NUFFNANG

Tuesday 31 December 2013

BILA MUFTI PAHANG BIKIN NURUL IZZAH TERMENUNG!!!

BILA MUFTI PAHANG BIKIN NURUL IZZAH TERMENUNG!!!

SHARE

Mufti Pahang, Datuk Abd Rahman Osman hari ini mempertahankan tindakan Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) dalam melaksanakan undang-undang syariah baru terhadap golongan mak nyah dan pengkid di negeri itu kerana perlakuan tersebut jelas menyalahi hukum syarak. 

Beliau berkata penguatkuasaan enakmen itu dilakukan dengan mempertimbangkan asas utama, iaitu kecenderungan mempengaruhi masyarakat ke lembah maksiat.

Malah kata beliau, perlakuan tersebut dinyatakan secara jelas dalam hadis Rasulullah yang menyebut Allah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya. 

"Masalahnya bukan sebab kacau (orang), masalahnya kalau bertentangan dengan syarak, maka tak betullah.. Bila langgar syarak, maknanya ia melanggar adat, tata susila sebagai orang Islam. Maknanya, hukum syarak ini nak membetulkan masyarakat. 

"Biasanya mak nyah ini, mereka lelaki menyerupai perempuan dan tujuan mereka menyerupai perempuan kenapa? Kerana nak menggoda lelaki lain. Itu maksudnya ia mengajak orang kepada maksiat. Itu saja,"katanya kepada Antarapos.

Semalam, media melaporkan MAIP akan mengambil tindakan terhadap mak nyah dan pengkid yang ditahan penguatkuasa, di bawah peruntukan Enakmen Jenayah Syariah 2013.

Oleh itu, mak nyah dan pengkid yang ditahan penguat kuasa negeri itu boleh dikenakan tindakan penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 di bawah peruntukan enakmen yang telah dilaksanakan sejak 1 Disember lalu.

Kata Rahman lagi, masyarakat seharusnya memahami definisi sebenar maknyah dan pengkid, di mana golongan ini penampilannya berlawanan dengan jantina mereka, dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual terhadap jantina sendiri. 

Justeru katanya, enakmen ini tidak diguna pakai kepada golongan khunsa atau golongan yang mengalami kecelaruan jantina secara semula jadi, selagi ia tidak bertujuan menggalakkan maksiat.

Beliau selain itu turut menyelar tindakan sesetengah pihak khususnya badan bukan kerajaan yang menentang pelaksanaan enakmen ini atas alasan melanggar hak asasi manusia. 

"Kalau ia menyalahi syarak, kita bukan melihat kepada keadaan masyarakat. NGO yang mempertahankan perkara yang bukan atas dasar syarak, tak betullah.. Kalau mereka merasakan tak menepati hak asasi, kena rujuk syarak. Kalau benda itu tak betul di sisi syarak, maknanya kita boleh dakwa. Tak boleh ada orang yang boleh cuba menghalangnya, hukum syarak ini mengatasi undang-undang yang ada.  

"Kita kena faham. Manusia dengan undang-undang Tuhan ini, Allah lebih mengetahui. Kalau kata manusia ini lebih baik dari Tuhan, itu syirik. Rasullah beritahu (bersabda) bahawa Allah melaknat orang lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki, kita kena akur. Kalau tak akur makna kita tak percaya kepada Tuhan, tak percaya kepada undang-undang Allah," ujarnya lagi.

source : semut hitam

No comments: