NUFFNANG

Friday, 27 December 2013

INFLASI – SEMUA PIHAK BERPERANAN MEMERANGINYA

INFLASI – SEMUA PIHAK BERPERANAN MEMERANGINYA

1. Kini sekali lagi rakyat berdepan dengan gelombang kenaikan harga runcit barang dan perkhidmatan. Gelombang lebih besar sebelum ini ialah pada pertengahan kedua 2008.
2. Nampaknya rakyat amat marah terhadap Kerajaan BN, kerana pada persepsi mereka, kerajaanlah yang menjadi punca kenaikan harga ini iaitu disebabkan oleh pengurangan subsidi yang mendadak dan seretak seperti tepong, gula, petrol, diesel dan tarif letrik. Tidak lama lagi, difahamkan, kenaikan kadar tol dan tambang pengangkutan pula!
3. Tujuan artikel ini adalah untuk membantu menjelaskan isu ini secara mudah dan ringkas – (a) memahami punca-punca inflasi dan (b) peranan masing-masing untuk menanganinya.
Punca
4. Berdasarkan Carta 1, dapatlah kita perhatikan bahawa sebab inflasi atau kenaikan harga runcit itu adalah berbagai-bagai. Justeru amatlah tidak tepat sekali jika punca kenaikan tersebut dibebankan ke atas bahu satu pihak semata-mata.
5. Secara kasar, kenaikan berkenaan, adalah kerana:
(a) faktor domestik yang disebabkan pula oleh:
(1) kenaikan / tolakan harga (cost push) – misalnya disebabkan oleh kenaikan kos input seperti baja dan upah buruh,
(2) dorongan permintaan (supply-driven) – misalnya kerana kekurangan bekalan yang disebabkan oleh cuaca buruk atau bencana alam seperti banjir besar di Pantai Timor Semenanjung sekarang ini, atau
(3) dorongan permintaan (demand pull) – misalnya kerana permintaan yang tinggi seperti di musim perayaan dan impak pendapatan rakyat yang meningkat. Sebagai contoh, purata gajil bulanan pekerja sektor perkilangan telah meningkat kira-kira 10% antara 2012 (RM2,466) dan 2013 (RM2,710).
(b) faktor luar (imported inflation) yang disebabkan pula oleh:
(1) kenaikan nilai matawang asing seperti Yuan, Yen dan US$ berbanding dengan nilai Ringgit kita. Contohnya, antara Mei 2011 (US$1 = RM2.97) dan Disember 2013 (US$1 = RM3.30), nilai US$ telah mengukuh 11% berbanding dengan duit kita atau, sebaliknya, RM telah merosot 11%!
(2) kenaikan kos produk – misalnya kerana bencana alam, persaiangan ekoran penggunaan alternatif seperti minyak kelapa sawit diguna untuk membuat biofuel. Banjir besar di Queensland tidak lama dulu telah menyebabkan kos tenaga di Malaysia meningkat kerana kos arang batu melonjak (telah naik dari US$107 setonne kepada US$145 setonne dalam masa sebulan = 35.5%) disebabkan kekurangan bekalan bahan tersebut.
(3) larangan / sekatan negara pengeksport – secara fisikal, pentadbiran ataupun menggunakan tarif. Misalnya sekatan eksport bawang oleh India.
6. Tahap kenaikan inflasi, secara mudah, terbahagi kepada 4 jenis (http://countryeconomy.com/cpi ):
6.1 kenaikan yang rendah (low) – Perancis (0.7%)
6.2 kenaikan yang sederhana (moderate) – Malaysia (1.8%), Melaka (1.6%), UK (2.1%).
6.3 kenaikan yang tinggi atau hyper inflation – Mesir (12.9%), Venezuela (54.4%)
6.4 harga turun atau deflasi – Sweden (-0.1%), Greece (-2.9%)
7. Yang terbaik ialah kadar inflasi yang sederhana seperti Malaysia, Melaka dan Denmark. Malanganya, rakyat Malaysia sudah histeria sekalipun bahang ‘kepanasan inflasi’ sekarang jauh lebih rendah berbanding tahun 1981 (9.8%), 1998 (5.2%) dan 2008 (5.4%)! Sila rujuk Carta 2.
Subsidi
8. Dalam tempoh yang panjang, kerajaan BN yang prihatin telah memperuntukkan subsidi yang besar untuk mengurangkan beban rakyat kerana kebajikan rakyat didahulukan. Pada tahun 2010, misalnya, sebanyak RM24.9 bilion telah dibelanjakan bagi tujuan subsidi; contoh:
No.     Komoditi              Nilai Subsidi
1.            Petrol RON95            RM3.13 bilion
2.           Diesel                             RM3.59 bilion
3.           LPG                                 RM1.43 bilion
4.           Beras ST15                   RM486 juta
5.           Minyak masak             RM813 juta
6.           Gula                                RM789 juta
7.           Tepung Gandum        RM 89 juta
9. Ekoran daripada pemberian subsidi itu, harga barang-barang runcit berkenaan (sebelum ini) di Semenanjung Tanah Melayu telah dapat dikurangkan seperti berikut:
No. Komoditi       Harga Pasaran     Harga Kawalan    Jimat
1.       Petrol RON95  (1 litre) RM2.35          RM1.90                         RM 0.45
2.      Diesel                   (1 litre) RM2.29          RM1.80                         RM 0.49
3.      LPG                       (10 Kg) RM38.30       RM19.00                      RM19.30
4.      Beras ST15          (10 Kg) RM22.00       RM18.00                     RM 4.00
5.      Minyak masak    (1 Kg) RM5.40             RM3.30                       RM 2.10
6.      Gula                       (1 Kg) RM2.35              RM2.10                       RM 0.25
7.      Tepung Gandum (1 Kg) RM1.80           RM1.35                         RM 0.45
10. Kerana tindakan kerajaan BN yang mengutamakan prestasi (berjaya menguruskan ekonomi dengan cekap serta mampu mengawal kenaikan harga runcit barangan dan perkhidmatan dengan berkesan) maka kadar inflasi di negara kita dapat dikawal di tahap sederhana (seperti Carta 2 di atas).
11. Sukalah ditegaskan sekali lagi bahawa prakarsa kerajaan BN dalam memerangi inflasi tidaklah semata-semata tertumpu kepada pemberian subsidi sahaja. Langkah-langkah lain juga dilaksanakan seperti mengawal harga barang-barang perlu, misalnya gula, tepong dan minyak petrol, menambah pengeluaran, melonggarkan sekatan import barangan terpilih dan memberi insentif.
12. Dalam pada itu, kerajaan telah mengkaji dan menilai keperluan serta kepentingan negara jangka panjang. Didapati, antara lain, peruntukan subsidi yang besar dan berterusan adalah tidak sustainable; tidak tertampong oleh negara. Sebagai contoh, jumlah nilai subsidi (RM46.7 bilion) di bawah Bajet 2013 lebih besar dari peruntukan untuk pembangunan (RM45.1 bilion)!
13. Lebih penting lagi, subsidi yang dimaksudkan untuk mereka yang berpendapatan rendah itu tidak menepati sasarannya. Yang mendapat faedah lebih besar adalah golongan orang kaya! Sebagai contoh, 20% nelayan kaya menikmati 80% daripada jumlah nilai subsidi diesel manakala 80% nelayan miskin hanya mendapat faedah 20% daripada jumlah nilai produk yang sama. Yang demikian, semakin perlulah skim subsidi ini dirasionalisasikan atau dirombak semula.
14. Rasionalisasi skim subsidi ini telahpun dimulakan dengan tepong, gula, petrol dan diesel. Akan diikuti oleh tarif letrik dan tol. Rakyat mula marah kerana merasakan bahang tekanan dan keperitan kenaikan harga runcit barang & perkhidmatan itu walaupun kenaikannya tidaklah seberapa.
15. Apakah sepatutnya kerajaan terlebih dahulu buat sebelum melaksanakan rasionalisasi ini dan perlu pula buat untuk meredakan kemarahan rakyat sekarang?
Tindakan
16. Pertama, Kerajaan sepatutnya memperlihatkan telebih dahulu kepada rakyat keberkesanan hasil / impak rantaian tindakannya yang ikhlas, serius dan telus dalam melakukan penjimatan, memerangi ketirisan dan penyelewengan serta mengurus value for money. Terdapat tiga kebaikan utama dari inisiatif ini:
16.1 kerajaan mengetahui dan rakyat pula dapat melihat saiz penjimatan yang berjaya dicapai; justeru kerajaan tidaklah perlu merentap amaun subsidi yang begitu besar dalam masa yang singkat seperti sekarang ini,
16.2 kerajaan berpeluang memaklumkan faedah yang dinikmati oleh rakyat hasil daripada penjimatan dan pembenterasan ketirisan itu, dan
16.3 setelah melihat hasil kesungguhan dan keihklasan usaha kerajaan itu dan faedah yang mereka nikmati maka dijangka majoriti rakyat lebih rela berkorban demi negara tercinta.
17. Kedua, melaksanakan pengurangan subsidi semasa harga bahan mentah menurun. Yang demikian, harga yang sedia ada itu bolehlah dikekalkan tanpa dirasai oleh pengguna. Sebagai contoh, harga kawalan minyak masak adalah sebanyak RM3.30 SeKg dan nilai subsidinya sebanyak RM2.10 SeKg. Harga tersebut adalah berdasarkan harga minyak sawit mentah bernilai sekitar RM3,100 setonne manakala harga sekarang berlegar sekitar RM2,300 setonne; merosot 26%. Jika nilai subsidi dikurangkan proportionately maka harga runcit RM3.30 SeKg itu bolehlah diteruskan. Pengguna tidak akan terasa impak pengurangan subsidi itu.
18. Menyentuh isu subsidi minyak masak ini, kerajaan telah memilih mengurangkan harga runcitnya kepada RM2.50 SeKg tanpa sebarang huha! Sepatutnya ia dihebuhkan seantero dunia berserta dengan penjimatan yang diperolehi dan faedah yang dinikmati!
19. Ketiga, kerajaan sepatutnya terlebih dahulu membuat kajian impak dan simulasi akibat kenaikan harga barang yang subsidinya hendak dikurang / dihapuskan itu. Pada masa yang sama, ia hendaklah mengambil langkah-langkah preventif untuk mitigate impak kenaikannnya ke atas semua lapisan ekonomi dan masayarakat.
20. Keempat, memaklumkan terlebih dahulu kepada rakyat saiz penjimatan yang bakal diperolehi daripada pengurangan subsidi tersebut dan apa faedah langsung yang bakal mereka nikmati untuk compensate kenaikan harga yang bakal mereka tanggung.
21. Kelima, menarik nilai subsidi berperingkat-peringkat dalam amaun yang kecil-kecilan. Sebagai contoh, subsidi gula ditarik sebanyak 5 sen setiap 2 bulan; bukan direntap 34 sen sekali gus! Kerajaan tidak boleh dilihat begitu gelojoh dan rakus.
22. Keenam, menjelaskan dengan berkesan siapa yang bakal menerima kesan penarikan / pengurangan subsidi itu dan siapa pula yang tidak menerima tempias pun. Sebagai contoh, 70% pengguna tidak akan menerima kesan langsung kenaikan tarif letrik. Tetapi mereka inilah yang terjerit terlolong.
23. Jika kerajaan kepanasan dengan bantahan rakyat ini lalu membatalkan rancangannya untuk menaikkan tarif tersebut maka yang untung besar tanpa mengangkat lidah ialah golongan orang kaya. Lantaran sahlah golongan miskin terus menjadi seperti kerbau yang penat membajak di sawah tetapi kucing yang kenyang makan nasi di rumah!
24. Nampaknya kerajaan terus menerus gagal dalam PR dan komunikasinya sekalipun sudah menukar nama kementerian berkenaan kepada yang berbunyi lebih canggih lagi. Rupanyaa perubahan dari segi nama / rupa (form) saja, bukan isi (substance)!
Peranan Pihak Lain
25. Dalam pada itu sukalah diingatkan bahawa pihak-pihak lain juga mempunyai tanggungjawab bersama dalam peperangan ini. Pihak-pihak itu ialah majikan, pekerja, peniaga dan pengguna / rakyat sendiri. Segeralah laksanakan peranan masing-masing dengan lebih gigih lagi untuk kebaikan bersama.
26. Untuk memudahkan kefahaman tentang peranan masing-masing, kembalilah melihat sekali lagi Carta 1 yang dilakarkan itu. Huraiannya, jika perlu, akan ditulis di masa lain. Pada hemat saya, para pembaca bijak memafahaminya.
Sumbangan Pakatan Rakyat?
27. Apakah pula sumbangan PR atau mereka yang bijak berkokok itu dalam meredakan tekanan inflasi ke atas kehidupan rakyat?
28. Yang jelas, mereka turut menyumbang kepada kenaikan kos perniagaan dan sara hidup, sepertimana yang dilakukan oleh MBSA. Baru-baru ini MBSA mengumumkan kenaikan kadar lesen perniagaan antara 20% hingga 180%!
ghjv
Carta Inflasi – Bird’s Eye View
BcFwb8hIUAEy6JR
 source : hidup tuah!

No comments: