SPRM kata tiada kuasa dakwa pembelian kondominium mewah anak Rosmah di New York
juta anak tiri PerdanaMenteri kerana tiada undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan mereka.
Badan pencegah rasuah Malaysia tidak boleh menyiasat pembelian kontroversi kondominium mewah bernilai RM100
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan mereka mencadangkan agar klausa itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan tetapi Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen.
“Walapun ini bukanlah fungsi penuh kami, SPRM mengalu-alukan perkara ini dimasukkan ke dalam cadangan pindaan Akta yang akan dibawa ke Parlimen tahun hadapan,” katanya badan itu dalam satu kenyataan malam tadi.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas ahli politik pembangkang mendesak SPRM menyiasat pembelian kondominium mewah penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz di New York. Riza yang juga merupakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam perkahwinan sebelumnya.
Laporan media mengatakan lelaki berumur 36 tahun itu bekerja dalam industri perbankan di London di mana beliau mengumpul kekayaannya dalam ekuiti dan hartanah. Riza juga memiliki Red Granite yang menerbitkan filem terbaru lakonan bintang Holywood Leonardo DiCaprio, “Wolf of Wall Street” - diarahkan oleh Martin Scorsese.
Seorang kolumnis hiburan menulis tentang pembelian kondominum mewah ini pada Disember 2012 akan tetapi berita tentangnya hanya menjadi tajuk berita selepas laman sesawang Sarawak Report melaporkannya minggu ini, mempersoalkan pembelian tersebut.
Kondominium tersebut dikatakan antara paling mahal dan eksklusif di dunia, kata kolumnis tersebut, mempunyai 15 bilik dengan keluasan 7,738 kaki persegi dengan pemandangan menarik dari beranda seluas 1,244 kaki persegi.
Akan tetapi laman sesawang hartanah New York, The Real Deal mengatakan Riza membeli hartanah mempunyai tujuh bilik di West 63rd Street Park Laurel pada 19 November, 2013.
LA Times melaporkan minggu ini Red Granite mendapatkan wang daripada sekumpulan pelabur tidak dikenali dari Timur Tengah dan Asia dan hanya akan membiayai filem ini sahaja. Wolf of Wall Street dilaporkan berkos AS$100 juta di mana Red Granite mengeluarkan dana sepenuhnya.
Bagaimanapun, ahli politik pembangkang Malaysia lebih berminat kepada hartanya berbanding cara beliau berniaga dengan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mengatakan,” “Pendedahan tersebut mengejutkan. Pada ketika rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, sesetengah pihak berbelanja mewah.”
“Dari manakah dia (Riza Shahriz) mendapat wang sebanyak itu? Kerana angkanya terlalu besar iaitu RM110 juta,” katanya semasa mendesak SPRM menyiasat perkara tersebut.
Menurut SPRM, tindakan menyiasat individu yang hidup di luar kemampuan mereka juga dicadangkan oleh panel penasihat badan pencegah rasuah itu termasuk jawatankuasa khas Parlimen dalam isu rasuah.
Katanya laporan tahunan SPRM 2012 juga menyatakan keperluan untuk akta dipinda bagi membolehkan individu mengisytiharkan harta mereka sebelum penyiasatan awal dilakukan terhadap mereka.
“Suruhanjaya dan orang ramai melihat ini sebagai penghalang terhadap usaha untuk memerangi rasuah dengan lebih efektif oleh kerana masih terdapat pemegang jawatan atau penjawat awam mempunyai aset di luar kemampuan mereka,” kata SPRM. – 30 Disember, 2013.
source : MI
No comments:
Post a Comment