DAP Insider : Kit Siang Turun Takhta Apabila Anaknya Selamat Kuasai DAP
AIDCNews – 13/12/13 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan turun takhta daripada menguasai parti itu apabila anaknya, Lim Guan Eng telah selamat menguasai parti itu di semua peringkat negeri, dakwa blog DAP Insider.
“Lim Kit Siang akan turun dari takhtanya dalam politik apabila kedudukan anaknya selamat daripada musuh-musuh yang membelenggu mereka selama ini,” dedah blog itu dalam tajuk ” Pruning operation by Lim Dynasty has begun.”
Dakwa blog itu untuk memastikan kedudukan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP selamat beberapa siri ‘Operasi Cantas’ telah disusun sejak tahun 2008.
Operasi Cantas’ bermaksud usaha pembersihan secara besar-besaran individu-individu dalam DAP yang tidak sehaluan dengan Kit Siang dan Guan Eng yang merujuk kepada Dinasti Lim.
Misi ‘Operasi Cantas’ itu bermatlamat untuk memastikan penguasaan Dinasti Lim bertahan dalam DAP buat selama-lamanya. Dengan kata lain untuk memberi kuasa mutlak dan kekebalan kepada hanya seorang individu yang berkuasa dalam DAP iaitu Lim Guan Eng.
“Operasi Cantas itu didalangi oleh Lim Guan Eng, dibantu oleh hamba beliau , Tony Pua dan Anthony Loke, sepatutnya bermula dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Disember 2012. Mangsa-mangsa untuk dihapuskan adalah tidak lain tidak bukan terdiri daripada ‘Lima Harimau’.
“Tetapi (pemilihan CEC 2012) tidak berlaku seperti yang diharapkan. Pelan induk tidak berfungsi langsung dan terpaksa dirombak selepas pemilihan CEC Disember 2012. Lim Guan Eng tidak menjangka bahawa RoS (Pendaftar Pertubuhan) akan mengarahkan DAP supaya mengadakan pemilihan semula.”
Menurut blog itu ‘Operasi Mencantas’ itu telah disusun sejak tahun 2008 hingga 2017 untuk memastikan semua calon-calon DAP yang menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) seratus peratus adalah kroni Guan Eng.
Ketika itu, masa yang sesuai untuk Kit Siang bersara dan tidak bertanding pada PRU 14 kerana anaknya, Guan Eng telah selamat dan tidak lagi mempunyai musuh dalam DAP.
‘Operasi Cantas’ 1 (Johor)
Operasi ini bermula sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) apabila Kit Siang dipindahkan bertanding dari Parlimen Ipoh Timur (Perak) ke Parlimen Gelang Patah (Johor).
Ia bertujuan untuk menghapuskan kuasa pengerusi DAP negeri, Boo Cheng Hau.
“Kemudian, bagi mengukuhkan lagi pengaruh Dinasti Lim di sana dan untuk menghentikan pengaruh Boo Cheng Hau di Johor, mereka memindahkan Liew Chin Tong dari Pulau Pinang ke Kluang dan Teoh Nie Ching dari Selangor ke Kulai. Kedua-dua mereka adalah pengampu setia Dinasti Lim.”
‘Operasi Cantas’ 2 (Kedah)
Selepas berjaya menumpulkan taring Boo Cheng Hau di Johor, Dinasti Lim menjalankan ‘Operasi Cantas’ 2 di Kedah selepas PRU 13.
“Lee Guan Aik , Pengerusi DAP Kedah tidak dicalonkan dalam PRU 13. Maka sebab itu dia digugurkan daripada jawatannya sebagai Pengerusi Negeri selepas pilihan raya. Dinasti Lim kemudiannya menghantar anak emas mereka Zairil Khir Johari ke Kedah untuk mengambil alih jawatan Pengerusi Negeri daripada Lee Guan Aik.”
‘Operasi Cantas’ 3 (Johor & Melaka)
Di Johor ‘Operasi Cantas’ 1 dilakukan sebelum PRU 13 sekadar untuk membuang taring Boo Cheng Hau, maka akan disusuli dengan ‘Operasi Cantas’ 3 semasa Konvensyen Negeri yang dijadualkan pada Disember 2013.
“Kali ini, Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor akan menjadi mangsa untuk kali kedua. Beliau akan ditendang keluar dan digantikan dengan Liew Chin Tong. Operasi Cantas 3 juga akan melibatkan Pengerusi DAP Negeri Melaka, Goh Leong San. Beliau kemudian akan digantikan dengan salah satu saudara Dinasti Lim. ”
Dalam pendedahan bertajuk “Chapter 1 : Realisation of pruning operation,” blog DAP Insider menjelaskan lanjut siapakah yang bakal dicalonkan menerajui Melaka.
“Goh Leong San akan dihapuskan dan Lim Guan Eng akan mencalonkan Lai Keun Ban, Ahli Parlimen DAP Kota Laksamana menerajui Melaka. (Tetapi) Lim bapa (Kit Siang) menentang pencalonan ini. Beliau mempunyai sejarah buruk yang berkaitan dengan isu moral melibatkan wanita. Untuk menghormati pengorbanan bapanya, Lim Guan Eng mencalonkan Khoo Poay Tiong yang kini merupakan Ahli Parlimen Air Keruh menerajui Melaka. Melaka adalah selamat.”
‘Operasi Cantas’ 4 (Perak)
“Kali ini , kedua-dua sepupu terkenal di Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming akan menjadi mangsa. Mereka akan dicantas daripada Kepimpinan Perak dan akan digantikan oleh Thomas Su dan M Kula.”
‘Operasi Cantas’ 5 (Selangor)
‘Operasi Cantas’ 5 adalah operasi terakhir yang disasarkan untuk menghapuskan musuh abadi Guan Eng iaitu Teng Chang Kim. Ia akan berlaku semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-17 untuk memilih CEC pada 2016.
“Mereka boleh masuk bertanding pada PRU 14 tanpa sebarang gangguan. Lim Kit Siang akan turun dari takhta-nya dalam politik kerana kedudukan anaknya selamat daripada musuh-musuh yang membelenggu mereka selama ini.”
No comments:
Post a Comment