NUFFNANG

Tuesday 31 December 2013

ISMA Nafi Anjur Flashmob Di Dataran Shah Alam

ISMA Nafi Anjur Flashmob Di Dataran Shah Alam

AIDCNews – 30/12/13 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini menafikan penganjuran sebuah himpunan ‘flashmob’ besar-besaran yang dirancang berlangsung pada 31 Disember bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Setiausaha Agung ISMA, Dr Ahmad Kamsani Samingan berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyalahgunaan identiti ISMA.
“Saya dengan tegas menafikan penglibatan ISMA dalam kempen tersebut dan kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” kata beliau kepada ismaweb.
Beliau merujuk kepada satu poster yang menggunakan identiti ISMA mengajak orang ramai menghadiri perhimpunan itu tersebar di media sosial sebagai kempen mengumpul 50 ribu tandatangan membantah kenaikan harga lesen di Selangor.
Poster itu juga menyatakan tiga aktiviti yang akan dilaksanakan iaitu solat hajat untuk keselamatan negeri Selangor, solat taubat untuk Anwar Ibrahim dan solat hajat untuk membuka hati Khalid Ibrahim.
Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Yang Dipertua ISMA Shah Alam, En Dollah Sani Suratman diBalai Polis Seksyen 11 Shah Alam sebagai penafian penglibatan ISMA dalam perhimpunan tersebut.
source : aidc

No comments: