NUFFNANG

Tuesday 31 December 2013

LATEST! UPDATE DEMONSTRASI GULING KERAJAAN!!!

UPDATE DEMONSTRASI GULING KERAJAAN!!!

Tuesday, December 31, 2013

Berikut adalah ringkasan laporan yang telah diterima:

Di Masjid Negara, sebuah bas bernombor pendaftaran DBY 7070 dari Kota Bharu

Di Dataran DBKL, sepuluh orang Muslimat PAS dikesan mundar-mandir.

Di Dataran Merdeka, 20 orang yang memakai baju berwarna hitam tertera logo Pakatan Rakyat dan turut memegang plakad TURUN.


Di Sogo, lebih kurang 100 keping risalah dikesan sedang dan telah diedarkan kepada orang ramai. 50 orang daripada mereka, kemudiannya bersolat di kawasan tangga halaman SOGO walaupun di SOGO, Pertama, Champbell dan Masjid Pakistan di belakang balai polis lama Campbell menyediakan ruang solat yang lebih selesa. Mereka turut bertakbir dan menunggu kedatangan Chegu Bard.

Di Masjid Negara, lebih kurang 150 orang jemaah dari golongan muda berpakaian hitam, keluar dari masjid selepas solat Maghrib. Ada yang bercakap dan berbual tentang tindakan penyuraian oleh polis malam ini dan sangat-sangat teruja dengan situasi itu.

Di Masjid Jamek, selesai solat maghrib, terdengar laungan takbir, tetapi tidak mendapat sambutan. Lebih kurang 200 orang anak muda sedang berkumpul dalam kumpulan kecil di kawasan luar masjid. Turut dikesan adalah plakad-plakad bertulisan, TURUNKAN HARGA BARANG.


Seorang wanita Cina berusia lingkungan 20-an bertanya arah ke Dataran dan memberitahu, tidak mewakili mana-mana kumpulan tetapi hanya hadir untuk memberikan sokongan.

Turut mendapat maklumat ialah, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dikatakan akan bergerak dari Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut ke Dataran Merdeka pada jam 9:00 dengan menggunakan motosikal.
source : the flying kick

No comments: