NUFFNANG

Monday, 23 December 2013

BACALAH KALAU NAK TAHU "KENAPA SEKADAR DE FACTO, BUKAN PRESIDEN?"


Pernah tak terlintas di fikiran anda mengapakah Anwar tidak menyandang jawatan Presiden PKR dan berpuas hati sekadar menjadi de facto? Pelik apabila kewujudan parti itu hanya disebabkan Anwar dipecat. Ganjil apabila kerakusan Anwar untuk kuasa sememangnya diketahui.

Kalau Anwar boleh suruh Azizah letak jawatan sebagai MP agar dia boleh bertanding, mengapa dia tidak ingin memikul tanggungjawab sebagai presiden PKR? Kalau dia nak isteri dia memimpin parti kerana dia bagus, apakah sebab Azizah tidak dipilih sebagai calon PRU? Izzah kata mak bertanding, Azmin kata tiadak dan Anwar pula membisu apabila khabar angin Azizah akan bertanding tersebar.

Anwar tidak boleh bertanding untuk mana-mana jawatan di PKR kerana Anwar bukan ahli PKR. Anwar tidak pernah mengisi borang keahlian PKR. Borang Keahlian PKR 00001 dibawa kepada Anwar untuk diisi ketika dia di Sg Buloh. Namun dia enggan mengisi borang itu dan menyimpannya di poket seluar banduan dia ketika itu.

Keinginan Anwar untuk masuk kembali ke dalam UMNO masih belum reda. Sebab itu sejurus selepas Anwar keluar, pada Mesyuarat Agong UMNO, seorang ketua bahagian akan menekan pucuk kepimpinan utk membawa Anwar kembali ke dalam UMNO. Kata-kata Abang Ezam bahawa Anwar menyuruhnya berbincang dgn Tun M dan itupun secara rahsia adalah satu lagi perkara yg menyumbang kesahihan kepada pendedahan saya ini.

Ingat, memang benar Anwar membuat rancangan untuk menggulingkan Tun M. Masa itu hampir kesemua Pemuda UMNO menyokong Anwar. Lebih-lebih lagi Zahid Hamidi merupakan Ketua Pemuda UMNO di mana beliaulah orang pertama membangkitkan isu kronisme dlm UMNO untuk tujuan mengusik Tun M ketika Mesyuarat Agong UMNO. Perkara ini diberitahu oleh penulis ucapan-ucapan Anwar iaitu Faiz. Faiz juga merupakan seorang bekas polis dari special branch.
 


Saya pernah tanya abg Faiz dan Sankara kenapa masih tak sain borang PKR walaupun perjumpaan sulit dgn beberapa org besar UMNO gagal. Ada saki baki penyokongnya masih di dalam UMNO. Tapi sebab sebenarnya amat mengejutkan saya apabila diberitahu ketika itu.

PAS digunakan oleh Anwar sebagai satu insentif untuk mendapatkan balik keahlian UMNO. Secara senyap Anwar telah beroperasi dengan menggunakan alasan perpaduan Islam di Malaysia. Dia sanggup mengorbankan Zulkifi Nordin atas permintaan Khalid Samad agar pengaruhnya mampu merebak di dalam PAS. Logik ke Zulkifi kritik Khalid satu kali dan dia terus ke BN. Duit? Dibeli BN? Itu alasan Anwar bila orang lawan dia tapi sampai sekarang tak pernah sebut sumber duit dia. Mat Sabu seorang lagi virus Anwar dalam PAS.

MP-MP lain iaitu N Gobala dan Zahrain tinggalkan Anwar kerana kerap dimalukan dan dianak tirikan di Mesyuarat Pakatan. Mereka ini sanggup masuk ISA untuk Anwar, kena dilayan macam anjing dalam penjara untuk dia tapi hanya sebab Anwar perlukan PAS untuk memikat kembali UMNO dia sanggup mengorbankan penyokong tegarnya sendiri. Saya hanya tahu ini punca Zul, N Gobala dan Zahrain tinggalkan Anwar. MP-MP dan ADUN-ADUN lain yg juga tinggalkan PKR sememangnya saya tidak tahu sebabnya.

Anwar beria-ia nak masuk UMNO kerana dia tahu hanya itu saja cara dia boleh jadi PM. Ini kerana DAP tidak suka dan tidak menghormati Anwar. Karpal marah dia di media untuk bertaubat tapi masih tersengeh-sengeh dgn DAP. Perlantikan Khalid Ibrahim kali ini sebagai Menteri Besar pun atas desakan DAP. Kamu ingat Anwar berani nak menyinggung perasaan Azmin Ali? Azmin lewat masuk untuk sidang media dia (AZMIN REVEALS) kerana dia bersama Anwar dan Anwar telah berjanji dgnnya utk menjadikan dia Presiden PKR. Itu deal dia. Ini akan terbukti benar di pilihan raya PKR.

Tak percaya lagi tanya Kak Lateefa Koya. Dia Kounselor MBPJ yg dipaksa letak jawatan kerana surat dia kritik Khalid. Surat itu menyatakan dia endahkan kounselor yg dilantik PKR dihantar kpd Anwar dan Azizah "terbocor". Khalid PKR dan Kak Lat pun PKR. Puspam Kounselor Selayang PKR juga dipinggirkan dan anda boleh tanya dia juga. Logik ke ini boleh berlaku? Hari Juamaat Khalid hantar emel meminta nasihat guaman. Runding dgn Anwar. Kak Lat letak jawatan.

Saya tahu tentang hal ini kerana Khalid juga dulu anak guam. Penggubalan Perlembagaan Selangor apabila BN melantik ahlinya menjadi Setiausaha Negeri dibuat oleh firma yg saya bersama dulu untuk Khalid membuat usul di Dewan Negeri. Usul itu lulus. Pasal tu Faekah dilantik, orang Kak Wan.

Anwar ingin jadi PM dgn apa jua cara. Saya akan halangnya dgn apa jua cara.

No comments: