1. Anwar telah kahwin lari dengan Wan Azizah. Yang tolong mereka ketika itu, Pak Lah. Sebelum zaman dia masuk politik pun Anwar dah buktikan dia sanggup buat apa sahaja untuk dapat apa yang dia idamkan.
Dulu Azizah, kini PM.
2. Apabila Anwar dipecat dari jawatan Timbalan PM, tiba-tiba dia menjadi pejuang rakyat yang dipecat..dia inginkan reformasi tapi Tun M enggan dengar,marah dan pecat dia. Fikir kejap. Apa yang Anwar cadangkan sehingga Tun M tergugat. Hansard tiada apa-apa. Orang ramai percaya dia dipecat kerana cuba halang Tun M dari bail-out kroni-kroni. Tapi, takkan Anwar tiba2 je lepas jadi Timbalan PM sedar perkara ini. Kalau pejuang reformasi, sepatutnya bangkit isu ni di Parlimen atau letak jawatan.
Kena pecat, muka malu, gelarannya pejuang.
3. Kalau Anwar pejuang reformasi, penegak demokrasi mengapa parti dia tiada sebarang unsur yang dia ingin kerajaan ada. Dia memilih calon p/raya tapi dia tiada sebarang jawatan malah bukan ahli biasa PKR pun. Sanggup jadi PM dengan cross over pada September 16 tapi menurut dia kerajaan Perak tidah sah.
Satu logik untuk Anwar, satu lagi untuk yang lain.
4. Ramai percaya Anwar adalah mangsa konspirasi di mana dia telah diperangkap dalam kes liwat. Tapi, dia ke penjara untuk kes salah guna kuasa dan rasuah. Tuduhan yang dia tidak bangkitkan di ceramah atau cuba jelaskan di media. Tempoh di penjara adalah hukuman untuk salah guna kuasa dan rasuha. Kes liwat pula dia dibebaskan walaupun Mahkamah mengesahkan Anwar telah meliwat kerana polis tidak ikut prosedur. Alasan sama yang bebaskan Anwar untuk liwat 2. Ganjil kan?
Politik klasik, tukar tumpuan.
5. Kalau sayangkan negara, kenapa pergi ke Indonesia dan kutuk pula? Jusof Kalla kata dia tak puas hati kerana ada pengundi palsu, blackout. Tapi buktinya pula tidak ada. Apa yang dia tak faham orang Cina undi DAP, orang Melayu dan India pula undi BN. Undi populariti itu berdasarkan jurang kemenangan semua calon parlimen. Dan kebanyakkan kerusi parlimen kawasan bandar mempunyai pengundi yang ramai berbanding kawaasan luar bandar dan FELDA. Contohnya jurang kemenangan Teresa Kok di Seputeh. Jurang lebih 50ribu undi namun ia hanya 1 kerusi Parlimen.
Anwar perdaya, rakyat percaya
Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi perkara dan insiden yang saya boleh tunjuk. Masalahnya bukan
Pembangkang kuat, sebenarya itu yang saya hendak untuk kepentingan rakyat, tapi Anwar calon mereka jadi PM.
Tak ingin ulas lagi tentang isu ini. Yang dicatit di atas bukan tuduhan semata-mata. Itu fakta.
No comments:
Post a Comment