NUFFNANG

Monday 30 December 2013

Pakatan Rakyat Berbohong Tentang Akta Perhimpunan Aman!

Pakatan Rakyat Berbohong Tentang Akta Perhimpunan Aman!


PERKARA 10. KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);
(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;
(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;
(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:
(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

----------***----------

Itu yang terkandung dalam Artikel 10 Perlembagaan Malaysia yang sedang digunapakai oleh para penyokong dan peguam Pakatan Rakyat untuk membenarkan demonstrasi di Dataran Merdeka pada tengah malam 31 Disember nanti.

Bagaimanapun, mereka sekadar mengambil bahagian yang mereka sukai sahaja. Bahagian yang menyatakan Perkara ini tertakluk kepada fasal-fasal lain di dalamnya, tidak langsung disebut.

Peguam PAS, Haneepa Maidin yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepang secara jelas cuba membodoh-bodohkan para pengikut PAS apabila menyatakan bahawa kanun ini seharusnya dimansuhkan kerana kerajaan terlalu takut dengan demonstrasi. Kenyataannya itu jelas melindungi niat jahatnya.

Ini adalah kerana perkataan tertakluk yang terdapat dalam Perkara 10 menyebut tentang sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan, ketenteraman awam, perbuatan yang mempersoalkan hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan dan hak kedaulatan dan sebagainya yang berkaitan.


Dalam Akta Perhimpunan Aman juga, sangat jelas menggariskan bahawa Ketua Polis Daerah mempunyai kuasa untuk menegah atau menyekat atau membubarkan sebarang perhimpunan aman bagi menjaga keselamatan, hak-hak awam dan perlindungan hak serta kebebasan orang awam. 

Ancaman yang dibuat oleh Haneepa Maidin dan Pakatan Rakyat ke atas pihak polis sebenarnya satu perlanggaran undang-undang yang amat jelas. Walaupun sekadar ancaman dan belum dilakukan secara fizikal tetapi niat untuk menakut-nakutkan penjawat awam terutama sekali anggota-anggota polis wujud dalam kenyataan Haneepa Maidin dan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Sekaligus, mereka sebenarnya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun dan didenda.

Kebelakangan ini, kita sering melihat bagaimana perbuatan menakut-nakutkan PDRM dengan tindakan saman dan ugutan menerusi tindakan undang-undang dilakukan oleh para pemimpin serta peguam-peguam Pakatan Rakyat. Agak aneh juga kerana Kerajaan tidak mempunyai peguam yang diupah oleh kerajaan untuk 'memperbetulkan' keadaan ini.

Atau boleh jadi juga peguam yang makan upah dengan kerajaan itu terlalu takut memandangkan jumlah peguam yang menyokong Pakatan Rakyat terutama sekali DAP dan PKR, jauh lebih ramai dan lebih agresif?

Secara jelas, pembohongan yang dilakukan oleh peguam-peguam Pakatan Rakyat membabitkan Perlembagaan, begitu ketara. Penerimaan secara menyeluruh oleh para penyokong pula menunjukkan satu lagi kepincangan dalam sistem pendidikan negara selama ini yang telah melahirkan lebih ramai golongan yang buta ilmu berbanding yang celik dan faham.

No comments: