitnah terhadap seseorang pun haram. Kalau tiada bukti ianya Nurul, tuduh perempuan soleh bertudung sampai ke tahap perut melakukan zina atau berkhalwat adalah dosa besar.
Kita bukan macam Ketua Muslimut PAS, Zailah yang sanggup photoshop gambar untuk fitnah Perkasa. Kita bukan macam Suara Keadilan yang masih memainkan isu cincin RM24 juta yang sudah dinafi, dijelaskan dan dibuktikan oleh pelbagai pihak. Kita bukan macam Lim Guan Eng yang sedia menipu setiap kali terkantol. Kita bukan Rafizi yang setiap kali membuka mulut yang terkeluar adalah putarbelit fakta dan tuduhan sembrono. Kita bukan MB Kelantan yang bila ada suara ghaib terus konar U-turn. Kita bukan macam Nik Aziz dan Husam yang buat macam-macam pecah tanah tapi satu hapa pun tak jadi.
Tiada seorang pun sedar kami tak kata wakil rakyat ini dari parti pembangkang. Walaupun kami beri link kepada senarai wakil rakyat pembangkang, tak bermakna ianya mesti pembangkang. Itu hanya decoy untuk mengalihkan dari identiti sebenar.
Malahan ada wakil rakyat parti pemerintah yang memenuhi deskripsi yang dikatakan.
Ketika budak-budak nak gulingkan kerajaan menggunakan demonstrasi kenaikan harga di Dataran Merdeka pada tahun baru, wakil-wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin ramai sedang bercuti di luar negara.
Kemungkinan 5 kawasan akan diletupkan bom untuk kasi kecuh dan tarik perhatian media asing.
Kisahnya ahli Parlimen dan wakil rakyat yang disebut-sebut kini bercuti di luar negara. Kali ini tidak ketahui ke mana wakil rakyat ini melancong kerana wakil rakyat ini sudah serik pergi ke London.
Mengikut cerita Selangor Chronicle terbaru di SINI, wakil rakyat ini telah bertengkar dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan suaminya yang telah bersemuka dan menyerang kekasihnya.
Seperti cerita, wakil rakyat ini ada terlibat dalam usaha memurtadkan orang Islam dan terlibat dalam gerakan subversif untuk membawa pemikiran liberal dalam negara. Dalam hal ini, wakil rakyat ini boleh jadi dari parti DAP/PKR malah PAS atau boleh jadi dari dalam BN dan UMNO yang ada agendatertentu.
Wakil rakyat ini ada menyuarakan hasrat untuk bercuti di Vatican City untuk mengalami sendiri sembahyang tengah malam pada hari Krismas yang service itu diketuai sendiri oleh Pope di Square dekat Bassilica, St Peter.
Mengikut bisik-bisik di kalangan ahli-ahli Parlimen perempuan, ahli Parlimen tersebut ada merungut mengenai suaminya banyak soal kali terakhir dia pergi ke London.
Dia heran suaminya bertanya mengenai tempat-tempat tertentu seolah-olah dia tahu wakil rakyat ini ada pergi bersama kekasihnya ke tempat-tempat berikut. Lalu dia berseluruh kata, "SB kita ni mesti ada di London.. kalau tak macam mana dia tahu?"
Perbualan ini sampai ke telinga Nurul maka timbullah isu mengenai ada 30 SB di London. Ikutkan tak munasabah untuk polis membiayai sampai 30 SB di London. Dahlah perbelanjaan sangat mahal dan tiada keperluaan untuk mengintip di London. Ada cara lain yang lebih mudah, murah dan efektif untuk kumpul maklumat di London.
Bagi mereka, tiada hal untuk menipu sedemikian kerana penyokong puak pembangkang bukan rasional dan logik pemikiran. Mudah sangat main terima bulat-bulat apa yang dikata oleh pemimpin mereka.
Media dan pemimpin utama mereka seringkali tahu tuduhan lojik tapi berdiam dan membiarkan isu diptrabelit demi untuk memburuk-burukkan kerajaan BN dan UMNO.
Kalau wakil rakyat ini mahu pergi ke luar negara ketika musim sejuk bersama kekasih, khabarnya destinasi percutian kegemarannya adalah Switzerland.
Di sana dia boleh berhelah untuk menghadiri persidangan anjuran pejabat Bangsa Bersatu dan NGO-NGO atau urusan di institusi kewangan yang berpengkalan di Geneva. Ada asas untuk buat claim dari gomen dan pihak-pihak tertentu untuk kos percutian.
Kekasihnya boleh berurusniaga di mana-mana bank Swiss yang terkenal merahsiakan butir kewangan pelanggan.
Switzerland juga mempunyai banyak mountain dan ski resort yang mana suasana kelihatan begitu cantik dan syahdu sekali bila diliputi salji pada musim winter. Suhu yang sejuk diluar dipanaskan dengan unggun api dari fireplace dalam setiap bilek pasti membuat suasana yang begitu romantis sekali.
Pada waktu malam dengan hanya cahaya dan kepanasan dari ungun api, wakil rakyat akan khayal dalam kehangatan pelukan kekasihnya. Mereka berasarama dan bermadu kasih yang boleh terjadi ketelanjuran hingga melayarkan bahtera ke ufuk pergunongan Alps.
source : the unspinners
No comments:
Post a Comment