Balun Perkasa demi ampu Dong Zong dan "Lee Kim Sai"?
Unspinners memberi ruang Just Read untuk memberi balas di SINI. Mungkin kasar sangat bahasa kami di SINI membuat dia memberi reaksi sedemikian.
Namun kami tetap rasa analisa dan pandangannya anih kerana pandangan seterusnya masih agak anih dan pelik. Bukan pasal tak selari dengan pandangan asal kami tetapi tuduhannya pun tak selari dengan pandangan masa lampau dan silam.
Just Read gumbira betul dengan kemenangan Lee Kim Sai baru iaitu Wee Ka Siong seolah-olah dia sudah terbuka kini dari isu Lee Kim Sai. Baca di SINI.
Lee Kim Sai adalah pemimpin MCA lepas yang pernah menimbulkan ketegangan kaum hingga pelabur-pelabur tarik balik pelaburan dan ada rakyat Malaysia yang mula terbang ke luar negara kerana takut berlaku ketegangan kaum pada tahun 1980an hingga terpaksa diadakan Ops Lallang.
Peliklah orang yang "goreng" mengenai perpaduan dan aman damai mahu seorang yang berpotensi menjadi Lee Kim Sai baru.
Ekoran dari itu, dia boleh membela dan memberi justifikasi kepada Dong Zong untuk bersikap militan sedangkan Perkasa yang mempertahankan Perlembagaan dan hak Melayu/Bumiputera diperlekehkan.
Konon metod Perkasa tak betul? Baiklah kenapa metod Dong Zong betul?
Bukan sekali tapi kali kedua Just Read memperlekehkan Perkasa dengan menggunakan kata-kata Ku Li yang beralasan lemah dan penutup ucapan anti-thesis pada ungkapan-ungkapan sebelum itu. Baca Just Read di SINI.
Hebat bekas wartawan berhujah. Dia tahu cerita balik tabir. Atau mungkin dia buat-buat tak tahu pasal kerana diperlukan menulis sedemikian.
Orang yang kuat menghentam perkasa adalah Wee Ka Siong/Soi Lek, dan Khairy. Lain-lain hanya nasi tambah. Kalau dia kata dia bukan blogger kawan Kj dan bukan menyokong Wee, maka kita terimalah.
Dia wartawan, kita hanya blogger (bukan wartawan ye...) yang dipanggilnya sebagai "fiddle stick" dan "uncompromising".
Dari penafian demi penafian, orangnya pasti kuat prinsip yang tak mudah berganjak dan dilalai habuan. Orang-orang "uncompromising" macam Unspinners takde prinsip padanya. Rasional yang sama menjurus pada mereka yang sedia "compromise" dianggap ada prinsip.
Hebat ...
Bertambah lagi dia tak anonymous maka dia handal dan berani. Dia tidak ada blog anonymous. Trace IP blog lain pun tak menunjuk ke arahnya.
Dia tak maki hamun dengan berselindung dibalik nama lain. Amat penuh etika dan perlu kita semua bantu dia dengan traffik. Tak patut wartawan ranking rendah?.
Takpe kita hanya nak menjawab balik. Hubungan link tetap dikekalkan. Nothing personal. You are entitle to your opinion as I am to mine.
source : the unspinners
No comments:
Post a Comment