NUFFNANG

Monday, 30 December 2013

ADA PAHAM?! gomen dah betul...rakyat yg songel

gomen dah betul...rakyat yg songel

kenapa perlu 'perang' dengan najib? bukankah kenaikan harga barang dan perkhidmatan merupakan sebahagian manifesto dan aku janji BN di pru13 yg lepas? bukankah semua janji itu sdg dalam proses ditepati.

jika dulunya najib jadi pm dan presiden umno atas ihsan paklah maka dia perlu berhati-hati. kini dia sudah 'dipilih' oleh rakyat - tidak wajar najib merasa gentar dengan usikan rakyat yg tidak mengundinya.

lagipun menteri2nya tidak ada yg mengadu keluh kesah rakyat kpd najib. yg najib mungkin tahu ramai rakyat buat repot polis kerana membantah tindakan pihak2 yg nak gulingkan kerajaan, ertinya najib berterusan dapat support rakyat? mana ada rakyat komplain pentadbirannya?

bagaimana pula dengan komen tun mahathir, kerajaan mambazir dan patut kurangkan kos? komen tu najib tak baca - dlm keadaan dia tak tahu, bukan jadi kesalahannya.

lagipun, kalau mahathir tak setuju itu ini, elok Tun balik India kalau dia tak setuju dng malaysia - sesetengah menteri najib suka guna ayat2 lagutu.

No comments: