NUFFNANG

Monday 30 December 2013

INFO TERBARU HIMPUNAN HARAM GULINGKAN KERAJAAN !!!

INFO TERBARU HIMPUNAN HARAM GULINGKAN KERAJAAN !!!


MiM ucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang tidak gentar dengan ugutan saman daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang yang dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan haram di Dataran Merdeka nanti.
Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dan ugutan saman itu tidak akan menghentikan siasatan yang dilakukan. 
"Itu (saman) hak mereka... Tetapi mereka harus ingat polis juga mempunyai bukti berdasarkan siasatan yang telah dibuat," kata Amar Singh ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.
Sebelum ini Amar Singh telah mendedahkan 4 NGO yang terlibat dalam perhimpunan haram nanti iaitu SAMM, Jingga 13, TURUN dan SMM.

Yang kelakarnya ialah NGO SAMM mahu menyaman Amar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur sebanyak RM100 juta. Dan kononnya Timbalan Ketua Polis itu menuduh NGO-NGO akan membuat perancangan mengebom di malam tahun baru itu.

Come on lah NGO-NGO pro-pembangkang ...... agak-agaklah nak buat drama pun!

Padahal, Amar Singh menjelaskan bahawa beliau tidak menyebut perancangan mengebom itu dilakukan oleh NGO terbabit tetapi ianya mungkin dibuat oleh individu lain yang menyertai perhimpunan itu.
"Ketika sidang akhbar, saya menyebut tentang empat NGO itu dikenal pasti akan hadir dan berhimpun di situ. Perhimpunan itu pula salah di sisi undang-undang dan mereka tidak dibenarkan berhimpun kerana tidak memohon sebarang permit. 
"Kenyataan saya tentang ancaman bom dan senjata berbahaya itutidak menjurus kepada NGO terbabit sebaliknya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu di laman Facebook, sebelum  ini. seterusnya
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur telah menerangkan dengan jelas maksud sebenar kenyataan beliau. Dan ternyata, NGO-NGO itu tersilap dan ini sudah tentu memalukan mereka.

Untuk rekod, NGO SAMM di bawah Chegubard yang mahu menyaman pihak polis itu terpaksa menanggung malu yang amat sebelum ini apabila desakan mereka untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun lepas tidak diendah oleh kepimpinan pakatan pembangkang.  






NGO SAMM mendesak menjerit dan sebagainya tetapi Anwar Ibrahim tetap mengangkat sumpah. 

Sungguh memalukan!

source : Dr MiM

No comments: