NUFFNANG

Monday, 23 December 2013

Anwar Marah Laporan Economist Intelligence Unit – Social Unrest 2014

Anwar Marah Laporan Economist Intelligence Unit – Social Unrest 2014

EIU
Semalam bukan main kecoh juga di HQ PKR apabila seorang budak intern memberikan laporan kononnya Malaysia tidak berpotensi menjadi negara kacau bilau pada tahun 2014. 

Budak intern yang mentah itu begitu yakin, dia dapat menarik perhatian Anwar dengan laporan kononnya Malaysia tidak berada di dalam senarai negara kacau bilau.

Gegak gempita HQ PKR apabila Anwar menyalahkan kebodohan INTERN tersebut sebagai tanda budak itu tidak layak bekerja dengan PKR.

Laporan EIU menyebut bahawa Malaysia berada di dalam kumpulan LOW RISKuntuk berlaku kekacauan pada tahun hadapan.

Anwar kemudiannya berceramah tentang keperluan HQ PKR menjadi pemangkin bagi memastikan Malaysia kacau bilau. Itu tugas utama kita di sini, jerit Anwar.

Kalau tidak ada kacau bilau, kita mesti cetuskan kacau bilau. Sebab itu kita buat segala macam anti-GST, anti tol dan sebagainya.

Budak intern itu termenung panjang.

Berdasarkan laporan EIU, antara negara yang berada di dalam kategoru HIGH RISK adalah: Argentina, Bahrain, Bosnia, Egypt, Iraq, Lebanon, Nigeria, Yemen dan Uzbekistan.
Laporan EIU menyebut Malaysia berada seiring dengan negara lain:-
  • Australia
  • Canada
  • Chile
  • Germany
  • Hong Kong
  • New Zealand
  • Singapore
  • Taiwan
  • USA
Anwar mahu situasi ini dirubah. Malahan, dalam tempoh setahun dua, Anwar mahukan negara Malaysia berada di kumpulan HIGH RISK atau VERY HIGH RISK.
Inilah yang dijadikan kayu ukur keberkesanan gerakan PKR dalam setahun dua ini.
Sebab itu apabila Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kuala Langat) menjadi Timbalan Presiden MTUC, Anwar cukup gembira dan happy. Abdullah Sani adalah contoh ahli parti yang berkesan mencari pengaruh yang tidak pernah difikirkan oleh kerajaan.
MTUC akan menajdi pemangkin kepada pencetus kacau bilau dalam masa setahun dua ini.

source : Gelagat Anwar

No comments: